Monday 30 September 2013

Elaun! Haha

Yess yes cheque dah cleaq. Hoho

Assalamualaikum semuanya..
Camne kehidupan? Hidup kita camni ler.. Koje audit je. Kalini audit company yang tanam kelapa sawit. Habislahhh bersawit la audit kita. Hoho

Erm..Last week kita belanje Lim and Poh kedai mamak. Lunch. Yang kelakarnya,tengah2 hari minum teh tarik. Sebab diorang tau teh tarik je. Hahaha.. Teh tarik dengan mee mamak. Adeh..


Erm..Haritu kan kita adela terbuat mistakes kat bill. Yela mana kita tau kena sama figure ngan audit report. Pes time tengok bill belambak2..Adeh.. tapi lega LadyBoss tak ngamuk. Kalau dia ngamuk, habislah. Tapi dia tak ngamuk,dia tegur Tan yang taip bill tu..Tegur je. Sepaptutnye dia tegur kita la kan?Adeh.. Erm,kelmarin makan pineapple sebelum balik. Kengkabut makan LadyBoss bagi makan dah almost pukul 5. Meleleh2 makan.Sobs.. Ng pulak last day.Huhu dia study kat Singapore,cuti sebulan je..

Semalam masuk 2 orang dak baru. Hooi dengan Yip. Diorang pun baik macam staffs sekarang. Paling rapat dengan kita Lim dengan Poh. Yan, Tan dengan Tou biasa2 je tapi diorang baik je.. Yang kelakarnya,tadi sembang pasal politik.
Kita: Poh,tengok ni..Tax 70 thousand still gov takde duit???
Poh: Comp yang I audit 1 and a half million..
Kita: Then where's the money if LadyBoss said the gov really2 has no money?
Poh: Minum kopi..
LOL.

Pastu balik kerja ade lecturer msg

Comel dak?Heehhee
LOVE

Friday 27 September 2013

Parents Kengkawan

Assalamualaikum!!! Hollaa
Haiilah nasib. Harini Amy (the only senior staff) takde. Pergi overseas (Italy and some other countries ok i'm not sure too) and maybe balik sini 7 Oct.. Ohmy. Such a longgggg week. Why?? Habislah office tu. Stress woi bila dengar LadyBoss terjerit2 suruh itu ini dekat office..Adeh. Amy takde lagi la hot issue betul. Huhu Nasiblah ada kengkawan yang juga mengkritik kemarahan Boss. Ya ampun... Bila time kena marah,rasa cam jom la benti. Aigoo..


Seriously,kalau seseorang tu leaving the company,bukan bermaksud dia tak suka company tu. Dia sebenarnya tak suka supervisor atau orang yang memberi kerja tu sebenarnya. Beh, kawan baik kita dekat firm yang jugak permanent staff dah berhenti sebab penat. Dah setahun lebih kerja. Kita tau kenape. Penat sebab LadyBoss selalu marah2. Kesian sangat. Beh dah la lemah lembut.. Takpe Beh, kita harap awak akan berjaya suatu hari nanti since awak muda lagi. Awak kena enjoy kerja,bukan stress. Kita pun selalu kesian kat awak selalu kena marah. Sampai kita rasa biarlah Bos marah kita,bukan awak. Tengok muka innocent awak tu. Sabarlah Beh. We'll going to miss you..........Sobs

Harini kita first time jadi minah dispatch.(Betoi ka ejaan ni) Erm...Mula2 pergi LHDN. Mintak income tax number kat orang LHDN tu. Petang pergi Jabatan Kastam bayar cek. Merempit. Mampu?? Haritu jalan kaki pergi MPT bayar kompaun salah letak kereta. Client punya. Tapi suruh kita g bayar.. Adeh. Takpe.. Kata intern.. Do anything your boss tell you to do. (Mata ke kiri dan kanan)



Lately ni asyik jumpa parents kengkawan je including jiran.. 
Jumpa ayah Fatin (ayah dia Telekom baiki telefon office rosak haritu)
Jumpa mama Put (semalam mak dia datang office nak survey tempat intern untuk adik Put)
Jumpa cik Syikin (jiran kerja dekat kaunter Kastam senangg berurusan)

LadyBoss dok pulak kat office asyik cari salah kitorang je.. Haiilah nasib. Tapi kalau diberi peluang untuk kerja permanent staff, i'm not going to do. First time takut dengan orang.. Tak pernah2 takut dengan orang sebelum ni..


Tak pernah lagila jumpa Nenek garang. Adeh.. Kita salu ingatkan diri kita,yang diorang ni takde iman. Sabar kan sebahagian dari iman. Sebahagian pun takde inikan iman Islam. Kan? So let it be. Kita pun tak pernah ambil hati dia marah cumanya kita kesian kat dia kena jerit2 nak marah. Padahal benda kecil je. Subhanallah.. Niat kita sebabtu kerja kerana Allah walaupun tension atau hampir kena sakit jantung..!Adoii

Kelmarin dia pergi Ipoh. Dia ada belikan diorang (my Chinese's friends) ayam. Tapi kita balik exactly pukul 5. Diorang balik lewat sikit tunggu LadyBoss.. Bos selalu concern yang kita tak makan sebarangan. Alhamdulillah dia faham kita ni Islam. Dia pun faham kita tak makan makanan Chinese masak. Tadi tiba2 dia hulur RM17. Dia kata harga chicken. Untuk fair,dia bagi duit kat kita. Adeh... Kita tak kisah pun tak dapat. Tapi dia paksa sebab dia kata biar FAIR..


Banyak benda dia dah bagi walaupun banyak gak kemarahan yang ditunjukkan. Sabor je le.. Kata internship. Haruslah kena marah. Adeh 
Okaylah until then...
LOVE

Sunday 22 September 2013

Erm...

The best people are those who make you feel that you are worth it, you are important & you too can achieve great heights. (Mufti Ismail Menk)

LOVE

Friday 20 September 2013

Kos hidup bila intern di rumah mak apak

Assalamualaikum!
Lalalala..Kerja cam bese Alhamdulillah.. Kita memang tak suka kalau takde kerja nak buat. Tambah2 sekarang ni time leisure dan tak peak. Rasa kesunyian kalau takde kerja.Huhu.. Kalau takde benda nak buat,rasa bersalah pon datang. Hu..

Tadi b4 balik,Ladyboss kasi makan papaya. Haritu pun makan papaya.. Dia selalu tak kedekut share apa2 yang dia dapat dari client contoh cam moon cake,atau haritu dia share dark chocolates dari overseas. Dia selalu panggil kitorang semua ramai2 makan. Tapi kalau ada something yang tak halal,dia takkan panggil kita. Fuhh. Nasib baik Bos memahami.Ada sekali tu ikan siakap mentah besar potong2 jadi 12 bahagian camtu pun dia share bagi sorang satu part. Kita pun dapat bahagian ekor.Heehe

Semalam kita dengar Forum Perdana disebabkan ada 2 orang pebret ustaz. Ustaz Don dengan Ustaz Zawawi. Best!!. Ustaz Don ada jawab soalan bagaimana nak menghargai atau menghormati orang yang kerja di bawah kita. Contoh kalau kita ni bos la kan. Rasulullah SAW kata "Bayar upah pada pekerja2 kamu sebelum kering peluh mereka". Nampak tak Rasullullah SAW bagitau secara amnya yang buat kita berfikir. Tapi tu dulu,ada peluh. Sekarang dalam office ada aircond. Dapat gaji hujung bulan. Cara nya adalah bos sekali sekala kena belanja staff makan atau senyum dan puji kerja mereka. Haaa camtulah cara nak motivate staffs.

Sebenarnya kita nak cerita kos hidup dak intern cam aku yang duduk kat umah mak apak. Macam tersasar jauh dari tajuk.Heeehe. Cuba teka kos hidup kita berapa?

Kos kita adalah RM3/4 ringgit seminggu.!!.Hehehee. Bawak motor je pergi intern. Mampu la awak awak ada kereta sendiri. Heeehe 8-10 minit gak la ke office. Ada sekali tu 5 minit je sebab rempit. Tapi tengahari kita hari2 balik. Sebabtu jimat. Huuuhu sebab office takde surau. (Chineese office kan) tapi Ladyboss kita bukan beragama Buddhist. Dia Kristian... 

Tapi kita akan keluarkan duit beli barang2 kita dan paling utama barang2 kita nak makan contoh cam grapes, kiwi, alaaa yang pebret2, so kita akan beli sendiri. Kita belikan untuk parents sekali contoh cam spaghetti ke.. KFC ke apa2 lah yang kita rasa nak belikan untuk rumah. Mak dengan apak happy la anak dia share elaun ngan diorang..Hoho.. Bila lagi nak start bagi duit kan?

Tapi kita bagi duit kat abah dgn syarat tak boleh beli rokok. Abah selalu hisap rokok daun yang gulung2 tak berapa nak cantik tu. Haha tapi kalau orang hulur rokok Marlboro ke Mabaral ke dia akan automatic ambik. Tu yang kita cukup tak suka kalau abah lepak dengan pakcik2 ke atau kengkawan dia yang merokok. Mesti offer abah rokok free. Pantang! Rasa nak gam mulut abah. Bukan sebab kita saja2 marah atau geram. Kita kan anak dia. Anak selalu nak parents sihat selalu kan. Huhuuu

Okay itu saje lah. Till we meet again Azmira Yusof.
Daaaa
LOVE

Wednesday 18 September 2013

Rutin harian seorang pelajar praktikal

Assalamualaikum...!! Haiii beginilah hidupku. Baru intern sebulan lebih dah macam orang beranak 3. Haha

Yaa,kita sangat2 letih.Tambah2 dekat office tu kejap berdiri kejap duduk.Takde lah penat sangat sebab kerja benda yang sama je. Photostat, e filling..Tapi kena perah otak bila time audit atau akaun. Tak apelah. Selagi LadyBoss baik dan selagi tempoh internship masih ada,masa ni lah kan kita nak kerja kerana Allah dan belanja mak ngan abah kita guna duit gaji.Itu yang palingggg penting!!


Heee.tadi kita belanja mak dengan abah KFC. Haritu kita belanja whole family makan kat Wan Seafood Kamunting..Tapi time adik2 kita belajar,kakak pulak kat Shah Alam,kita lagi kerap belanja mak dengan abah makan sebab kitorang 3 orang je.ekkekeke.. Tapi haritu kita ade bagi sikit duit kat adik laki dengan adik pompuan buat belanje. (kalau kita nak rezeki murah,gembirakan hati saudara2 terdekat kita k?) 

Kakak Manjalara kita pergi Shah Alam so tak dapat lagi gaji dia sebab first2 kita kerja dulu kakak hari2 masak lunch. Bajet kita kena bagi gaji kat dia since balik waktu lunch???Heyy siape suruh ada kat rumah??

Abah suka sangat ngan kentang putar KFC.Tambah lagi suka kalau orang belanja...Tudiaa bila dapat tak pandang kiri kanan.


Selalunya kat office LadyBoss memang akan tengking, marah ataupun tinggikan suara..Dah lali dah kita ni..Tapi bukan pada kita je,tak kiralah sapepun. Kalau kau buat silap,atau sesama buat silap atau tak buat silap apepun, kalau LadyBoss rasa dia nak jerit,dia akan automatic jerit. Jadi,conclusion kita kalau kau orang ada sakit jantung,tak payah nak mimpi kerja kat sini. Tak pasal... Kekeke

Kita camne?Seriously walaupun cuma kita the only Malay yang kerja kat sini,tak pernah langsung rasa racist. Walaupun LadyBoss macam tu,tapi hati dia kadang2 baik dan tak kedekut.Selalu sangat dia bagi makanan. Especially foods. Pernah dulu dia sponsor 2 orang staffs dia pergi Hongkong. Nextyear dia sponsor lagi staff dia pergi Hatyai.Dia kata kalau kita ada,mesti dia akan sponsor kita. Tapikan kita intern until january2014 je. Sobs.

Tadi entah cam mane dia puji kita..Huhu susah rasanya nak buat dia puji.Alaa itu pun sebab maybe handwriting jelas dan dia suka.(e filling).. Esok2 dia marah lagi.Haiiilah nasib.Haha

Tadi jugak kita jumpa Miza(classmate dan housemate)yang memang the only one prac sama kat Taiping. Dia baru balik kerja..Tapi baru kita sedar, untungnya kerja dengan comp berbangsa Cina,kita boleh pakai baju apepun sesuka hatikuuu..Echeh.Ade jugak yang pakai shorts. Amboi kemain. Miza kata office dia boss India.Tapi kena pakai baju kurung..Huhu..
.
.
.
Ehh kenape macam meleret.

Erm..kita nak cerita yang aku sangat penat sebenarnya. Bajuku basuh seminggu sekali..whuaaa.. Kesian mak abah dulu cari duit besarkan aku dengan adikberadik aku. Betapa susah nak cari duit. Kalau ada lagi manusia yang tak reti balas jasa mak ayah atau buang parents,tak tahu lah camne.

Lepas Isyak selalunya kita akan tengok movies cerita korea.Sekarang ni suka sangat cerita BAREFOOT FRIENDS. Hehhehe instead of RM and WGM.. Daebak2..Mane nak dapat cerita melayu camni woii..

Sabtu kita kerja half day.Ahad off. Tapi kita memang malas malas malas sangat nak keluar walaupun waktu cuti. Bagi kita,cuti tu TIDUR! Tudia. Tapi tak bolehlah pam badan cam pau sangat kan.Hu...

Until now..
LOVE

Monday 16 September 2013

SOLAT DUDUK

Assalamualaikum..
Entri ni untuk kemudahan andai kata diri ini tak larat solat diri..Huhu.. ;(

Haritu kuku kaki kiri berdarah. (Berbelit tak nak sebut?). Heee..Kisahnya terlebih cepit kuku.Whuaaa pedihnye hanya tuhan yang tahu. Sekali, lepastu bernanah pulak.

Pergi kerja pakai selipar sebab sakit sangat.Pergi pharmacy dia bagi ubat makan dengan ubat titik kat tempat luka. Alhamdulillah it's getting better but still,it hurts me sometimes. Hem... Kisahnye kita tak boleh solat berdiri sepanjang tempoh luka teruk waktu tu.

Kita serba salah. Mana boleh tinggal solat sekalipun kita dalam kesakitan. Allah benarkan kita solat duduk kalau tak boleh berdiri.Allah benarkan kita solat baring kalau tak mampu duduk. Allah benarkan kita wuduk tayamum dan debu tayamum tu boleh dapat kat kedai kalau kita ada luka yang tak boleh kena air.. (Mudahkan)

Ape alasan kita untuk tinggal solat?TAKDE. Bila kita selalu ingat yang kita akan berada dalam kubur,kita jadi takut sangat ape akan jadi. SOLAT benda pertama malaikat akan tanya. Kalau kita sengaja tinggal solat ape kita nak bagi alasan kat malaikat???

Susah buat orang yang liat sangat2 dalam hal solat..Kadang2 syaitan tu struggle sangat tak nak kita solat. Beria2 bisik kat telinga. Sebabtu ramai orang abaikan solat. Sebab terlupa mati tu dekat dengan kita. Istilah bila dah tua baru nak bertaubat tak boleh langsung dipercaya.

Ayah kawan kita meninggal pagi 1 Syawal. Masyaallah. Lepas subuh. Meninggal sewaktu tidur. Perasaan dia?Hanya dia dan keluarga dia yang tahu betapa sedih dan hiba hari gembira jadi macam tu. Tapikan,kita kena ingat satu je kalau musibah berlaku. "Setiap kejadian yang Allah lukiskan pada kita,setiap itu ada hikmahnya dan yang hidup tu pasti akan mati"

Ehh kenapa macam jauh je meleret.Hu..Kalau boleh,kita harap setiap umat Islam tu jaga solat kita termasuk kita sendiri dan keluarga kita dan kawan2 yang kita sayang. Semua. Tak lama. Tak lama pun kita hidup. Kita hidup pun untuk abdikan diri pada Allah. Untuk makmurkan bumi ni..Bukan nak kejar dunia semata-mata.

Kita,,
Kita cuma nak ingatkan pada diri aku sendiri
dan sesiapa yang baca ni,
yang....
solat tu penting sangat.


 Yang perempuan,rapatkan tangan waktu takbir k..


Tundukkan sedikit kepala. (Sikit saje tau)


Tunduk lebih sikit daripada rukuk tadi. Mata setentang dengan lutut..



Bacaan dan rukun solat sama sahaja. Yang membezakan hanya duduk atau berdiri. Insyaallah solat kita diterima Allah. Ingat Allah sebelum Allah lupakan kita. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Jangan waktu dah susah,baru nak cari tikar sejadah. Allahualam.
LOVE

Tuesday 3 September 2013

Ohmy Geng Diploma Kawennn! ;D

Assalamualaikum semua...!!
Heeehe
Perasaan ni "happy tapi sebak" bila tgk kawan kita bersanding yg maksudnya dia sudah jadi milik suami dia so takleh nak buli2 dah.Hoho so sweet bercinta tak lama diam2 kahwin terus. <3

Nanie,,happy marriage! We always pray the best for you. Until Jannah, you are our best friend. :)

Hari Jumaat haritu Nana dengan Anje datang tidur kat rumah.Kebetulan ada open house kat rumah so dapatla mereka merasa sedikit suasana kelam kabut di situ.Hoho

Jom tengok gambar :)
Sebelum g umah Nanie,dorang temankan aku gi Tesco beli hadiah nanie. Berbaju kurung tau gi Tesco. Ayu sangat. Wkwkw


































Habis kenduri ronda lake garden tiba2 ternampak Nanie shooting outdoor dari jauh..Tak bagitau pun.Sengaja kan taknak bagitau kami,kalau tak boleh kami nyempit. Hehehe Nanie dan suami sangat sweet!

Tak lama lepastu,isi perut di DOMINOS si kecik Yasmin kelaparan.Hoho
Lepas tu singgah Taman Suria.
Lepastu
Dahlaaa..tu.



LOVE