Saturday 27 July 2013

Day 5 : Saturday became a workholic..! (sangat)

Assalamualaikum holla holla..
Sabtu kerja weyyyy..
Semakin hari semakin jatuh cinta dengan audit ni.. Harini aku kerja sampai pukul 1.. Buat adjustment lagi tak balance2 whuaaaa.. Tak habis2 audit ledger.! Bila nak buat benda lain ni... Tapi kan satu yang best tempat kerja aku tu, LadyBos selalu panggil kitorang,then dia akan bagi kata2 semangat.. Ayat yang selalu keluar dari mulut dia "That's part of life"..

Aku rasa serba salah pulokk kalau tak kerja rajin2. Sebab dia bayar allowance tinggi berdasarkan comparison firm aku dan firm kawan2 dan jugak firm sekitar Taiping ni. So dengan kata2 semangat dan ketegasan serta kegarangan beliau aku jadi hari2 bukak kitab akaun

Alhamdulillah setakat ni aku takde masalah walaupun buat kerja terkedek2.. Hoho.. Wong, Poh, Maggie dengan Lai sangat2 membantu... Kalau korang nak seseorang ajar korang satu2 dekat sebelah sorry to say. There's no such thing here. You have to investigate them and solve your problems yourselves. Thats will make you become a fast learner. Indeed.

Aku balik2 kerja tadi tolong mak buat kuih raya tau. Dah 3 hari tolong buat biskut badam, biskut makmur aman damai dan biskut corn flakes. Bauu nye harum semerbak menggoda goda.. Tak sabar nak bagi kengkawan Chinese rasa. Weee :)

Baju raya berapa pasang?? Aku takde baju raya meriah2 tahun ni. Sepasang je tu pun mak belikan sebab set family. Kalau nak harap I yang tak berduit ni beli,tunggulah sampai akhir tahun ye. Hehehe duit mengalir begitu cepat semester ni sebab semua barang nak rosak. Semua benda nak makan. Semua fesyen krim nak beli. Jadinya end up "adek,.....pinjam duit" Hahahaha

Result will come out on this 3rd August kalau betullah berdasarkan jadual uitm terbaru. Haishh kalau cakap pasal result ni satu je benda aku harapkan setiap semester, MAINTAIN.

Ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang,
Kurniakanlah keputusan yang baik kepadaku dan kawan2 ku..
Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat ku meminta sesuatu.
Luluskanlah semua subject yang telah kami ambil dengan cemerlang Ya Allah..

AMIN.

 LOVE as always!