Sunday 12 February 2012

Medical Check Up 2012

Daadadaaadudududu..lalalalalaululululolololo..(eh apeni)




Erm..Memandangkan tak lama lagi aku akan menyambungkan pengajian,maka terbusylah melengkapkan itu dan ini...Gambar pun tak cuci lagi..Rasa macam nak cuci je gambar yang dolu2 lepasan SPM..Comel sgt..(tlg jgn muntah) ..Tapi muka sekarang terpeleot sikit haritu ada serangga gigit pipi sebelah kiri. Seperti kesan gebabom di bulan..Makanya sekarang aku sedang cuba memulihkan pipi ku ni Insyaallah aku akan kembali kan keremajaan kulit ku sebelum naik pelamin (tersedakk) .Hehe gurau2.. jauh lagi tau.

Ni aku nak cerita pasal hari jumaat haritu aku ada buat medical check up..Sebenarnya dah pernah buat medical check up sebelum ni sebelum masuk diploma..So this is my second time..TerKALAM kabut sikit sebab aku dah lupa nak pergi mana next next next check point kan..So pagi2 lagi aku pergi klinik kesihatan berhampiran(hampir lah sangat) kat tengah bandar jugak lah.. Aku pergi ditemani dgn adik pompuan aku yg juga lepasan SPM...Sampai2 memang ramai orang seperti ada Siti Nurhaliza dan Awie di situ.

Ramai orang sakit sekarang ni.Aku yang jadi takut masuk2 tengok org ramai berbaris..Tak kira yang tua,muda,cantik,comel,comot,miskin dan kaya...Oh org kaya ramai pergi hospital swasta kerana duit begitu banyak..Jadilah org kaya supaya tidak perlu berbaris panjang ;) Amboiii hang Azmira.Dah pandai nak beza2..Tampo kang.Maap ya.

Okay so aku pun tunjukkan borang2 yang telah aku print tapi printer tak betul so dengan bantuan adik laki aku yang juga handal menjadi technician tak bergaji di rumah..Ya sesungguhnya kepakaran dan kehemseman lelaki itu terletak pada kemahiran teknikal mereka..(amboiii kembang lelaki2 di luar sana) Sungguh,kalau lelaki yang taktau apa2 aku tak minat laaa...Huhu..At least dia tau pasal lampu ke,pasal kereta ke,pasal basikal ke,ataupun dia tak payah tau ape2 cuma dia kena ada banyak duit..(amboi kau azmira).. Maka aku tunjuk kan la borang2 tersebut kepada kerani di kaunter..So dia cop2 and suruh bayar RM 20.

Selepas tu aku diharuskan pergi ke makmal untuk ujian air kencing..Eh? Air kencing la.Ish tak suka betul bab2 ni..Maka tidak perlu aku ceritakan disini..Sementara menunggu ujian air kencing sama ada aku positif atau negatif dadah,,aku lantas ke bahagian radiology untuk xray tulang gemalang ku. Maka tidak juga perlu diceritakan disini..Selepas aku xray,tidak sampai 10 minit aku dapat gamboo xray tu.Lepastu dgn happy pergi ke tempat ujian air kencing dan mengambil keputusan dan didapati negatif dadah..Dadah itu pembunuh! Jauhi diri anda dengan dadah (iklan )..

Lantas aku ke tempat kerani itu ingatkan dah habis la..Namun begitu kerani itu memaksa aku pergi mengukur ketinggian,kerabunan dan keberatan.(keberatan????) Weight..Tu pun taktau ke?Hadui. Maka aku pergi lah mengukur ketinggian yang tak seberapa tinggi dan berat yang tak seberapa berat..Aku rasa lagi aku kerja,lagi aku ringan..Lagi aku study,lagi aku tension maka lagi aku banyak makan..Itu lah hipotesis untuk harini.. Goood luck!
Maka disitu kerabunan ku terserlah kerana menjawab soalan yang salah kepada nurse sehingga nurse yang tunjuk lidi dia menggeleng2 kan kepala 3 hingga 7 kali..Sunggguh nombor kecik2 tak nampak la..Huhu.. Maka aku merasa menyesal kenapalah aku tak hafal nombor2 tu waktu duduk dekat sebelum aku duduk kat kerusi jauh tu.Maka nasi menjadi bubur dah..Bubur pun dah basi..Selepas itu aku dikehendaki berjumpa doktor..Doktor India lelaki..Maka beliau check tekanan darah dan jugak jantung sama ada masih berfungsi aatau tidak(habis siapa yang taip ni kalau jantung tak berfungsi dahh??)
Selepas itu aku berjumpa kerani cantik itu sekali lagi dan dia membenarkan aku pulang tanpa menberikan buah anggur atau strawberry atau air soya..Sungguh aku terkilan..

Maka begitulah medical check up pada hari Jumaat tersebut..Sekian,terima kasih.