Tuesday 31 January 2012

Tandas oh hoiii..!

Assalamualaikum... Waalaikumsalam.. (Eh2 bagi salam,jawab sendiri pulak).. Ni apsal pulak tetiba cakap pasal tandas ni???Taknak cakap pasal KLCC? Sunway Lagoon?Baru kelasss.. Haish okay2 ini adalah kerana tandas kat tempat kerja aku tu semakin hari semakin orang tak jaga kebersihan laaa.. Geram betul.

Tau la ada auntie uncle yg boleh bersihkan, tapi apa salahnya buang tisu kat dalam tong sampah atau masukkan je dalam lubang jamban tu lepastu flush.. Ini tak,merata2 tisu bersepah2..Letak CCTV nak? Omputeh atau foreigners mai sini wat malu orang Malaysia je tau? Kata 1 Malaysia..lepasni tolong buat kempen 1 Toilet...(So kalau tandas awam ada 1 toilet 1 pengawal..Lepas turn sorang,pengawal check bersih ke tak,lepastu baru turn orang lain. Kalau kotor,rotan sekali kat punggung terus insaff) Baguskan idea aku...


nak yang cantik je kan
Tandas ni memang tempat Syaitan..tapi kalau lagi kotor,lagi menjijikkan,lagi lah syaitan sukaaaa.. Tanpa tandas,di mana kah anda mahu melepaskan hajat???Amboiii kelam kabut kan kalau pergi tandas??Lepastu bengang kan kalau kena beratur nak masuk tandas??Tahupun tandas penting.. Tandas dengan kereta BMW mana lagi penting?? (erkkk...) Terkeluaq tajuk la..haha

Ni ha adab2 kat tandas...Aku ada tengok jugak kat blog2 orang..Suka hati aku je kan ;) ;) Eh2 kata sharing is caring???? So aku shortkan supaya korang senang baca..

1. Ketika Dok Dalam TANDAS 

-->  Jgn bawak sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan SUNAT ditanggalkan.

Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan perkataan‘Muhammad Rasul Allah’.


--> Jgn masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih Radhiallahu ‘anhu dia berkata:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke TANDAS, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 


--> Sunat dahulukan kaki kiri apabila masuk tandas.
Sekalipun bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau mengambil barang, dahulukanlah kaki kiri apabila masuk TANDAS. 


--> Sunat dahulukan kaki kanan apabila keluar dari TANDAS. Dahulukanlah kaki kanan apabila keluar dari TANDAS atau beredar dari tempat qadha hajat.


--> Sunat sediakan air yang akan digunakan untuk bercebok lebih awal. Jika tiada kemudahan paip air untuk becebok, buatlah persediaan awal menyediakan air. 


--> Sunat baca doa sebelum masuk TANDAS.
Sepertimana riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


--> Sunat baca doa setelah keluar dari TANDAS.
Antaranya riwayat daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengucapkan:

Maksudnya: “Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing) daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

SUNAT dibaca sebanyak 3 kali. 


--> Sunat angkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk qadha hajat.  Begitu juga setelah selesai qadha hajat, SUNAT menurunkan atau melepaskan pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak. Jangan kalut sampai terlupa nak pakai pakaian semula.


--> Makruh lengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan) dalam TANDAS. Dok menyanyi lah,baca buku lah,yang bawak handphone pun ada..masuk lubang jamban baru tau..


--> Disunatkan untuk tidak makan dan minum.Tak perlu rasanya..Tak sanggup teman nak dengar kalau ada orang makan minum dalam tandas..(Buwek)haha 


--> Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat pada tempat yang tanpa ada pendinding.Khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali kalau tempat tu berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti TANDAS yang dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi yang utama..


2. Ketika Qadha Hajat/ Ketika uhuk2(amende nya Azmira)

--> Disunatkan supaya berat anggota badan dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan.
Setelah dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan, kemudian merapatkan kedua-dua peha untuk memudahkan lagi qadha hajat. 


--> Makruh buang air kecil dalam keadaan berdiri kecuali ada keuzuran. Kalau uzur,hukumnya tidak makruh. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengatakan kepada kamu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. (Sesungguhnya) Baginda tidak membuang air kecil kecuali dalam keadaan duduk” (Hadsi riwayat at-Tirmidzi) . 

--> Disunatkan supaya tidak melihat kemaluan, tidak memandang ke arah langit. Tidak memerhatikan apa yang keluar dari dua kemaluan kecuali kerana maslahat, tidak mengoyang-goyangkan atau memain-mainkan dengan tangan (tanpa faedah atau tujuan) dan tidak (banyak) menoleh ke kiri dan ke kanan.(ini semua aku copy paste) ya.....


--> Ketika sedang qadha hajat, makruh berkata-kata. Contohnya "Mak,air teh atas meja tu jgn minum!!" ataupun "Adek ko jangan perasan suara ko merdu!" sewaktu di dalam tandas...(adakah aku pernah menjerit seperti itu?) Tak boleh okay walau apapun bentuknya samada dzikir ataupun bukan; seperti perkataan biasa tak boleh kecuali darurat umpamanya memberi amaran kepada orang buta yang hampir jatuh ke dalam perigi dan seumpamanya.Bahkan kadang kadang dalam keadaan seperti ini dihukumkan wajib (untuk berkata-kata dan memberi amaran).Larangan ini difahami dari satu hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Janganlah dua orang lelaki pergi (untuk) memasuki satu TANDAS, (lalu) keduanya membuka aurat mereka (untuk qadha hajat sambil) berbual-bual. Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla benci dengan (perbuatan) demikian itu” (Hadis riwayat Abu Daud). 

--> Bila seseorang itu bersin, maka memadailah dia mengucapkan tahmid dalam hati sahaja tanpa melafazkannya. Namun jika dia menggerak-gerakkan lidahnya tetapi tanpa mengeluarkan suara, maka perbuatan seperti ini tidak dihukumkan MAKRUH. Sekiranya dia menyaringkan juga suaranya untuk mengucapkan tahmid dan didengar pula oleh orang lain, maka tidak dituntut bagi orang yang mendengar tadi untuk men"tasymit" (Mendoakan orang yang bersin, yang telah mengucapkan tahmid, dengan kebaikan dan keberkatan dengan mengucapkan .

Manakala hukum berdehem dan berbisik-bisik pula tidak makruh, seperti berdehem apabila pintu TANDAS diketuk untuk memberi makluman atau isyarat bahawa dia berada dalamnya.(jgn lupa kunci kalau masuk tandas)

Di samping itu dapat difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa menjawab salam juga tidak dituntut:

Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki telah berjalan melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda (pada ketika itu) sedang buang air kecil, lalu dia pun memberi salam (kepada Baginda). Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjawab salamnya itu” (Hadis riwayat Muslim). 


--> Disunatkan tidak membersihkan gigi sambil qadha hajat.


--> Disunatkan tidak meludahi kencingnya.

--> Disunatkan tak duduk terlalu lama (tanpa keperluan). Kerana Luqman al-Hakim pernah mengatakan bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan penyakit limpa / hati dan menyebabkan buasir (penyakit yang disebabkan urat darah pada dubur membengkak). Maka pesannya, duduklah (untuk qadha hajat) dengan selesa kemudian (segeralah) keluar. Bahaya tau duduk lama2 



3. Beristinja’ (bercebok) dan hukumnya adalah WAJIB. Maka antara adabnya ialah:- 

--> Sunat beristinja’ dengan tangan kiri dan makruh menggunakan tangan kanan.

Daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu daripada bapanya bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu kencing, maka janganlah sekali-kali dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan (begitu juga) janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

--> Sunat mulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinja‘ dengan air. 

--> Sunat guna jari tengah ketika beristinja’ pada dubur. 


--> Sunat basuh tangan yang digunakan untuk beristinja’ dengan tanah dan seumpamanya (seperti sabun) kemudian dengan air. Kemudian membaca doa selepas beristinja’,

Ertinya: “Ya Allah sucikanlah hatiku dari sifat-sifat nifaq dan peliharakanlah kemaluanku dari perkara-perkara keji”. 

Inilah antara adab-adab yang telah disepakati oleh para ulama dan dituntut untuk diamalkan ketika berada dalam TANDAS. Walaupun hukumnya hanyalah SUNAT untuk dikerjakan atau ditinggalkan, tapi rugilah kalau diabaikan kerana adab-adab tersebut sangat mudah dan praktikal. Manakala mereka yang mengamalkannya pula adalah orang yang beruntung kerana mendapat ganjaran pahala di samping mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui dan tidak disebutkan di sini.
So kalau emergency, ingat aku dah bagitau...

Jumpa lagi!!