Assalamualaikum w.b.t..Korang dah solat ke hah??Tak solat tak boleh baca entry,nanti lagha...Peace..Korang korang ada cerita hantu tak?Aku pasti kalau duduk dalam bulatan,semua excited nak cerita experience atau maklumat tentang makhluk Allah yg kita tak boleh nampak dengan mata kasar..(kalau macam mata aku lagi tak boleh nampak sebab rabun..)okay fine...
Memandangkan hari ini adalah malam jumaat,aku nak story serba sedikit tentang satu kejadian ni.Chaywah...Nervous tak?Weh korang tengok tak cerita Al Hijab yg Pierre Andre buat tu?Serious aku duduk dalam cinema tu memang 'berani' gila...Aku ingat lagi aku pergi dgn Shaz,Puteri,adik2 Puteri dua orang.Toksah la korang nak gelakkan aku okay sebab diorang pun menjerit jugak.okay aku tipu..aku je yg kepoh..(walaupun aku tutup mata pada part2 tertentu,bila dah keluar gedebang bong ,memanglah aku menjerit padahal tak nampak pun hantu tu..) Lepastu aku slumber tanya Shaz yg duduk sebelah,hantu dia muka camne wei?? Shaz kata "hang ni membazir beli tiket wayang ja".Hahaha...Padahal cerita tu sebenarnya takder lah takut sangat.........................................
Ha tengok,camni lah aku kalau dah menaip.Tersasar dari tajuk yang sebenar..mari kita ke pangkal jalan..Pada suatu hari,erm...Camne nak mula eh?Okay pada cuti semester yang lalu,(mcm ni lah ayat kalau nak tulis karangan ye adik2),adelah sekali tu aku dan family pergi ke sebuah resort ni..(nama dirahsiakan)
Aku,kakak aku(kak Im),adik perempuan aku(Ecah),adik lelaki aku(Amen) kitorang 4 beradik dengan diiringi pakcik tersyg aku dan wife nya(Ciklim dan Cikna) dan anak2 mereka-Soffi,Syahmi dan Syazana serta maid mereka (KakPi)..Mak dgn abah macam mana entah tak dapat join. Kitorang bertolak ke sana dengan menaiki 2 buah jet..(ko ingat ko jutawan?) okay kitorang naik kereta lah..Kitorang dengan bajet cuti malaysia pun pergi la kan..Jauh jugak lah perjalanannya sampai terlelap2 aku(padahal sepanjang jalan tido)..Hehe
Sampailah kitorang ke resort ni..memang wau wau wowo wow lah kan.Cantik..Tempat ni baru dibuka tau waktu aku pergi tu.So memang cat dinding baru,memang semua baru lah.Then check in.(Kejap, aku memang dah story cerita ni kat kawan2 yg rapat dgn aku so sape2 yang rasa dah tau,kena teruskan baca entry ni tak baik baca separuh jalan) ;p Okay kitorang diberi sebuah apartment tingkat berapa entah memang tinggi..Huhu.Kat resort ni macam2 aktiviti korang boleh buat.Pendek kata lengkap semuanya lah.Dan kitorang memang excited lah.Tak ingat berapa hari duduk situ.Hu.Tapi yang pasti ada satu malam tu..Jeng jeng.
Waktu tu maghrib..Lepas maghrib agak2 dalam jam 7.45 malam tiba2 rumah lengang.Semua dah pergi dinner dekat dinner hall lah dekat foyer jauh la jugak kan.Dalam rumah tu cuma tinggal aku,kak Pi dgn Cikna..Aku tak perasan pun wei bila masa diorang tinggal aku..cis2 (sebab makeup lama sangat.tudiaaa) Let me tell you position rumah tu macam mana..Okay dari luar mcam kat bawah ni la..(takder la tinggi mana Azmira oiiiii..)
Rumah tu ada 2 buah bilik..Pintu utama ada satu je tau.Masuk2 terus ke ruang tamu, dan hujung sekali ada balkoni..sebelah kiri pintu masuk ada dapur(singki je pun dengan peti ais kecik)..Tak perasan lah ada dapur ke tak.Takder kot..Dan sebelah kanan bilik pertama dan bilik kedua.Okay lepastu sambung balik tadi. Aku bersiap2 kat dalam bilik pertama (sambil melihat cermin tu lantas ku bertanya siapakah yg paling cantik ketika ini?Jawab cermin,Kaulah Azmira..Stop it.
Waktu aku bersiap2 tu aku tak perasan pun aku tutup pintu..Lepastu tiba2 aku dengar bunyi bising macam orang bersembang kat luar.Aku pun bukak lah pintu tu kan.Huhu...Tiba2 pulak Kak Pi meluru kat aku lepastu senyum ketakutan tapi mata merah nak nangis bagitau kat aku
"Ira,ada orang di luar...di balkoni...Rambutnya panjang........................"
Aku pun pelik lah kan.Aku bukak pintu dan keluar ke ruang tamu ,diorang semua dah takder lepastu aku pun pergi ke balkoni tu wei..(Berani kan aku??) Tapi serius aku tak takut pun waktu tu sebab tak terlintas apa pun.Aku terus pergi balkoni dan bukak sliding door tu lepastu aku tengok kat luar...Memang baju2 bersidaii sebab mandi swimming pool.. Aku tengok,kiri kanan lepastu aku kata mana ada orang Kak Pi oi..(Tudia naif nya aku) Dekat balkoni tu memang ada dua buah kerusi tau?..Kerusi tu pun penuh buat sidai baju..Okay fine lah kan.Lepastu Kak Pi tak habis2 pegang baju belakang aku sambil tangan kiri dia tutup mata dgn tudung dia..Dan dia tak habis2 kata ada orang ada orang..Aku kata mana ada!
Kak Pi memang betul2 menggeletar wei..Hanya Tuhan yg tahu perasaan dia waktu tu..Aku pun cepat2 lah pasang surah Al Mulk kat handphone N70 kesayangan aku tapi skrg hp tu dah gaylong(tak tanya pun?) Haha okay lepastu aku suruh kak Pi mengucap,selawat,..Aku ketuk bilik Cikna.Cikna pun bersiap lambat macam aku..Hehehe Lepastu aku kata "Cikna,jomlah kita pergi nak dinner cepat..Kak Pi nampak sesuatu"..Korang tau Cikna jawab ape?
"Cikna belum solat lagi..................................................."
Korang tau tak perasaan aku waktu tu berdebar tau dah macam seram2 sikit sebab entahlah tiba2 jer bulu roma naik.Huhu..Then Cikna pun pergi check kat balkoni bukak sliding door lepastu toleh kiri kanan macam yg aku buat lepastu tutup sliding door dgn langsir..Takde apa pun kan.Cikna suruh Kak Pi buat susu dalam botol sementara tunggu dia solat..untuk si Syazana..Kak Pi dengan terketar2 dan takut2 pergilah buat.Cuci botol tu taklah menghadap balkoni..Tapi nak ambik susu kat atas meja terpaksalah jugak menghadap ruang tamu yg bersambung ngan balkoni tu kan. Tiba2 kak Pi menjerit..Aku terkejut lah wei nak melompat pun ada.Kak Pi kata benda tu ada kat ruang tamu..
Dia terus menangis.Aku pergi kat dia macam cover dia lepastu kata jgn pandang belakang tau Kak Pi.Kak Pi bancuh2 lepastu dia menyorok belakang aku.(kak Pi ingat hantu tu nak main nyorok2 ke ngan Kak Pi? Hehehehe) Ok lepastu memang 3,4 kali lah dia pandang belakang ke arah ruang tamu lepastu jerit padahal aku dgn Cikna tak nampak apa pun.Kosong.Betul takde ape pun!! Lepastu Cikna pun atara berani dgn tidak dia solat kat dgn pintu utama sebab aku dah bawak Kak Pi keluar dari rumah tapi still bukak pintu utama nak teman Cikna solat.Aku suruh dia mengucap banyak2..Sekali dengan aku sekali baca ayat kursi 8,9 kali..Huhu..Cuak tau..Okay lepas Cikna habis solat kitorang kena naik lift pulak nak turun ke aras lobby.Ermm..memang semua takut2 terutama Kak Pi..
Waktu makan semua tertanya2 kenapa kak Pi menangis mata merah.Aku hanya cerita pada kakak,Cikna cerita pada CIklim.Cikna pesan jangan bagitau budak2..Lepastu kitorang makan mcam biasa dengan lahapnya tanpa mempedulikan perasaan Kak Pi...
chef terrrbaik masak spesel.tudia Lepas makan,ada show lah pulak...Dan adik aku dengan bangganya naik ke atas pentas... |
Bersama Cikna..Amen kena pancung.Haha |
Actually aku pun ada naik pentas menari poco2 tapi takleh tunjuk sebab poco2 dah diharamkan...Tudiaaa...Hehe ;p Lepastu Cikna dgn Ciklim balik bilik dulu dan bagi beberapa RM untuk kitorang pergi lah mana2 asal semua jangan berpisah.Dan kitorang ajak Kak Pi karaoke..(Korang rasa Kak Pi yg takut2 tu nak bagi penampar tak kitorang?) Taklah.Kak Pi ikut jer..Hehehe. Lepastu kitorang nyanyi lah,main game lah ape lah then pukul berapa entah baru balik bilik..
Waktu dalam bilik tu toksah dok cerita.Aku tak boleh tidur.Tambah2 si kakak ni tanya pulak kat Kak Pi..Kak Pi cerita lah waktu dia bukak sliding door nak ambik baju jemuran dia tersentap la tengok orang perempuan rambut panjanggggggggggg bergulung2 duduk kat kerusi sambil menongkat dagu dgn kaki bersilang macam tengah sedih.Lepastu Kak Pi terkatup sliding door sebab terkejut, lepastu 'perempuan' tu tiba2 toleh ketepi pelan2 kat Kak Pi.Kak Pi tak nampak sangat muka sebab rambut dia panjang..(aku rasa dia guna cream lebat keluaran Dunia Herbs)..hahaha Then aku tanya kak Pi kenapa dia jerit2 waktu bancuh susu.Dia kata hantu tu nak terkam Cikna lepastu pusing nak tangkap Kak Pi.Mana dia tak gerun weiiiii.....Aku tak kuasa nak search gambar hantu dan letak kat entry aku..Korang cari lah sendiri cara hantu duduk macam mana.Huhu...
Aku ada lagi satu cerita hantu tapi esok lah pulak okay?Nanti tak pasal2 hantu perempuan tu mintak royalti sebab aku gunakan dia untuk content dalam blog aku.Hahahaha.Anyway good night. ;)
Aku lupa nak bagitau sebenarnya waktu aku bersiap2 tu yg kak Pi kat luar bilik tu,sebenarnya Kak Pi tak jumpa langsung apa2 pintu sedangkan ada tiga pintu..Nasib lah aku bukak pintu lepas dengar bising2 tu kan? Upsss,aku lupa lagi satu...Esoknya kan baru kitorang perasan dan teringat malam tadi malam jumaat...^_^