Monday 16 September 2013

SOLAT DUDUK

Assalamualaikum..
Entri ni untuk kemudahan andai kata diri ini tak larat solat diri..Huhu.. ;(

Haritu kuku kaki kiri berdarah. (Berbelit tak nak sebut?). Heee..Kisahnya terlebih cepit kuku.Whuaaa pedihnye hanya tuhan yang tahu. Sekali, lepastu bernanah pulak.

Pergi kerja pakai selipar sebab sakit sangat.Pergi pharmacy dia bagi ubat makan dengan ubat titik kat tempat luka. Alhamdulillah it's getting better but still,it hurts me sometimes. Hem... Kisahnye kita tak boleh solat berdiri sepanjang tempoh luka teruk waktu tu.

Kita serba salah. Mana boleh tinggal solat sekalipun kita dalam kesakitan. Allah benarkan kita solat duduk kalau tak boleh berdiri.Allah benarkan kita solat baring kalau tak mampu duduk. Allah benarkan kita wuduk tayamum dan debu tayamum tu boleh dapat kat kedai kalau kita ada luka yang tak boleh kena air.. (Mudahkan)

Ape alasan kita untuk tinggal solat?TAKDE. Bila kita selalu ingat yang kita akan berada dalam kubur,kita jadi takut sangat ape akan jadi. SOLAT benda pertama malaikat akan tanya. Kalau kita sengaja tinggal solat ape kita nak bagi alasan kat malaikat???

Susah buat orang yang liat sangat2 dalam hal solat..Kadang2 syaitan tu struggle sangat tak nak kita solat. Beria2 bisik kat telinga. Sebabtu ramai orang abaikan solat. Sebab terlupa mati tu dekat dengan kita. Istilah bila dah tua baru nak bertaubat tak boleh langsung dipercaya.

Ayah kawan kita meninggal pagi 1 Syawal. Masyaallah. Lepas subuh. Meninggal sewaktu tidur. Perasaan dia?Hanya dia dan keluarga dia yang tahu betapa sedih dan hiba hari gembira jadi macam tu. Tapikan,kita kena ingat satu je kalau musibah berlaku. "Setiap kejadian yang Allah lukiskan pada kita,setiap itu ada hikmahnya dan yang hidup tu pasti akan mati"

Ehh kenapa macam jauh je meleret.Hu..Kalau boleh,kita harap setiap umat Islam tu jaga solat kita termasuk kita sendiri dan keluarga kita dan kawan2 yang kita sayang. Semua. Tak lama. Tak lama pun kita hidup. Kita hidup pun untuk abdikan diri pada Allah. Untuk makmurkan bumi ni..Bukan nak kejar dunia semata-mata.

Kita,,
Kita cuma nak ingatkan pada diri aku sendiri
dan sesiapa yang baca ni,
yang....
solat tu penting sangat.


 Yang perempuan,rapatkan tangan waktu takbir k..


Tundukkan sedikit kepala. (Sikit saje tau)


Tunduk lebih sikit daripada rukuk tadi. Mata setentang dengan lutut..



Bacaan dan rukun solat sama sahaja. Yang membezakan hanya duduk atau berdiri. Insyaallah solat kita diterima Allah. Ingat Allah sebelum Allah lupakan kita. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Jangan waktu dah susah,baru nak cari tikar sejadah. Allahualam.
LOVE