Saturday 31 March 2012

Program Exploring English

Assalamualaikum..yeeehooo!! hai2..Aku baru balik dari camping sebenarnya..Ohyeah camping sangat kan..Sehari jer pun..Petang Jumaat haritu ada sikit taklimat pasal web2 educational yang uitm provided untuk students diorang..Contohnya Emerald.. So apa2 benda ilmiah yang kita memang eager to know more kita just have to search through the link given. Erm2..Aku pun belum explore lagi sebab memang sebelum ni apa2 jer google apa2 je google.Cuba kita search benda2 ilimiah trough ‘google scholar’.. Insyaallah ada maklumat tepat as students.
Yang website benda2 educational uitm tu kita tak boleh share dengan orang lain sebabnya uitm bayar untuk students uitm je..and kalau kita nak search something atau buku atau nak download dari u lain also can bebeh.. Eh bukan aku nak cerita pasal website atau ape2 benda yang tak mau pun aku cerita..Aku nak cerita pasal camping semalam and harini... Sangat best okay especially part makan..Nyum2..
Erm..Okay2 kem ni dianjurkan oleh fakulti pengajian bahasa uitm perak.Kitorang tak expect pun aktiviti atau projek yang dianjurkan ni penting.Rupanya ia one of the project di bawah kelola(kelola??) Blue Ocean Strategy. Something like that.Huhu..Okay yang pergi 15 orang volunteer je.Entah macam mana dari banyak2 orang,kami jugak yang excited nak masuk.Sir Ameri (sir yang ajar BEL kitorang) yang bagitau pasal projek ni.Tu yang excited tu..Sir pandai pulak pujuk anak2 murid dia kan..
Dari kelas aku ada Fatin(a.k.a anje), Shida(a.k.a mommy), Ainnur(a.k.a baby), Aishah(a.k.a nyang), Arly(a.k.a cunnnya) -à pandai2 jer aku ni.Lepastu Co’ot dengan Fida.dan aku.So yang lain2 tu dari course human resource..Semua sempoi2.Ada Ash, Myra, Tyra, Sheryl, Sarah, K, and Yaya..Semua very friendly dan semua pun pandai speaking sebab memang projek ni kene speaking..Tujuan nya bantu anak2 Felcra supaya diorang tak takut menggunakan English..Budak sekolah rendah je.Nampak memang budak kampung sebab kat Seberang Perak kem ni.Tapi diorang pandai tau..Cuma senyap sikit je.Ada la yang nakal tapi mostly pendiam..Huhu..
Seorang Fasilitator kena jaga 5 orang students.So aku jaga dgn Baby sebab Baby tak der group..Dia extra faci.Hehehe..Ada 7 games tadi..Banyaklah.Malas nak ingat..(tudiaa mmg malas betul ni) haha.,,So alhamdulillah lah group aku dapat 2nd place dari 14 groups..Wahh tak sangka okay!!! Waktu ke hall tadi terserempak Co’ot..Aku bagitau Co’ot,
“kau tahu,aku rasa group aku dapat last place sebab senyap gilaaa aku rasa aku dengan Baby je participate”
Co’ot jawab,
“eh taklah.Group aku last sebab memang senyap.”
Sekali tu group Co’ot first place okay...Memang ohsem kan..
Best la aktiviti tadi.Parents pun join waktu last last tadi.Antara aktiviti best ialah blindfolded yang mana they have to give instructions to the other, lepastu ada missing people lah ada yang disturb lah ape lah dengan game lets be creative yang mana kita kena lukis balloon tu jadi creative la tapi ada mata hidung mulut..Lepastu last tadi menyanyi lagu Seasons in The Sun sampai nangis2..(tudia)
Budak2 aku namanya Zainirah, Aziemah, Ainol, Anisya, Aqillah..Semua pendiam! Huhu..Tak sangka diam2 ubi berisi..Eawah! Tahniah adik2..:) gambar Kak Ira upload lambat yer sebab tunggu Sir Ameri bagi gambar camera mahal.Hehe(macam lah budak2 tu baca blog aku kan)...Diorang panggil aku Cikgu.Tapi aku bahasakan aku Kak Ira..Kan comel kan...(der..)
Pusat Latihan Felcra Seberang Perak sangat best la..bilik dapat bilik best la.Dapat kenal ngan Pak Long,Mama, ramailah.Makanan superb...Masakan kampung kot..Memang menjilat jari sehinggga pinggan licin sekali..
Ada sawah padi lah..Memang sejuk tau.Erm2.Tu jer kot aku nak cerita.Cerita banyak pun tak best sebab tak tunjuk gambar.Nanti dah dapat kiter upload kat blog okay!!
Good night everyone.!!!
Makan kismis boleh menguatkan minda tau..Makan2..okay take care! Muahhhh tepuk2 sayang!
LOVE
Belakang: Baby,Mommy, Fida, Diksu, Arly,Co'ot
Depan: Anje,Nyang

Thursday 29 March 2012

awak! (kiter copy paste) hehe

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :



" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..



✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..




 Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


Monday 26 March 2012

Hujan :(

Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan...Apa khabar semua...Sihat ya Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerna nikmat kesihatan yang masih kekal..Hohohoh

Dalam rumah ni dah tinggal 6 orang jer..Fatin(anje), Ainnur(baby), Arni(ibu), Nadia(Acu) dengan Myza dengan diksu(saya la tu hahahah) peerasan nak jadi anak bongsu..Sorang lagi Shida(bonda) telah berpindah ke rumah sepupunya.

Masih lagi kekal dengan geng basikal.Tadi kelas habis jam 1 tengah hari.Ingatkan malas nak balik rumah,tapi majority geng basikal ajak balik..Diksu sebagai ketua rumah yang baru pun ikut jer lah diorang..Waktu dah mendung..Dalam hati Diksu sempat ke sampai rumah ni....Huhuhu Kitorang pun kayuh la pelan2..Dengan berwajah ayu dan dengan kayuhan sopan...

Tiba-tiba....

Angin kuat menderu-deru..Lantas hujan turun selebat-lebatnya di pertengahan jalan..Tiada lagi kayuhan sopan bagi Diksu,Anje dan Baby.. Ibu tak balik..Acu dengan Myza balik naik motor. Lepastu kitorang berusaha sedaya upaya untuk sampai ke rumah secepatnya.Sewaktu kayuh,tergelak2 laagi makanya penat diiringi air hujan dalam kayuhan tu. (aper lah Azmira merepek ni...) Malangnya setiba di rumah air hujan terkena sedikit pada notes2 Diksu...Baju kitorang basah kuyup..

Sepatutnya ada perjumpaan rektor jam 4.Malangnya semua ahli rumah telah dipukau..(tidur mati).Kami telah termissed berjumpa rektor maaafkan kami maaafkan kami...Hehehe

sekadar gambar hiasan

Itu saja untuk hari ini...
Hujan itu satu rahmat..
Jangan salahkan hujan,jangan salahkan panas..
Allah itu maha Berkuasa....

LOVE

Thursday 22 March 2012

Today is Friday

Assalamualaikum...Masmuki min fadlik? Ismi Azmira...Hehee macam tu lah sikit-sikit aku baru jer belajar third language..Ada 2 choices jer kat uitm perak ni..Sama ada Arab atau Mandarin.. Kat UITM shah alam macam-macam bahasa ada..Kawan aku kat sana ader ambik bahasa Korea tau..Annyeong haseyo..!! Mula mula dulu aku nak jer kelas Mandarin sebab macam best..Tapi lepas macam mana entah discuss dengan geng rumah a.k.a geng basikal kitorang pun decide ambik bahasa Arab..Ustaz yang mengajar pun best! Asyik buat lawak jer kan.Dalam kelas Arab ada seorang lelaki jer itu pun dari course lain.Sadisss tak lelaki dah pupus???

Lagipun kan aku fikir nanti mesti aku akan pergi Mekah kan Insyaallah..So aku nak jugak tahu sikit-sikit bahasa perbualan orang Arab..Hehehhe..Bahasa Arab pun kita dah kenal Alif Ba Ta dari sekolah Agama dulu.Ahlan wasahlan..halalantoyyiba...Malangnya dahulu lain cerita nya.Bahasa Arab dianggap terlalu susah seperti mahu terjun bangunan 9 tingkat..(tudio bangunan sekolah agama satu tingkat je pun).. Ustaz kitorang memey terror lah bercakap Arab sebab pernah belajar kat sana kan.Muka suci je.Ewah...Buku bahasa Arab pun comel je ada gambar2 ana solehah..macam buku untuk darjah 1. Comel kan? Lepas tu budak kelas dah mula mewarnakan gambar ana solehah yang asalnya hitam putih je.Biar saya sebutkan siapa yang warnakan ana solehah tu.Nama dia Afiah,Mar,Ija dengan Nasyrah..Hehehehe lepastu jadi buku mewarna kan...Haha Pssss,nanti kitorang buat video Arab tau.Dari babak awal sampai akhir Assalamualiakum,Waalaaikumussalam...jer kot?...Haha

Subjek lain Alhamdulillah semuanya okay.Ohya subjek CTU atau hubungan etnik aku..Erm...Ingatkan bersifat keagamaan tapi lebih kepada masyarakat malaysia rupanya.Ustaz jugak yang mengajar kitorang ni.Ustaz ni prof madya..TAPI....sadisss betul first classs dah kene tegur.Hahaha.Macam ni. Aku dengan Ainnur(a.k.a baby)(baby sangat,...) kitorang bawak air mineral..Ada lagi classmates ramai jugak lah bawak air..Biasalah kitorang haruslah minum kalau dah rasa menguap tak tertahan kan..Tetiba ustaz kata sebenarnya tak boleh minum air atau makan dalam kelas..Sentapp la si Ainnur ni..Maka aku juga haruslah sentap..Walaupun dia kata tak tuju pada sesiapa tapi nampak sangat botol air aku yang besar gedabaq tu dan aku dan Ainnur duduk depan sekali pulak tu..Siapa lagi kalau bukan Ainnur..(tudio taknak mengaku diri sendiri pun minum..) Lepastu aku terasa lah sedikit bak kata pepatah siapa yang makan petai dialah terasa pahitnya... Hahah.Lepas daripada tu asal nak masuk kelas beliau je cepat-cepatla sorok botol aku kat bawah meja kawan kat belakang,.haha..Yelah kan betul kata beliau perempuan kene la ada adab bagimu minum dan makan di khalayak..;p

Aku ni memang nak cerita pasal setiap subjek ke? Boleh la...boleh la....haha aku nak cerita pasal rumah sewa aku dah cantik tapi malangnya gambar-gambar yang ada semua dalam hp..Hp tu pulak dah rosak..Ye2 hp aku dah rosakk..Yang slide tu.Kalau sesiapa nak derma hp walaupun 3310 pun aku terima as long as dia tak buat hal macam hp slide tu tolong la tolong la jangan beli dah hp macam tu..Hp aku sekarang ni asal aku call orang jer,mesti orang yang jawab tu kata bising.Padahal aku bukan duduk kat pasar raya atau kawasan construction pun.....Korang tau tak macam mana perasaan bila bercakap dengan orang kat hp seperti bercakap cara walkie talkie??? Begitulah yang berlaku..Kasihani lah sahabat mu ini...Haha

Erm erm..malaslah nak story setiap subject.Tapi subject yang lain seperti biasa lah kan.Kalau ada yang menarik pasti akan ku pahatkan dalam blog comel aku ni.(comel kan?).;p ;p Ha..semalam kan kelas FAR a.k.a akaun.Puan lecturer ni cerita dia berkahwin pada usia 21 tahun sewaktu diploma.Lepastu dapat anak umur 22 tahun sekarang anak dah 2 orang.Maka aku tersangat lah suka mendengar cerita beliau dan ingin sekali berkahwin pada usia muda..(tudioo kahwin,kahwin,kahwin) tak ada benda lain ke Azmira oiiii...haha. ala nak kahwin jugakkkkk!!! Tudia lepas kahwin kang nak single balik.Jangan jangan..Sabar ye Azmira...


Aku plan nak makan luar je malam ni..Beras tetiba pulak habis.(Tetiba??????) hehe takderlah.kitorang kan ramai makan juga haruslah banyak.kelmarin masak ayam paprik tau sedap hingga menjilat jari..Banyak pulak ayam bila potong kecik2.Kan comel.Aku dengan Fatin masak..Tapi aku tukang rasa je.Fatin yang lebih handal sebab dia nak sulung.(mungkinkah begitu atau aku yang sangat rajin sekali??) haha. Korang tertanya-tanya tak sekarang ni aku pergi kelas naik ape? Yelah yelah..Aku still naik basikal.. Sekarang dah tak penat sebab tak bayak gelak dah..Lagipun ramai jugak naik basikal.Cumanya banyak halangan naik basikal ni..Hahah nanti lah bila next entry aku cerita tau apa halangan-halangan nya..Menci betul. Okay lah dah maghrib ni..Ohya dalam solat sebut ALLAHUAKHBAR tu betul-betul..Bukan ALLAHWAAKHBAR.Beza tu maksudnya boleh terpesong.WA tu dua.(ustaz bagitahu)Kang jadi maksud Tuhan Allah dan tuhan Akhbar.Kan lain tu.Take care semua..

LOVE

Wednesday 14 March 2012

me.

When I read a book, I always read the first chapter and then read the last chapter before I read the book through. I enjoy the book more if I know how it ends and can watch events develop throughout the story. I do this with non-fiction, too.

Saturday 10 March 2012

My First Week.

Assalamualaikum w.b.t... Sihat ke korang?Sihat je aku ni..Hoho Alhamdulillah dah seminggu dah pun kat Seri Iskandar..Aku tak duduk dalam kampus pun..Asalnya memang nak apply.Tapi semua kawan duduk luar..Jadi NR(stands for non resident)..So aku pun malas lah nak apply..Huhu.Lagipun waktu ni budak diploma tengah study week.Diorang still lah ramai kat dalam kampus.Lepas je diorang habis exam,of course lah terus senyap sunyi kampus..Tu yang takut tu.(oh penakut rupanya!) haha

Okay lah kalau korang nak tahu aku duduk rumah sewa 7 orang iaitu Fatin,Ainur,Myza,Reen,Nadia,Arni and aku laaa...Hehe.. Semua asalnya budak akaun satu kelas waktu diploma dulu.Bila dah sambung ni,salah sorang member aku,Arni tukar course lah pulak.Huhu..Beliau minat course ekonomi..So dia sorang jelah yang lain course..Semester ni aku ada 8 subject.Lapan kot..Tak pernah2 ambil sub banyak camni.Huhu..Insyaallah doakan lah yer...Tapi tak semua pun ada final exam..Assessment banyak sangat.

Kalau nak tahu aku naik ape pergi kelas.Memanglah first day tu kitorang jalan kaki.Second day semua dah ada basikal except Myza dia ada motor.Semua pun beli basikal baru.Aku je guna basikal lama.So dah jadi budak sekolah la pulakkk..Heheeheh Ada je bas UITM tapi masalahnya bas tak lalu pun depan rumah.Haruslah jalan kaki sama je distance ke fakulti so lebih baik kayuh basikal dari tunggu bas.Tak gitu??? haha Kalau naik bas haruslah ye bayar RM1 pergi dan RM1 lagi untuk balik..Tak ke banyak tu RM2 sehari?Lepas tu kalau seminggu kan ke RM10? Kalau sebulan?Satu sem??Omnomnonmnonmon kata budak akaun......Haruslah berjimat cermat..Kan?

Tapi tak lama lagi Reen nak bawak kereta.Sekarang ni je bersusah2 dahulu pendapatan bersenang2 kemudian..(betul ke peribahasa ni?) Aku kalau pandai kereta manual,dah lama dah drive..Tak kemain la basikal2 ni..(cehhhh) haha (Padahal kau lah yang paling menghargai basikal kau kan) ;p Best jugak la bawak basikal ni..Angin menderu2...Tambah2 kalau hujan.,ha amek kau..Haha Daripada kayuh basikal punyalah ayu.,terus kayuh macam gangster...! Hoho.. Dengan masalah nya pedal basikal tercabut lah,rantai basikal asyik jatuh lah..Macam2.. Lepastu basikal berbunyi la...Dah la banyak kali basikal pedal tercabut.(betul ke ejaan pedal?) hahaha

Yang tak tahan tu kalau pergi restoran ke,ramai2 kan,parking jauh beribu batu sebab malu...Padahal ramai je naik basikal kan..Yerla semua budak rumah ayu2..Haruslah jaga imej..Hehehe..Tapi bila lalu kayuh basikal melepasi Pak Guard,Pak Guard senyum macam nak ketawa..(boleh ke macam tu?)Fine fine..Lepastu kan kalau part nak naik bukit je,mesti semua macam turun basikal and tolak.(tuntun) sebab ape tau,sebab takut pedal tercabut..Hahahahhaha..Hadoi.Macam2.. Ni semua pasal jimat.Takmau guna motor sebab kene isi minyak.Ada yang tak der lesen motor..Ingatkan maintainance basikal murah kan.Lepastu kene pulak repair itu ini bagai baru kau tahu harganya berapa...Siap kena hantar service aligning bagai...Semua dah boleh jadi mekanik basikal.. ;)

Barang2 masak kitorang dah borong kat kedai Rahmath depan tu..Termasuklah beras,minyak sumer2 lah..Memang tak muat pun barang2 tu masuk dalam raga depan kitorg so Pakcik tu hantar bawak kereta dia.Thanks lah tolong student yang kurang berkemampuan ni..Huhu.. Banyak jugak lah restoran kitorang dah cuba makan.Dan banyak jugalah yang tak sedap..Huhu..So masih dalam pencarian la restoran pilihan hati..Erm...Itu saja kot diary untuk hari ini..Andai kata aku busy,maka terbiarlah blog ini...

Jangan lupa solat 5 waktu.Sebab kita tak tahu bila kita mati.Jangan lupa mengaji sebab AlQuran penerang hati..Jangan lupa makan sebab nanti takut pengsan.Hehe Have a greattttt weeekend !!

Love.