Monday 28 May 2012

Hadiah Konvo ! :)


         Assalamualaikum sumerrr..olololo..Cuti sekolah?MC?Study week? Diharapkan sumer sihat belaka..Yeah2. Walaupun uitm memberi cuti seminggu sempena hari gawai namun begitu cuti tidak memberiku apa2 erti untuk direnungi..(tudio ayat) .. Lagi pula aku tidak merayakan hari gawai..
         Erm erm.. Harini eksaited terlebih sikit sebab ape tau..sebab ada org bagi kita hadiah..Tak ada orang tak suka hadiah. Tapi ni bukanlah hadiah surprise pun. Sebab dah ader orang bagitau. Hehe
         Macam pelik jugak kan hadiah konvo. Selalu orang bagi hadiah befday,hadiah subjek terbaik, hadiah perkahwinan, hadiah lari pecut 400 meter.. Tapi yang aku dapat ni hadiah konvo..  
       
         Tak expect pun dapat hadiah macamni.Hu.. Tapi kalau orang bagi,kita patut hargai dan jangan malu2 menerima sesuatu walaupun kita tak layak dapat barang2 camni pun sebenarnya.....Wah gitu :)


Jeng jeng..Yang ni surpriseee :)

 Ooooooojusss!!!




Kalau 298 US dolar convert to RM berapa la agaknya. Huhu... Apepun thanks sangat kat family yang bagi ni.. I Love you SOOooo mush !!
Sesiapa yang nak beri hadiah konvo, masih dialukan (bajet result gempak sangat ke??) BOOOO... heheee

LOVE

Saturday 19 May 2012

A moment to remember :)

                Assalamualaikum semuaaaa...!! Hehehe Asal mula entry je mesti nak cakap “dah lama tak update blog....” Azmira,ada aku kisah? Hehe.. Aku baru balik dari ber Mingling English kat Felcra Seberang Perak ni.. Ada omputeh lagi. Kemain sangat.. Tadi ader cousin Shah Rukh Khan tahu? Dia tanya aku something,aku menyorok sbb tak faham. Teruk perangai..Kejap je aktiviti tadi. Zohor balik.. Budak2 best betul harini sebab buat Reader’s Theater.
                Erm.. Erm.. 14 Mei 2012 was my graduation day for DIA.. I already have Diploma in Accountancy!! Tak dapat ANC pun..Tak dean list pun final semester tu..Tak dapat jadi best student la.. Tak de apa nak cerita..Tapi Alhamdulillah dapat 3 pointer.. Okay lah tu kan..Huhu....
                Betul kata Prof Madya Raja Omar yang ajar aku MAF. Beliau kata tak semua ada level kepandaian yang sama. Kalau tak,tak ada lah tukang kebun, tak ada lah big boss. Kan? Ya,ya aku dah cuba habis baik dah tu. Aku mengaku aku seorang pelajar yang jenis belajar last minute dan nak score kat final je. Tak tahu lah macam mana aku boleh pulak perform waktu final. Carry mark selalu je rendah. Haish,, Azmira.. Allah memang betul2 tolong kau..Setiap kali final exam, aku rasa Allah selalu permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah...
               14 Mei haritu pagi-pagi lagi kakak aku call. Dia kata tahniah and bla bla bla.. yela dia duduk jauh kan.Next year baru balik..Tapi aku dapat present dari dia. Kiranya macam it’s okay la. Hehee. Haritu yang datang cuma adik perempuan aku, mak, abah dengan nenek je. Sedih kan. Sobs.. Tapi tak ape lah aku tak rasa sedih sangat pun sebab kengkawan ramai..Aku tangkap gambo kat studio pun pagi so macam takder bunga lagi. Whuaa.. Lepas habis semua, family aku diorang rush nak balik sebab nak hantar nenek aku.. So macam tak banyak gambar pun.

 

               











                Banyak cabaran dan dugaan sepanjang aku belajar diploma.. Banyak sangat. Pernah aku gagal test. Pernah aku gagal kuiz. Pernah assignment aku lecturer tolak markah. Semua pernah.. Aku bukan lah antara pelajar yang menonjol. Nak kata pasif, tak adalah pasif sangat. Nak kata hyperactive, tak lah. Aku memang seorang yang sederhana tapi cepat kalut. Kalau lecturer nak apa-apa kena submit, mesti kalut lepastu mula nak merimaskan kawan-kawan. Cepat! Cepat!.. Ha,memang lah Azmira selalu nak kena pelempang dah dengan kawan-kawan.
                Di sini aku nak ucap thanks sangat dan halalkan ape2 ye pada kawan-kawan yang selalu sabar dengan aku. Nana, Nina, Ina, Dayah, Nani, Diyana, Hani, Nas, Piah , Mar, Ija, Anje, Shida, Ceknor, Pika, Acu, Mija, Syed, Ibu, Zu, Kemal, Coket, Nyang, Paeh Najib, Ben, Mas, Min, semualaaaah yang satu kelas dengan aku dari part 1 sampai part 6. Aku selalu doakan kejayaan korang dunia akhirat.
                      Aku juga terhutang budi sangat pada lecturers.. Hanya doa dapat ku balas..
LOVE