Saturday, 14 January 2012

Lesen Memandu Auto?? Ini tidak adil ! Huhu

                       
                               Assalamualaikum...Kom ape?..Kompang...Pang ape?..Panggang...Gang ape??...Ganggu..Gu ape??Gua takde masa nak melawak sebab tgh tidak berrpuas hati. Lah...Apsal plak ni Azmira oii..
                               Korang dengar tak berita yang Kementerian Pengangkutan dah meluluskan lesen memandu kenderaan automatik yang akan dikeluarkan Mei 2012 ni...Apakah perasaan bagi orang2 yang failed failed failed ujian memandu kenderaan manual pada zaman dahulu?Selepas itu orang yang failed tu passed dan lepastu hanya drive kereta auto.Kereta manual tidak dipandang walau sebelah mata pun kerana effect failed yang membuatkan beliau trauma.Okay enough Azmira.

                              Dah ambik lesen?Meh aku nak cerita macam mana aku boleh lulus ujian memandu zaman lepas SPM dulu..Masih fresh lagi..Aku daftar bukan saja untuk pandu kereta.Malahan motor,tractor,lori,kereta api dan beca juga aku ambik.Terer sangat lah kan.Haha (aku ambik lesen B2 dan D je)..B2 tu takder masalah sangat lah.Motor kan.Waktu tu bapak aku memang guna motor EX5..So memang aku pun preng2 jugak lah motor tu..(ada lah jugak langgar pasu mak sekali,pecah dgn jatuh motor kat padang sekali).. ^-^ Tak payah lah korang nak risau.Aku jatuh atas rumput...........................
                          Yang part ambik ujian komputer tu memang takder masalah sebab aku ambik dgn member aku.Duduk pulak sebelah2..Lepastu takde orang jaga.So dia tanya aku,aku tanya lah dia balik...Aku memang tak pandai meniru tapi kalau dah dia tengok komputer aku,aku tengoklah komputer dia balik...! Hahaha.. Part yang rata-rata orang kata susah ialah bila part ‘emergency brake’.. Emergency lah sangat kan.Tapi serious aku suka part ni sebab bila brake mcm terlebih2 pulak sampai ada bunyi sretttt....lepastu tayar cam bergesel dgn pasir..Memang aku rasa waktu tu aku paling macho..(fine Azmira) hehehe
                            Tapikan part paling aku benci ialah pusing nombor 8 tu.Aku rasa macam pening2 lalat..Aku rasa macam dunia berbentuk nombor lapan.Kalau kereta pun kena lalu bentuk 8 ni memang aku suruh examiner tu yang drive.Haha...Taktau lah kenapa weii.Memang aku tak suka..Aku macam nak terjatuh je(konon pusing baring la)

cari lah no 8
                   Part yang sederhana suka kat titi tu la.Mula2 memang motor asyik jatuh je dari titi.Mula2 aku ingat mungkin faktor berat badan aku yang agak kecil.Hah??! (apakenamengena).Rupanya sebab aku ni yang kurang seimbang..Yela kan lepas pusing huruf 8 tu terus kena lalu titi kan?Tak ingatlah..(alasan)...Bukan jatuh ape,tapi jatuh sebab tak sampai habis lagi titi tu,tayar motor dah keluar dari titi..Camner aku nak pass wei..Hehe tapi berkat nasihat dari makcik2 kat situ suruh aku pandang depan je(kiranya jgn pandang dekat sangat) Pandang titi dalam jarak yang jauh sikit..baru lah aku berjaya lepass..Hah lagi satu aku tak suka bila time nak kena tongkat dua.Motor tu dah la berat..Aku kalau basikal tua atuk aku no hal lah kan.Ni kudrat perempuan yang lemah lembut nak kena tongkat dua tu arghhh....(poyo nya kau Azmira)
Titi tingggi sangatt
                   Okay dah lah tu pasal motor.Kau kan tak puas hati pasal lesen memandu auto Azmira..Okay ni memang aku serious.Kenapa asyik batch aku ni adoiyaii yaiii yai.Batch aku lah yang first belajar maths n science dalam english waktu form 1 tu.Sedangkan sepanjang panjang sk rendah guna Bm je tiba2 naik form 1 guna BI..Batch aku kenapa mesti takder yang menarik.Kenapa waktu tu PM tak mau bagi kat aku RM 100??Kenapa Kenapa....!!!! Kenapa baru sekarang...
                 Okay sebenarnya waktu aku ambik lesen kereta dulu,aku memang totally tak pernah drive kereta.So puan jurulatih memandu tu yang sungguh berjiwa penyayang telah mengajar aku apakah itu gear dimana itu clutch siapakah itu brake kenapakah itu minyak bagaimanakah itu speed...Sungguh aku tak tahu ape2 pun waktu tu..Dan pelan2 aku bergerak..Kereta tu lah bergerak..
                    Waktu hari ujian adalah hari paling jantung bagai nak luruh dan ibarat setiap titisan darah dalam badan bergerak laju seperti tidak tahu hendak kemana..(ckpje la terlampau nervous azmira.tak perlu ibarat2..) Semua orang jadi penonton tau tak..Waktu aku masuk kereta tu peluh menitik2..(kereta tu skrg masam sikit kot) hahaha okay first2 aku dah FAILED walaupun dia bagi tiga kali turun naik bukit..Sebab tu sehingga harini aku traumaa kalau bawak manual lepastu naik bukit.Aku memang akan turun kereta lepastu suruh orang ramai tolak la jawabnya...Haha.

Serious tak berani sampai sekarang.Aku pernah lah tau dgn classmates aku pergi Teluk Batik.Kan nak lalu ke Teluk Batik tu yang lepas Marina Cove tu kan ada bukit tinggi tu kan.Boleh la pulak aku bawak manual waktu tu sebab kawan aku ni terseliuh kaki so aku ganti.Bajet serba boleh la kan.Korang tau aku boleh pulak naik dgn gear 2.Ya Allah hanya tuhan yang tahu.Kereta tu dah nak bergerak ke belakang dah waktu sampai puncak tu korang tau tak.Classmates aku memang dah terjerit2 tutup mata.Aku pulak buat derk je lepastu drive badan ke depan bajet badan aku akan imbangkan kereta tu turun terus ke bawah...Dan akhirnya lepas jugak.........................Hahahahahha Aku rasa macam nak mati tau tak.Dah lah bawak anak orang.....Memang tak lah lepasni aku nak drive manual.Hehe
                    So ujian kedua,part bukit tu aku tekan minyak selagi mau sampai melambung kereta tu.Goood job Azmira. Done memang senyum sumbing lah kan..Lepastu parking..Parking senang je sebab ingat je step yang tuan guru ajar.Toksah nak memandai parking macam kat rumah.Parking ujian memandu memang ada formula..(ingat Add Math je ke ada formula)..Lepastu done..So Alhamdulillah sekarang ni aku berani nak pergi mana2 sorang2 dgn kereta AUTO sahaja..

Kalau kat u pun selalu jugak lah aku jadi driver kwan2 aku..(yg mana percaya aku je lah) hehehe..Tapi sampai sekarang susah nak kikis tabiat kalau aku belok kiri atau kanan mesti laju pya speed tu..Bekas tisu ke,payung ke buku ke dalam kereta mesti tergolek2 jatuh kalau aku bawak.Hahaha(kalau aku sorang la)..Kalau dgn mak,nak kena piat telinga boleh la..Kalau aku jadi driver mak aku,memang sopann wei...Hehehe

                   So begitu lah ketidakpuasan hati aku sebab orang tak reti manual dan bawak auto kompem mesti pass..Erm..Tapi kan orang ada lesen auto hanya boleh drive auto..Jangan berlagak nak drive manual sebab nanti tak pasal2 kena saman..Yang ada lesen D tu yang drive manual sewaktu ujian memandu,boleh je drive mana2 kereta yang korang suka asal bukan kereta api.. Itu saja lah entry “KETIDAKPUASAN” aku di sini.Semoga yang nak ambik lesen tu bersedia lah ye kena marah ke tersalah tekan minyak ke, sabar tau...Fikir baik2 nak mula apa lepastu apa..Selawat banyak2 waktu hari ujian tu..Jangan nak berlagak kereta sampai melambung turun bukit.Haha Itu saja...
                            Have a great day tomorrrow tau ‘=)