Tuesday 29 October 2013

Jagung

Assalamualaikum. Yeeeeha. Kerja dah semakin banyak since kena buat sekaligus kerja admin. Biasalaa dak prac. Photostat,pos laju,laju pos,pos pos,dan laju2. Kalau tak,kena la. Mhuehehee sebab permanent staff yang baru kerja haritu dah resigned. Sebab?tak boleh cope dengan kerja2 audit dan admin. Aigooo...Bye2 Teh. Berhenti senyap2.Cis.

Ouh nak cerita tadi balik dapat ni.Semua dapat 2tongkol jagung. (Tu pun nak cerita) Kekeke. Ada maid yang every Selasa memang datang office cuci2 dia untung lah harini.Dapat 4tongkol. Haha. Happy kemain. Tapi every weeks maid tak sama..


Biasa la..Kalau dah kena2 marah,mesti kena pujuk. LadyBoss garang,tapi mak dengan abah selalu cakap hati LadyBoss baik. Mana diorang tau??Bukan diorang yang kena marah. Sabar je la.

Semalam dapat RM17 since LadyBoss bagi setiap staff sekor ayam berempah. Dan dia tau kita tak makan dia kata "to be fair". This is my second time dapat duit untuk ayam.. Yang kelakarnya haritu LadyBoss ada tersasul. Patutnya kan "chicken for staff",dia tersasul "staff for chicken"..Huhu

Kelmarin makan KFC dan belanja family. Dapat balik duit. Rasa macam Allah tu selalu nak kita belanja orang.Hikss.. Insyaallah. Sabtu ni nak belanja Normiee... Dia baru konvo. Ouhh my BFF dunia akhirat.

LOVE

Thursday 24 October 2013

Oh si dia demam.

Assalamualaikum yeeeha.. Heeehe hari2 nak update asyik ralit makan, makan, makan.. Ohmyyy comel dah ni haii lah lemak dah dok melekat.

Finally harini kita balance jugak trial balance satu company ni. Gerammm betul. Mana taknya company ni buat akaun sendiri. Okay maybe dia ada account officer sendiri.Dia hantar general ledger using UBS tu la tapi tah macam hape2 entah la. Error of transactions situ siti sanan sinin. Tak cukup dengan tu siap bagi kita pening kepala masuk item sampai 3,4 kali.... Pening kepala. 

Selalunya kita audit kejap je tau 3 4 hari macamtu. Chaywah. Takdela,seminggu la jugakk (kes curi tulangg atau buat2 triple check. Tapi bayang kan dah seminggu lebih ni.

Aiseeh lupa nak bagitau semalam kita MC..Hikss. Kita tak sihat,high fever. Dah lama kita tak demam. Akhirnya semalam demam panas gilas2.. Tapi Alhamdulillah sehari setengah je demam. Harini suam2..Hikss.


Tapi entah dari mana kekuatan datang selalunya kita kalau demam memang terbaring je. Bangun pun tak larat. Tapi semakin tua ni semakin tahu dan faham apa itu tanggungjawab. Terharu rasa Allah bagi kekuatan untuk lawan demam.

Leher sebelah kiri ni ada rasa cam bengkak. Tapi tak tahulah sakit kenapa. Mungkin salah tidur agaknya.Sobss. Bersyukur sangat2 Allah tak jauhkan atau kaburkan jiwa dan hati ni supaya jauh dari Allah. Huu Nauzubillah. Semoga kita di kalangan orang2 yang sentiasa mengingati mu ya Allah. I LOVE YOU ALLAH..

Conversation in english:
LadyBoss masuk office terus tanya "Dah sihatke? Awak sakit ape?"
Kita jawablah "Ok dari semalam.Demam panas..Tapi saya tak dapat MC sebab pegi klinik gov" sambil menghulurkan time slip yang Klinik 1 Malaysia bagi.
LadyBoss "Ouhh ini doctor Indonesia tak okay. Doctor Malaysia lagi bagus" (melihat cop di time slip tu)
Kita angguk2 senyum dannn dalam hati berkata2

Adeh...Kalau dah namanya doctor tu bukan ke semuanya pandai2 ke..Tak kiralah which country.Tapi memang LadyBoss sangat sangat sangat mementingkan status tingginya pelajaran. Lagi tinggi pelajaran anda,lagi respect dan suka dia kepada anda. Fuhh.. 

Lepastu tadi dia bagi kitorang makan cempedak la pulakk.Adeh. Bau harum satu office. Cempedak ke nangka eh?Sejak dari dulu tak reti differentiate. Hiks. Lepastu ader butter cakes. Dia hormat kita tak makan cake yang orang Cina buat,so dia macam "ouhhh Mira you cannot eat". Hiks. Alhamdulillah dia faham. 

Happy. Happy bila ada LadyBoss garanggg tapi baik. Oh tadi ada reporter datang nak shooting office. Tak berapa nak faham padia. Tapi dengar tadi ada sebut BERNAMA.. Famous la firm kita tu. Kat sini pun sebut je semua orang tahu. (especially to Chinese la)

LOVE

Wednesday 9 October 2013

Cuti Kenduri Kahwin

Assalamualaikum!!!
Whatssup2..Takde la aihh..Guna handphone torchlight je.sobss.. Heeehe YAY AYYAYAYYA YAY cuti Sabtu ni approved alreadyyyyyyyy yeayeah happy kemain. Senyum melebar lepas conversation ni.

Me: LadyBoss, can I take a day leave on this Saturday to attend my best friends wedding ceremony?
LadyBoss: Okay go go..
Me: Erk..but then I will extend my internship period..
LadyBoss: Aa,,okay2 go go..

Haihss kalau lah mulut ni tak lancar,mesti tak payah susah2 sebut extend tu sebab LadyBoss memang approved. Hahahaha 
Alhamdulillah..Heeehe tapi sekarang ni plan masih belum jadi 100%.. Tengah tunggu BFF pulak okay ke tak.heeehe.. Memang plan dengan BFF nak pergi kenduri kahwin group cili ETR dulu zaman diploma..iaitu  jeng2


Nisah kahwin!! Huhu.. Let me tell you a little bit about her. She's a very nice person! Huhu.. Selama berkawan dengan dia,dia selalu sangat jadi pengikut. 

Nisah: Ikutlah..Ikutlah..,Okay2.. A'ah okay tu..

Selalu puas hati dengan ape2 pendapat kita..Sabar jela. Mana nak cari kawan camni?????? Tak pernah tengok dia marah. Sebabtu Nisah seorang kawan yang saya memang nak pergi sesangat wedding dia! Huuhuhu yang kita tau dia dah berkawan dengan BF dia sejak sekolah..Uittt lama giler tuuuu

LOVE

Saturday 5 October 2013

Semangat

Assalamualaikum..!!!

Yes
Yes
Amy dah balik dari Italy. So maknanya staffs completed. Plus LadyBoss kata ada seorang staff baru permanent akan masuk Isnin ni..

Tak delah case kena buat semua benda..Echeh..Tadi Amy bawak chocolates banyak jugak dari Italy. LadyBoss punya happy dapat something dari Amy. Then LadyBoss paksa kitorang makan chocolates. Dia kata kat aku Dont worry. Ini vegetarian. 3 bijik oat cookies dia bagi kat aku sorang. Happy kot tengok aku mengunyah? Aku bagi 1 cookie kat Hooi.. Tak larat ehhh..Sedap jugak cam manis2 oats. Lepastu ada milk chocolate bar.Rasa serius fresh milk. Manis sesangat.Adehh.. Then chocolate ni


Haritu kakak balik dari UK pun kakak bawak balik banyak giler chocolate. Memang chocolate je ke yang ada kat overseas?

Okay kita rasa bersemangat SEBAB setelah LadyBoss kata "not bad" kat kita. Bukan compliment untuk dibanggakan. Tapi kita ada rasa satu progress yang baik bila kita buat audit. Walaupun kita masih blur2... LadyBoss suruh kita tunjuk ajar Yip pulak tadi. Huhuu kita mana tau..Tak reti ajar.Huhu

LadyBoss suka bagi biasiswa. So dia cam famous person la kat Taiping ni since dia banyak buat contribution and charity to peoples. So nanti dinner Convent dia maybe bagi speech. Staffs nanti semua kena pergi including me! So thats my formal dinner at the end of the year!

Tadi dia explain kat kita jangan risau walaupun dia suka bagi makan macam2 especially fruits kat kita,dia kata pisau dan semua barang2 utensils dia tak guna untuk pork or non halal foods. So dia jamin kita halal..Dia tau! Dia tau yang kita tak boleh makan kalau pisau yang guna untuk potong tu guna untuk pork. Alhamdulillah. Dia sangat2 concerned towards me. Thank you LadyBoss

LOVE