Saturday 31 December 2011

Last day on 2011..

       Assalamualakum...Kom ape kom bat..bat ape? Batman ler..man apa? Mentol..Tol apa? Tolonglaa berhenti Azmira..Korang ni mesti excited lebih sambut tahun baru kan?Adakah excited seperti mahu meraikan seperti perayaan??ataupun biasa2 je macam aku?(adakah aku tidak mempunyai perasaan?) Sesungguhnya aku takde apa2 perasaan sampaikan Kak Liza kat tempat kerja aku tu tanya "malam ni kat mana? "


        Terkebil2 aku.Tak paham..haha baru aku ingat oh its a new year...Memandangkan sejak semalam bapak aku dgn adik perempuan pompom girl aku tu diorang balik kampung,so tak celebrate dgn kek pun befday mak aku 1 january..hehehe Nanti lah aku fikirkan nak bagi apa.Kesian mak aku.Entry haritu aku nak bagi gaun je.(ko ingat ko designer?)Tapi tadi mak dgn adik lelaki aku tu ada la pergi makan bersama..Lepastu bungkuskan makanan kat aku sebab aku kerja.Sobs...Patutnya aku kerja sampai pukul 6.30 je.Tapi salah sorang staff tersakit jadi aku perlulah fullll....Huhu Tapi aku ikhlas.Ini hari dia.Nanti aku sakit sape nak ganti?(eh eh emo pulak)


       Tiba2 waktu aku kat tempat kerja ni adalah 3 orang hamba Allah dari mana tah datangnya.Haha rakan yang amat amatt lah aku rindui datang jugak jumpa aku.Ada jugak aku bagitau diorang kat fb tempat kerja aku kalau tak deme memang tak terserempak ngan aku le haha..Tapi aku tak sangka pulak deme dgn semangatnya datang dan kitorang berpeluk dan bercium sakan sehinggakan tidak mengira orang yang lalu lalang memerhatikan kitorang berempat..Thanks Norida,Farahin dan Emy (kawan smk Convent dan RK) sebab datang lepastu sempat bagi buah tangan (apam) ;) Ni yg nak jumpa lagi ni ;) Korang happykan aku ;)


        Harini aku menghabiskan 1 setengah novel..Pinjam dari seorang pekerja lelaki disitu(tudia tak malunya aku)..Dia yang offer okay sebab dia tgk aku suka sangat baca novel..(prihatinnya dia ni).Bukan novel dia pun,novel Paksu dia.Hahaha..Thank you...nama dia pun aku tak tau.Haha.. Okay sebenarnya aku nak bagitau semalam aku tak boleh tidur tau tak..(adakah aku berlatih jadi cik guard rumah?) Tidak2..Aku memang tak boleh melelapkan mata so aku pun pergi bilik mak aku dan pelukkk (mengada ke manja ke kurang kasih sayang ni?) haha. Baru tertidur...

     
        Kebiasaannya aku drive tapi tadi mak aku yang ambik kat tempat kerja tadi.jammed wei..New year lah sangat.Fuh fuh....aku sangat bertuah dapat Cik Ani ni sebagai mak.Dah lah rajin,pandai memasak,slim..(tudia mak hang makan jamu ratu dara ke?) Lepastu mak aku ni penyabar,walaupun dia kuat berleter tapi biasalah mak nak yg terbaik untuk anak2 dia kan...Bila lah aku nak pandai masak macam mak aku ni wei..Hah lepastu kan mak aku ni tak pernah missed sediakan breakfast. TAK PERNAH. Cik Ani akan pastikan anak2 dia makan dulu sebelum pergi mana2..Huhu..Trima kaceh mak..

 
       Skype dgn kakak aku tadi memanglah dia tu..Ketawa kemain lagi bila mak aku bagitau gigi depan mak aku patah..Kurang asam..ha lepastu dia story lah dia sambut torchlight procession. Ala setiap sorang pegang obor berapi yang dinyalakan dan beramai-ramai lepastu berarak sampai lah jalan mana entah lepastu barulah bunga api diletupkan gedebang bong....


          Okaylah.Have a great day!

       

Friday 30 December 2011

Kebolehan yang hanya Kebetulan ;)

     Assalamualaikum..Hai korang.Mesti tak suka baca entry aku panjang2..Biasalah dulu penulisan UPSR tiptop..Fuh! haha...Korang dah makan ke?kalau dah apa kata pergi gym pulak..Hehe..Harini tiba2 aku rasa kosong.Sebab apa,sebab cadangnya aku adalah nak jumpa dgn seorang ni tapi cancel sebab dia ada something to do dan its more important than me.Sobs..

      Tadi aku online FB dan aku stalk page kawan aku ni..Satu masa dulu pernah sekelas..Ditakdirkan satu hari tu aku mimpi dia terkena ulat apa tah kat tengkuk..Terkejut aku bila bangun dari tidur..And you know what.Ia betul2 berlaku..Aku tak tipu..Huhu.Sesungguhnya Allah is the Greatest. Lepastu aku macam pelik sangat kenapa macam aku memang dah tau dulu ni.Tu lah.. Satu lagi seorang kawan aku jugak kat U. Satu hari macam mana entah dia boleh tertinggal handphone kat kelas.Lepastu dia pergi cari balik,tak jumpa.So she's decide to find it the next day.Dan malam tu aku mimpi dia dah jumpa handphone dia.Bila esoknya aku tanya dia,dia kata dah jumpa..Allah Maha Besar. :)

      Harini kat tempat kerja macam biasa aku baca novel.Lepastu ada seorang auntie ni cantik dan sebijik macam Ziela Jalil.Dia ajak bersembang sebab anak dara dia tengah shopping somewhere else dan dia malas nak ikut shopping.So kitorang borak pasal anak dia nak ambik lesen kereta,experience kerja dia sampai dia berhenti sebab husband dia suruh dan husband dia bagi rm2000 sebulan.Bukankah dia sangat bertuah ada husband kaya?Huhu,,.dia ada seorang anak dara..Itulah racun dan penawar family dia..She said she's always want the best for her daughter.Lepastu anak dia sampai dan Subhanallah anak dia cantik tau..Kulit macam mama dia.Rupa rupanya kitorang sama sek..convent.Lepastu auntie ni kata thanks sebab luangkan masa untuk dia..Welcome ;) (dah memang aku ni kuat berborak)hhehee

      Erm...tadi bestfriend aku,Puteri datang melawat aku kerja siap belanja cheesy wedges lagi.Trima kaseh..Lepastu aku jumpa kawan convent,Anis yang baru sampai dari Aussie..Tu lah aku hairan cuti ke sekarang ni.Bukan ke musim sejuk..baru aku tau dia berbeza ngan Europe..Aussie tengah autumn in my heart.Hehe...Okay sepatutnya aku ni baca novel sebab nak habiskan 2 buah novel yang aku pinjam dari someone ni..dia yang offer aku baca novel dia so kenalah tunggu aku baca sampai habis.haha

    Jom ingat balik 4 musim yang kita pernah belajar waktu Geografi dolu2...

Spring :  Musim bunga

     
Summer : Musim panas


Autumn : Musim luruh

Winter : Musim sijukkkkk

Jom pergi Korea jumpa Gongchan ;)

Thursday 29 December 2011

Tentang Dhia...;)

      Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...Hai hello sawadikap kap kap..Hehehe Tadi mula2 aku kerja happy sangat sebab terserempak ngan kawan lama aku,Shima..Tersentuh aku dia kata dia cari aku lama dah..Huhu aku pun rindu dia..Okay sebenarnya hari ini aku tak de moooooood sangat sebab lepas Shima balik something happened dekat tempat kerja aku dan aku tak perlu cerita sebab aku sedih...Ditambah lagi dengan kesedihan tak dapat tengok Tentang Dhia live..Selalunya aku lah yang cepat je tercongok depan tv bila ada cerita ni.tapi memandangkan aku kerja,mencari sesuap nasi..tak kisahlah..

      Watak Dhia banyak bagi aku pengajaran sebenarnya.Aku kagum dia sangat lah baik ada tak lagi wanita macam tu?Aku pun tak layak jadi macam dia.Tahniah lah Nora Danish berjaya melakonkan watak tu sampai kan aku bertekad jadi wanita solehah macam dia satu hari nanti Insyaallah...Tudia apsal tah emo semacam.Hahaha...Aku teringin jadi perempuan cerdik,solehah dan semua yang baik2..Layak kah?

       Aku baru je selesai baca 2 buah novel yang sangat bermakna bagi aku.Entah dari mana aku dapat novel ni pun aku tak tahu.Tahu2 ada dalam almari buku...Aku pulak main ambik je sebab memang hobi aku sekarang bekerja sambil membaca..Novel pertama yang menyentuh hati aku ni tajuknya ialah KEMILAU CINTA RAUDHAH karya Saidatul Saffa..Bukan macam kebanyakan novel,novel ni kisah dia pasal seorang gadis cantik dan muslimah yang berjaya membimbing seorang lelaki ke jalan Allah..Tak bimbing pun tapi lelaki tu lama2 sedar tanggungjawab dia sebagai seorang Islam..(macam tak menarik ke?)  Menarik...Inilah novel yang berjaya buat aku tersedar betapa maruah seorang gadis tu sangatlah penting..best tau.Kalau nak pinjam dari aku,aku dengan suka nya bagi pinjam kat korang tau.

        Lagi satu novel yang berjaya mengetuk naluri dan perasaan aku dan aku baru je habis baca tadi adalah cerita KITAB CINTA YUSUF&ZULAIKHA..Karya Taufiqurrahman Al-Azizy..Aku ni takdelah minat sangat sebelum ni kalau cerita macam ni.Aku punya pandangan tentu2 perkataan2 ayat2 dalam novel ni membosankan dan berjela2...Sangkaan aku. Tapi aku baca aku terus tertarik2 nak baca sampai habis sebab Yusuf dgn Zulaikha memang ditakdirkan bersama..

Seolah2 percintaan Nabi Yusuf dulu kan.menangis2 aku baca tapi biasalah tengah kerja kenala cooool..Kang tak pasal2 orang fikir bukan2..haha Tapi novel yang ini dia berlatarbelakangkan tempat kat Indonesia...Sebab memang penulis dia orang sana..Diterjemahkan dalam bahasa Melayu..Kalau bahasa Indon,memang aku tak berapa faham lah walaupun aku ni anak Jawo...jawo pun Jawo lah,janji Rock..Hidup ABON..Apakah ini satu promosi?tudiaa..haha apapun tahniah penulisnya.kalau semua gadis baca novel ni mesti takkan menyesal dan berterima kasih sebab aku tulis bgtau kat blog ni.haha

       Apakah kaitan novel dengan Tentang Dhia?Tiada kaitan.Ni aku nak cerita kesan gigitan nyamuk di kaki dan tangan aku seolah2 aku sedang dijangkiti virus je gamaknya.Takut aku..Nyamuk ni pun satu tak reti nak tidur ke waktu malam.Aku berjaga dia pulak menghilang.Tau la bam serai aku dah habis tak beli lagi sebab gaji tak masuk lagi,tapi janganlah sampai nak gigit gigit orang.(Aku harap nyamuk2 di rumah aku sedang baca entry ni)...Aku geram betul dengan nyamuk.Korang geram tak?Korang pernah kena gigit nyamuk tak ni???Kotlah kat rumah tak de nyamuk.Tapi kat rumah aku ni ada kebun kecik merangkap reban ayam so macam nyamuk tinggal dengan ayam lah gamaknya.Nanti aku free siaplah aku sembur ridsect sekali dengan perfume kat reban ayam bapak aku tu.bapak aku ni pencinta haiwan...

       Aku dulu pernah bela kambing kalau korang nak tau.Arnab,hamster,kucing,burung,itik,burung serama..eh ayam serama yang bulu dia melentik tu lagi apa ya binatang yang abah aku pernah bela,erm...ha,ular pun pernah.tapi ular tu sebab dia masuk kebun tu lepastu bapak aku tangkap buat gulai..Sedap...Okay aku nak termuntah.Ular tu kitorang call zoo lah lepastu dapat tiket freee pergi Zoo...Hahahahahahaha Waktutu budak2 lagi so seronok sangatlah pergi zoo rasa macam pergi Paris korang tau tak? Ayuhlah ke Zoo Taiping..(Rupanya pengarah Zoo tepeng tu husband Mrs Cecilia cikgu kat Convent dulu)..

       Aku rasa macam Tentang Dhia tak sesuai je jadi tajuk entry ni.hahahaha apa2 lah..Tapi tak salah kot kan..Tiba2 jugak aku teringat kisah seorang sahabat aku sendiri pernah curi handphone aku..haish..Nasib baik kena kat aku.Kena kat orang lain macam mana..Kalau sahabat aku tu baca entry ni aku dah maafkan kau tau.Aku tak suka simpan rasa benci atau dendam atau apa saja yang menyakitkan aku,aku akan cuba lupakan..(Dah memang aku pelupa) hahaha..Sesungguhnya waktu ni aku rindu sangat kawan2 aku sekolah rendah dulu..Rasa nak nangis lah..Hahaha aku rindu kelas tahun 6...Korang ingat kat aku tak ni wei........

       Malamni aku nak tuang sapu minyak masak + racun kat tangan dengan kaki memandangkan nyamuk nak berlawan dengan aku..Siaplah kau nyamuk keracunan makanan kau lepas ni..jangan ingat aku nak bawak pergi hospital.. (Adakah aku tension sangat ni) haha 

       Tadi kat tempat kerja aku ada seorang budak lelaki ni asyik tengok aku baca novel lepastu dia offer nak bawak novel esok untuk aku baca sebab dia kata PakSu dia banyak novel kat rumah..Tak pelik pun lelaki suka baca novel.Aku rasa macam romantik apa orang lelaki baca novel.Jangan lelaki baca buku makeup2 sudahlah.hahaha yangtu aku kena tengok dulu lelaki tu macam mana..

       1 hb ni birthday mak aku.nak bagi apa ni?Huhu...Bagi kasih sayang?Dah...bagi bunga?mak aku banyak bunga...Erm..Bagi kek?kek birthday adik aku pun tak habis lagi lagipun aku pun tak berapa suka kek kecuali kek coklat Secret Recipe.(tudiaa sapa nak beli kat hang azmira) haha. So ada suggestion tak? Apa kata aku beli gaun pengantin untuk mak,dan tuksedo untuk abah..Fuh..Kiranya kena bersanding lagi sekali la?(amboi ko Ira) hahaha

Aku tak ada idea lah nak bagi apa.hah, apa kata kita belikan kat Cik Ani(mak aku) teddy bear...Mesti mak suka..Hehehehe Korang kalau birthday mama korang,korang belikan apa yerk?Jam?mak aku tak minat jam tangan...mak aku orang nya sederhana.Mak dan abah aku ialah anak sulong..So diorang ni berkorban untuk adik2 diorang so dari kecil memang keluarga susah..Sekarang ni Alhamdulillah sederhana lah family aku ni.tapi kalau aku beli apa2 mesti mak dgn abah suruh aku simpan duit tu..nanti kerja,,nanti kerja baru belikan.Pesan diorang..haish diorang ni taktau ke aku sayang sangat kat diorang..Huhu...
best tau
Romantik sangat lelaki ni...Hehe
apakah motif aku upload gambar ni?haha senyum dulu sebelum tidur okay
       Okaylah aku nak tidur ni..nanti sembap pulak mata aku.Sememangnya mata aku memang sembap.Huhu...Tidurlah ya.Jangan lupa baca doa ;)

Wednesday 28 December 2011

Babies or Small Kids ;)

     Assalamualaikum...Oh hoi........(Sebut macam M Daud Kilau sambil mencekak pinggang) Kalau tak,tak boleh baca entry.Haha..Okay memandangkan kerja aku sebagai salesgirl menawan partime yang selalu dihimpit kebosanan bila bekerja so aku suka lah tengok orang lalu lalang sambil menghabiskan masa membaca novel. Jaranglah baca novel English..Kalau baca pun mesti nak buku cerita yang untuk 7 tahun baru lah interesting aku nak baca dengan terjemahan nya sekali (gambar2).Hehehehe..So aku datang kerja selalulah aku bawak novel Melayu..Kadang tu dah baca nak baca lagi..Sampailah aku rasa mata macam kabur2 dan jemu sebab dah hafal jalan cerita barulah aku berhenti dan menutupkan buku sambil menguap tak tertahan...
      
       Aku nak cerita pasal lain sebenarnya.Bukan pasal buku..Ha tengok suka melalut..Aku jamin budak2 perempuan mesti suka baby..Kawan lelaki aku kat FB pun suka baby..Aku tanya dia "lelaki pun suka baby ke???" Dia jawab dgn yakin dan cemerlangnya "HELLOOOOOOO...manusia mana yang tak suka baby.." (sambil memusing-musingkan jari telunjuk nya) Okay aku tipu.Tak nampak pun dia buat macam tu cumanya ada dia komen kat FB.Aku rasa macam tu lah gayanya.Hahaha .. 
       
       Sebenarnya aku takdelah suka baby sangat sebelum ni.Biasa biasalah..Ala biasala..Macam perasaan terlalu teruja tengok baby takder lah menyerlah sangat sampai eksaited terjerit jerit ke atau apa saja yang mengujakan..Aku bukan ada adik kecik pun.Adik yg besar ni pun susah betul nak jaga..Haha...So memandangkan lepas aku habis diploma aku ada freee time aku pun rela hati jaga anak makcik aku ni sebab nya beliau sangatlah busy mengulang alik ke sana sini dan asyik pi mai pi mai tang tu..So anak2 dia tiada penjaga yg diiktiraf..Kiranya aku ni babysitter diiktiraf lah oleh ibunya..hehe.

       Lepas aku kena jaga baby ni.Nama dia Zakuan,8 bulan..Mungkin bila besar nanti aku rasa dia pandai main bola sepak dan akan lebih handal lagi daripada Zakuan Adha..Mungkinkah? Semakin lama2 aku jadi sayang kat dia.Sebab dia comel sangat..Korang tau tak comel???C.O.M.E.L.. Dan tak kuat merengek so aku jatuh cinta dan jatuh hati pada dia..Selalu kedua dua pipi gebunya menjadi mangsa ciuman aku..(tudiaaa ayat) ..Hehe..

Tapi...Langit tak selalu cerah awan tak selalu mendung..(betulke ayat aku ni?) Satu haritu tu Zakuan mengalami demam yg tak kebah2..So family Zakuan pun dah taktau nak buat apa sebab urut tradisional dah,ubat doctor dah.last2 pergi  tempat dia lahir tu (private hosp.) dan Zakuan ditahan..Zakuan kena kawasaki disease dan dia perlukan amma globulin (purified antibodies) (aku copy paste kat google tau nama ubat ni)..Sedih tau...Ibu dia nangis2 aku pun curi2 nangis..Disease ni very rare tapi ada jugak..Aku bukan pelajar perubatan atau doctor atau nurse..aku tak boleh tolong apa2 melainkan aku dukung dia sebab aku kesiannn dan syg kat budak kecik ni..Huhu...Korang tau tak first time aku dengar penyakit ni aku macam "kawasaki macam nama motor je".. Ada pakcik kat hospital tu lagi lah."Budak ni baru balik dari Jepun ke" Huhu sabor je lah.

      Korang tau tak symptom2 yg appear kat seluruh badan dia sangatlah menyakitkan aku tengok.Ruam2 merah muncul..Bila dia nangis,kat air mata dia yg mengalir tu pun ada garis merah..Mulut tak boleh terima susu dah sebab mulut dia luka..Merah sangat mulut dia aku memang sedih sangat lah bila tengok budak kecik yang happy sekelip mata tak de tenaga..nak menangis pun dah tak larat dah wei..Pernah tak korang bayangkan budak kecik yang nak menangis sebab sakit tapi dah tak larat nak menangis???Sedih kan?dah lah dia tak pandai nak cakap..Sampaikan ibu ayah dia kata "kalaulah sakit baby tu diorang boleh transfer,diorang sanggup tanggung daripada tengok Zakuan macam tu..Huhu sebak.

      Aku ni yang jaga sekejap pun boleh sayang kat dia sangat.Dan aku tak boleh terima kalau org buang bayi ke merata2 sesuka hati tolonglah.......Bayangkan ibu yang beranak anak yang sah ni susah payah keluar beribu2 ringgit untuk tanggung sakit anak tapi ada segelintir manusia tak berhati perut tapi berhati batu yang batu bata tu..malas nak cakap.Ha yg segelintir ni pulak sesuka hati buang anak.Tentu2 anak tu anak luar nikah kalau tak,takkan dia nak buang anak.Kenapa ya, Allah senangkan orang yg beranak luar nikah daripada org yang sah menikah? Secara logiknya sebab Allah sygkan org yg beranak secara sah tu.Allah nak bagi sedikit ujian pada diorang..Itu tandanya Allah sayangkan diorang..Dan Allah mudahkan perjalanan orang yang beranak luar nikah sebab diorang tak dapat hidayah lagi.. Allahualam.Aku tak arif sangat tapi aku rasa macam tulah secara logiknya.

      Aku jaga Zakuan bergilir2 dengan makcik aku sebab ayah Zakuan kerja.So bila terjaga je,mesti dia nak menangis tapi suara tak terkeluar.Dan aku selalu dukung dia..Tepuk2 dia..Dia kenal aku tau.Huhu.Bila dia masuk ICU sebab nak masukkan ubat tu 8 botol,penuh wayar2.kalau tak salah aku sebotol RM 600..Mahal kan.Budak wei bukan nya org dewasa.Susah nak dukung Zakuan sebab dia dah terikat ngan wayar2 tu..Huhu..Dia asyik pegang2 wayar lepastu pandang aku suruh aku bukak wayar tu...Aku faham wei mata dia..Huhu..

Bilik ICU utk Zakuan special sikit.Macam bilik kaca..Satu bilik je dgn bilik airnya sekali.Yang lain katil kat ICU macam wad biasa.Mungkin sebab Zakuan ni baby.Tak boleh terdedah sangat..So Zakuan dicontrol 24h sebab ada nurse2 nampak terus dari luar.Sampaikan aku bermalam kat situ tak boleh tidur sebab nurse lalu lalang lepastu pandang2..Pesakit2 lain tak ada pulak aku tengok orang teman..Waktu melawat la waktu tu malam jumaat ada sorang pesakit ni dia sakit apa tah aku tak pasti tapi dia tak sedar..Lepastu ahli keluarga dia baca Yasssin aku rasa macam sedih sangat dan nak keluar tak nak duduk dalam ICU..Perit korang tau kalau kita ada ahli family yg masuk ICU..Nyawa di hujung tanduk.Tapi dalam kes Zakuan ni sebab dia kena masukkan ubat tu jugak..lepas 2,3 botol Alhamdulillah Zakuan punya badan yg merah2 tu beransur hilang...
      
     Dan Alhamdulillah sekarang Zakuan dah sihat dan sudah selamat pindah rumah baru dia kat Puncak Alam sebab ibu dia further study.Begitulah ceritanya detik macam mana aku boleh jatuh hati dengan baby..Sampai sekarang pun kalau aku tengok baby mesti teringat Zakuan.So ibu,emak,mama di luar sana sayangilah anak anda..anak ibarat kain putih..Suci sangat.Parents lah yg diamanatkan Allah untuk mendidik supaya jadi soleh dan solehah..Berkorbanlah kerana nyawa anak itu tak de gantinya.nanti dalam kubur kan antara amalan yg sampai tentulah DOA anak2 yang soleh...Huhu..(Adakah org yg baca blog aku ni dah berkahwin?) Hahaha..Okaylah aku dah mengantuk ni esok kerja lagi..

Zakuan ;)
   Jaga diri! ;) (sorry hari ni emotional sikit)..

Tuesday 27 December 2011

cinta pertama

Assalamualaikum!
       Harini korang kerja ke?ehm..penat kan cari duit..hehe..aku pun kerja jugak.Korang ingat tak cinta monyet korang dulu???Nak tau aku ada cerita yg berada dalam lipatan sejarah..Hehe Lagipun bila tengok couple lalu lalang kat shopping komplek tadi teringat pulak cinta pertama waktu zaman sek rendah dulu..(nama sek.dirahsiakan) ---> ko igt ko artis?haha..Okaylah dulu aku tak pernah kenal apa tu cinta..Sampailah satu saat tu..Dulu aku sek.rendah campur.Ada lelaki dan perempuan.Aku pergi sek kayuh basikal.Jangan main2 tau.Aku dulu menang pecut(bila dah kena kejar anjing kenala pecut)..Dan anjing tu kalah..hahaha Okay apa ni..Sebenarnya mcm mana nak cerita ni..Korang jgn lah bagitau budak tu tau..(macam korang kenal je) haha..

      Dulu aku kelas pertama.Si A ni kelas terakhir..Comel kan?Haha.Aku tak pernah kenal A ni.TAK PERNAH..I never know him until...Sampailah satu saat waktu tu dah nak UPSR..UPSR tau..Dah nak exam gatai pulak.Waktutu ada program mentor menteee. ---> betul ke ejaan aku ni.Ha lebih kurang camtu la.So kelas2 pun bergabung.Yg pandai ajar yg tak pandai.Yg tak pandai ajar yg terlebih pandai..(Eh,ada ke?) Ada2...Hehe So aku terpandang lah si A ni..Waktu tu angin bertiup kencang..Burung berkicauan seolah2 memahami getaran hati si gadis calon UPSR ni yg gatai pandang si A tu je..Haha burung berkicauan tak dengar lah sebab tenggelam dek kebisingan rakan2 sekelas...haha rindu pulak kat korang!

     Okay lepas tu setiap kali aku terserempak dengan A,aku akan tiba2 berdebar lepastu mcm asyik nak terpandang je.Mengada betul mata ni..Si A ni seorang yg hemsem tau,smart..Walaupun dia kelas last..Entah2 sekarang dia dah jadi engineer atau dah ke oversea?Huhu Lost Contact!Tak ada siapa tau aku suka A ni cuma bestfren aku 2 3 org je..bukan dua puluh tiga tau..dua,tiga org je...So takda sapa tau hati ni..Eceh..! lepastu kan dia perasan tau aku salu senyum kat dia and dia tegurlah aku...Huhu..Ko mesti teruja kan org yg ko suka tu tegur n senyum kat ko tau..Hehe lepastu kitorang berkawan..Sepanjang darjah 6 tu la..Kadang2 aku bawak coklat cadbury bagi kawan2 dia ternampak lepastu mintak kat aku.. (Tak malu kan dia?) Haha..Takdela,kami memang suka coklat Cadbury yg RM0.10 satu tu..Tau kan? Ha tu la...Memori tu tau..Huhu...

      Korang expect apa yg terjadi lepastu??Korang tau tak kitorang tak pernah deny atau declare kitorang couple..budak2 kan..lagipun kalau aku suka dia pun,dia suka aku ke?Walaupun dia selalu tegur aku..ha.. Time nak trial UPSR semua kelas pun bergabung.Tau tak dinding yg tgh2 antara kelas tu?Bukan dinding sebenarnya..Papan yg boleh lipat2 tu.Automatik tau 4 kelas terus jadi sebuah dewan bukan macam sekarang canggih ada dewan spesel...Hehe Ha,..So susun2 lah meja.Cikgu pun bagi tau la ikut nama dan angka giliran kan..So susun punya susun tiba2...

    Dia punya meja betul2 sebelah aku wei...Serius..haha bestfriend aku sorang duduk belakang dia..Mula la jeling2 aku(dia tau la aku mesti suka). padahal berdebar tau.Nak UPSR lagi nak terpandang dia lagi..Tak ke jenuh nak control ayu? Hahahaha...Lepastu tersenyum2 tersenyum2..Biasala budak2 kan.Mana tau nak luahkan perasaan..(ceh)..tapi Alhamdulillah kitorang berjaya melalui hari2 exam dgn jayanya..Walaupun dia ada buat2 terjatuh pensel.. (Saja la tu nak bagi aku tak concentrate) hehehe rindu lah pulak kat dia.Ish tak boleh tak boleh..

    Dan bila result keluar,aku dapat 4A1B..Waktu ambik result aku jumpa dia dan dia ucap tahniah siap bagi senyuman lagi.Tapi aku tak tengok result dia..Tu lah kali terakhir aku jumpa dia kat sekolah..Sedih tak? Tapi jangan risau..Aku jumpa dia kat sek.menengah pulak.Hehe...Adalah dalam seminggu tapi aku mestila pandang dia dari jauh je sebab kelas lain2..Seminggu je aku kat sek.tu dan aku dapat tawaran belajar sek.lain.

Bila dah 2,3 tahun camtu,last sekali aku terserempak dia waktu aku pergi kedai runcit dgn kakak aku..Kakak aku drive so dia tggu dalam kereta je.Aku turun tiba2 aku nampak dia dan dia nampak aku..Dan masing2 macam taktau nak tegur camne.Dua2 tergamam tau.Aku pulak yg malu lepastu cepat2 aku masuk kereta...ha ada mcam Romeo dgn Juliet tak?Hehe..Bila aku masuk je kereta,lagu Phyne Ballerz - Jangan pisah kan tu pulak berkumandang.Tetiber rasa nak nangis..(tudiaa) Waktu tu lagu tu lah tgh hot..Sedih tau..

     Semoga dia melalui kehidupan yg baik......! Awak akan jadi satu memori pada saya.Chaywah ;)

Monday 26 December 2011

Separuh jalan..;p

   Assalamualaikum! ;)

Memandangkan semalam adalah hari ahad 25hb, harini hari Isnin cuti umum lah sebab semalam cuti umum..Faham tak?erk...Haha... Harini nak bersembang pasal boyfriend.Siapa ada boyfriend angkat tangan..! Siapa ada girlfriend angkat siku!.. Siapa single sedang mencari angkat dagu..! Ewah kemaen lagi ko ye Ira..
  Dulu waktu belajar diploma dulu adalah seorang makcik saya ni.yg juga merangkap seorang lecturer bagitau lebih kurang camni la 

         "Ira, nanti degree baru makcik kasi green light nak bercinta..Tengah belajar diploma ni jangan nak bercinta2.."
  
 Parents pulak tak kisah bercinta ke tak asalkan pandai jaga diri dan pelajaran tak terabai..And Alhamdulillah diploma akaun yg saya ambik CGPA nya takde lah membanggakan sgt tapi saya bersyukur lah jugak dapat kalahkan pointer kakak sulung... Hahaha Okay.. (Kakak bila awak nak balik cepat sikit kahwin) kikiki.

Bosan lah buat entry pasal ni. Tukar lah..Jom cakap pasal kucing nak? (okay sebenarnya saya suka buat benda separuh jalan..Contohnya assignment.kalau tgh ada banyaaaaak time,relax2 je...Bila dah nak kena submit,tudiaaa punya bersilat...Apsal tah)
  
Contoh lain separuh jalan ialah blogspot yg saya buat haritu dah tak update dah.Kenapa? Terlupa passsword.Ini lagi satu kelemahan Ira.PELUPA ..Dah lupa letak apa2 barang kat rumah,mula nak berleter salahkan adik...Tak adil kan?Kesian adik2 Ecah dgn Amin ku syg...I love you both actually tapi malu lah kalau nak cakap direct!..hehe
  

Sunday 25 December 2011

bermulanya kisah saya..yes i am.

Wah gitu.. Assalamualaikum..! ya saya la ni..Hehe..Meh saya perkenalkan diri saya..Saya Azmira.Everyone called me Ira..There's a few called me Mira..Junior called me Kak Ira..Comel tak mereka? Haha...Saya baru habis diploma..Hari2 menghadap internet.Bukak je mesti online facebook...Haih bosan betul..Adik pulak advance dah berblog,bertwitter bagai..Kakak dia mcm katak di bawah daun keladi.Eh? Daun kelapa..Erm...
Memandangkan sekarang ni kerja sebagai salesgirl,so penat lah jugak..Tapi esok cuti!Bolehlah mengunyah kudap-kudapan atau memasak maggi atau membantu emak di dapur.(eh kata pemalas??) hehehe saya rajin bab mengemas..Bab memasak belum lagi..Kenapa eh? 
It's already almost 1.30a.m...Nobody knows this blog..Ohsem! i will write here and read myself! Siapa yg tertekan dan baca entry saya pun mmg ohsem..