Thursday 22 March 2012

Today is Friday

Assalamualaikum...Masmuki min fadlik? Ismi Azmira...Hehee macam tu lah sikit-sikit aku baru jer belajar third language..Ada 2 choices jer kat uitm perak ni..Sama ada Arab atau Mandarin.. Kat UITM shah alam macam-macam bahasa ada..Kawan aku kat sana ader ambik bahasa Korea tau..Annyeong haseyo..!! Mula mula dulu aku nak jer kelas Mandarin sebab macam best..Tapi lepas macam mana entah discuss dengan geng rumah a.k.a geng basikal kitorang pun decide ambik bahasa Arab..Ustaz yang mengajar pun best! Asyik buat lawak jer kan.Dalam kelas Arab ada seorang lelaki jer itu pun dari course lain.Sadisss tak lelaki dah pupus???

Lagipun kan aku fikir nanti mesti aku akan pergi Mekah kan Insyaallah..So aku nak jugak tahu sikit-sikit bahasa perbualan orang Arab..Hehehhe..Bahasa Arab pun kita dah kenal Alif Ba Ta dari sekolah Agama dulu.Ahlan wasahlan..halalantoyyiba...Malangnya dahulu lain cerita nya.Bahasa Arab dianggap terlalu susah seperti mahu terjun bangunan 9 tingkat..(tudio bangunan sekolah agama satu tingkat je pun).. Ustaz kitorang memey terror lah bercakap Arab sebab pernah belajar kat sana kan.Muka suci je.Ewah...Buku bahasa Arab pun comel je ada gambar2 ana solehah..macam buku untuk darjah 1. Comel kan? Lepas tu budak kelas dah mula mewarnakan gambar ana solehah yang asalnya hitam putih je.Biar saya sebutkan siapa yang warnakan ana solehah tu.Nama dia Afiah,Mar,Ija dengan Nasyrah..Hehehehe lepastu jadi buku mewarna kan...Haha Pssss,nanti kitorang buat video Arab tau.Dari babak awal sampai akhir Assalamualiakum,Waalaaikumussalam...jer kot?...Haha

Subjek lain Alhamdulillah semuanya okay.Ohya subjek CTU atau hubungan etnik aku..Erm...Ingatkan bersifat keagamaan tapi lebih kepada masyarakat malaysia rupanya.Ustaz jugak yang mengajar kitorang ni.Ustaz ni prof madya..TAPI....sadisss betul first classs dah kene tegur.Hahaha.Macam ni. Aku dengan Ainnur(a.k.a baby)(baby sangat,...) kitorang bawak air mineral..Ada lagi classmates ramai jugak lah bawak air..Biasalah kitorang haruslah minum kalau dah rasa menguap tak tertahan kan..Tetiba ustaz kata sebenarnya tak boleh minum air atau makan dalam kelas..Sentapp la si Ainnur ni..Maka aku juga haruslah sentap..Walaupun dia kata tak tuju pada sesiapa tapi nampak sangat botol air aku yang besar gedabaq tu dan aku dan Ainnur duduk depan sekali pulak tu..Siapa lagi kalau bukan Ainnur..(tudio taknak mengaku diri sendiri pun minum..) Lepastu aku terasa lah sedikit bak kata pepatah siapa yang makan petai dialah terasa pahitnya... Hahah.Lepas daripada tu asal nak masuk kelas beliau je cepat-cepatla sorok botol aku kat bawah meja kawan kat belakang,.haha..Yelah kan betul kata beliau perempuan kene la ada adab bagimu minum dan makan di khalayak..;p

Aku ni memang nak cerita pasal setiap subjek ke? Boleh la...boleh la....haha aku nak cerita pasal rumah sewa aku dah cantik tapi malangnya gambar-gambar yang ada semua dalam hp..Hp tu pulak dah rosak..Ye2 hp aku dah rosakk..Yang slide tu.Kalau sesiapa nak derma hp walaupun 3310 pun aku terima as long as dia tak buat hal macam hp slide tu tolong la tolong la jangan beli dah hp macam tu..Hp aku sekarang ni asal aku call orang jer,mesti orang yang jawab tu kata bising.Padahal aku bukan duduk kat pasar raya atau kawasan construction pun.....Korang tau tak macam mana perasaan bila bercakap dengan orang kat hp seperti bercakap cara walkie talkie??? Begitulah yang berlaku..Kasihani lah sahabat mu ini...Haha

Erm erm..malaslah nak story setiap subject.Tapi subject yang lain seperti biasa lah kan.Kalau ada yang menarik pasti akan ku pahatkan dalam blog comel aku ni.(comel kan?).;p ;p Ha..semalam kan kelas FAR a.k.a akaun.Puan lecturer ni cerita dia berkahwin pada usia 21 tahun sewaktu diploma.Lepastu dapat anak umur 22 tahun sekarang anak dah 2 orang.Maka aku tersangat lah suka mendengar cerita beliau dan ingin sekali berkahwin pada usia muda..(tudioo kahwin,kahwin,kahwin) tak ada benda lain ke Azmira oiiii...haha. ala nak kahwin jugakkkkk!!! Tudia lepas kahwin kang nak single balik.Jangan jangan..Sabar ye Azmira...


Aku plan nak makan luar je malam ni..Beras tetiba pulak habis.(Tetiba??????) hehe takderlah.kitorang kan ramai makan juga haruslah banyak.kelmarin masak ayam paprik tau sedap hingga menjilat jari..Banyak pulak ayam bila potong kecik2.Kan comel.Aku dengan Fatin masak..Tapi aku tukang rasa je.Fatin yang lebih handal sebab dia nak sulung.(mungkinkah begitu atau aku yang sangat rajin sekali??) haha. Korang tertanya-tanya tak sekarang ni aku pergi kelas naik ape? Yelah yelah..Aku still naik basikal.. Sekarang dah tak penat sebab tak bayak gelak dah..Lagipun ramai jugak naik basikal.Cumanya banyak halangan naik basikal ni..Hahah nanti lah bila next entry aku cerita tau apa halangan-halangan nya..Menci betul. Okay lah dah maghrib ni..Ohya dalam solat sebut ALLAHUAKHBAR tu betul-betul..Bukan ALLAHWAAKHBAR.Beza tu maksudnya boleh terpesong.WA tu dua.(ustaz bagitahu)Kang jadi maksud Tuhan Allah dan tuhan Akhbar.Kan lain tu.Take care semua..

LOVE