Wednesday 28 December 2011

Babies or Small Kids ;)

     Assalamualaikum...Oh hoi........(Sebut macam M Daud Kilau sambil mencekak pinggang) Kalau tak,tak boleh baca entry.Haha..Okay memandangkan kerja aku sebagai salesgirl menawan partime yang selalu dihimpit kebosanan bila bekerja so aku suka lah tengok orang lalu lalang sambil menghabiskan masa membaca novel. Jaranglah baca novel English..Kalau baca pun mesti nak buku cerita yang untuk 7 tahun baru lah interesting aku nak baca dengan terjemahan nya sekali (gambar2).Hehehehe..So aku datang kerja selalulah aku bawak novel Melayu..Kadang tu dah baca nak baca lagi..Sampailah aku rasa mata macam kabur2 dan jemu sebab dah hafal jalan cerita barulah aku berhenti dan menutupkan buku sambil menguap tak tertahan...
      
       Aku nak cerita pasal lain sebenarnya.Bukan pasal buku..Ha tengok suka melalut..Aku jamin budak2 perempuan mesti suka baby..Kawan lelaki aku kat FB pun suka baby..Aku tanya dia "lelaki pun suka baby ke???" Dia jawab dgn yakin dan cemerlangnya "HELLOOOOOOO...manusia mana yang tak suka baby.." (sambil memusing-musingkan jari telunjuk nya) Okay aku tipu.Tak nampak pun dia buat macam tu cumanya ada dia komen kat FB.Aku rasa macam tu lah gayanya.Hahaha .. 
       
       Sebenarnya aku takdelah suka baby sangat sebelum ni.Biasa biasalah..Ala biasala..Macam perasaan terlalu teruja tengok baby takder lah menyerlah sangat sampai eksaited terjerit jerit ke atau apa saja yang mengujakan..Aku bukan ada adik kecik pun.Adik yg besar ni pun susah betul nak jaga..Haha...So memandangkan lepas aku habis diploma aku ada freee time aku pun rela hati jaga anak makcik aku ni sebab nya beliau sangatlah busy mengulang alik ke sana sini dan asyik pi mai pi mai tang tu..So anak2 dia tiada penjaga yg diiktiraf..Kiranya aku ni babysitter diiktiraf lah oleh ibunya..hehe.

       Lepas aku kena jaga baby ni.Nama dia Zakuan,8 bulan..Mungkin bila besar nanti aku rasa dia pandai main bola sepak dan akan lebih handal lagi daripada Zakuan Adha..Mungkinkah? Semakin lama2 aku jadi sayang kat dia.Sebab dia comel sangat..Korang tau tak comel???C.O.M.E.L.. Dan tak kuat merengek so aku jatuh cinta dan jatuh hati pada dia..Selalu kedua dua pipi gebunya menjadi mangsa ciuman aku..(tudiaaa ayat) ..Hehe..

Tapi...Langit tak selalu cerah awan tak selalu mendung..(betulke ayat aku ni?) Satu haritu tu Zakuan mengalami demam yg tak kebah2..So family Zakuan pun dah taktau nak buat apa sebab urut tradisional dah,ubat doctor dah.last2 pergi  tempat dia lahir tu (private hosp.) dan Zakuan ditahan..Zakuan kena kawasaki disease dan dia perlukan amma globulin (purified antibodies) (aku copy paste kat google tau nama ubat ni)..Sedih tau...Ibu dia nangis2 aku pun curi2 nangis..Disease ni very rare tapi ada jugak..Aku bukan pelajar perubatan atau doctor atau nurse..aku tak boleh tolong apa2 melainkan aku dukung dia sebab aku kesiannn dan syg kat budak kecik ni..Huhu...Korang tau tak first time aku dengar penyakit ni aku macam "kawasaki macam nama motor je".. Ada pakcik kat hospital tu lagi lah."Budak ni baru balik dari Jepun ke" Huhu sabor je lah.

      Korang tau tak symptom2 yg appear kat seluruh badan dia sangatlah menyakitkan aku tengok.Ruam2 merah muncul..Bila dia nangis,kat air mata dia yg mengalir tu pun ada garis merah..Mulut tak boleh terima susu dah sebab mulut dia luka..Merah sangat mulut dia aku memang sedih sangat lah bila tengok budak kecik yang happy sekelip mata tak de tenaga..nak menangis pun dah tak larat dah wei..Pernah tak korang bayangkan budak kecik yang nak menangis sebab sakit tapi dah tak larat nak menangis???Sedih kan?dah lah dia tak pandai nak cakap..Sampaikan ibu ayah dia kata "kalaulah sakit baby tu diorang boleh transfer,diorang sanggup tanggung daripada tengok Zakuan macam tu..Huhu sebak.

      Aku ni yang jaga sekejap pun boleh sayang kat dia sangat.Dan aku tak boleh terima kalau org buang bayi ke merata2 sesuka hati tolonglah.......Bayangkan ibu yang beranak anak yang sah ni susah payah keluar beribu2 ringgit untuk tanggung sakit anak tapi ada segelintir manusia tak berhati perut tapi berhati batu yang batu bata tu..malas nak cakap.Ha yg segelintir ni pulak sesuka hati buang anak.Tentu2 anak tu anak luar nikah kalau tak,takkan dia nak buang anak.Kenapa ya, Allah senangkan orang yg beranak luar nikah daripada org yang sah menikah? Secara logiknya sebab Allah sygkan org yg beranak secara sah tu.Allah nak bagi sedikit ujian pada diorang..Itu tandanya Allah sayangkan diorang..Dan Allah mudahkan perjalanan orang yang beranak luar nikah sebab diorang tak dapat hidayah lagi.. Allahualam.Aku tak arif sangat tapi aku rasa macam tulah secara logiknya.

      Aku jaga Zakuan bergilir2 dengan makcik aku sebab ayah Zakuan kerja.So bila terjaga je,mesti dia nak menangis tapi suara tak terkeluar.Dan aku selalu dukung dia..Tepuk2 dia..Dia kenal aku tau.Huhu.Bila dia masuk ICU sebab nak masukkan ubat tu 8 botol,penuh wayar2.kalau tak salah aku sebotol RM 600..Mahal kan.Budak wei bukan nya org dewasa.Susah nak dukung Zakuan sebab dia dah terikat ngan wayar2 tu..Huhu..Dia asyik pegang2 wayar lepastu pandang aku suruh aku bukak wayar tu...Aku faham wei mata dia..Huhu..

Bilik ICU utk Zakuan special sikit.Macam bilik kaca..Satu bilik je dgn bilik airnya sekali.Yang lain katil kat ICU macam wad biasa.Mungkin sebab Zakuan ni baby.Tak boleh terdedah sangat..So Zakuan dicontrol 24h sebab ada nurse2 nampak terus dari luar.Sampaikan aku bermalam kat situ tak boleh tidur sebab nurse lalu lalang lepastu pandang2..Pesakit2 lain tak ada pulak aku tengok orang teman..Waktu melawat la waktu tu malam jumaat ada sorang pesakit ni dia sakit apa tah aku tak pasti tapi dia tak sedar..Lepastu ahli keluarga dia baca Yasssin aku rasa macam sedih sangat dan nak keluar tak nak duduk dalam ICU..Perit korang tau kalau kita ada ahli family yg masuk ICU..Nyawa di hujung tanduk.Tapi dalam kes Zakuan ni sebab dia kena masukkan ubat tu jugak..lepas 2,3 botol Alhamdulillah Zakuan punya badan yg merah2 tu beransur hilang...
      
     Dan Alhamdulillah sekarang Zakuan dah sihat dan sudah selamat pindah rumah baru dia kat Puncak Alam sebab ibu dia further study.Begitulah ceritanya detik macam mana aku boleh jatuh hati dengan baby..Sampai sekarang pun kalau aku tengok baby mesti teringat Zakuan.So ibu,emak,mama di luar sana sayangilah anak anda..anak ibarat kain putih..Suci sangat.Parents lah yg diamanatkan Allah untuk mendidik supaya jadi soleh dan solehah..Berkorbanlah kerana nyawa anak itu tak de gantinya.nanti dalam kubur kan antara amalan yg sampai tentulah DOA anak2 yang soleh...Huhu..(Adakah org yg baca blog aku ni dah berkahwin?) Hahaha..Okaylah aku dah mengantuk ni esok kerja lagi..

Zakuan ;)
   Jaga diri! ;) (sorry hari ni emotional sikit)..