Tuesday, 31 January 2012

Tandas oh hoiii..!

Assalamualaikum... Waalaikumsalam.. (Eh2 bagi salam,jawab sendiri pulak).. Ni apsal pulak tetiba cakap pasal tandas ni???Taknak cakap pasal KLCC? Sunway Lagoon?Baru kelasss.. Haish okay2 ini adalah kerana tandas kat tempat kerja aku tu semakin hari semakin orang tak jaga kebersihan laaa.. Geram betul.

Tau la ada auntie uncle yg boleh bersihkan, tapi apa salahnya buang tisu kat dalam tong sampah atau masukkan je dalam lubang jamban tu lepastu flush.. Ini tak,merata2 tisu bersepah2..Letak CCTV nak? Omputeh atau foreigners mai sini wat malu orang Malaysia je tau? Kata 1 Malaysia..lepasni tolong buat kempen 1 Toilet...(So kalau tandas awam ada 1 toilet 1 pengawal..Lepas turn sorang,pengawal check bersih ke tak,lepastu baru turn orang lain. Kalau kotor,rotan sekali kat punggung terus insaff) Baguskan idea aku...


nak yang cantik je kan
Tandas ni memang tempat Syaitan..tapi kalau lagi kotor,lagi menjijikkan,lagi lah syaitan sukaaaa.. Tanpa tandas,di mana kah anda mahu melepaskan hajat???Amboiii kelam kabut kan kalau pergi tandas??Lepastu bengang kan kalau kena beratur nak masuk tandas??Tahupun tandas penting.. Tandas dengan kereta BMW mana lagi penting?? (erkkk...) Terkeluaq tajuk la..haha

Ni ha adab2 kat tandas...Aku ada tengok jugak kat blog2 orang..Suka hati aku je kan ;) ;) Eh2 kata sharing is caring???? So aku shortkan supaya korang senang baca..

1. Ketika Dok Dalam TANDAS 

-->  Jgn bawak sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat al-Qur'an, bahkan SUNAT ditanggalkan.

Ini berdasarkan kepada hadis Anas Radhiallahu ‘anhu, iaitu perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menanggalkan cincin Baginda yang telah diukir dengan perkataan‘Muhammad Rasul Allah’.


--> Jgn masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak berlapik). Hadis mursal daripada Habib bin Shalih Radhiallahu ‘anhu dia berkata:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam jika (hendak) masuk ke TANDAS, Baginda memakai alas kaki dan (juga) menutup kepala Baginda” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 


--> Sunat dahulukan kaki kiri apabila masuk tandas.
Sekalipun bukan dengan tujuan untuk qadha hajat seperti menyimpan atau mengambil barang, dahulukanlah kaki kiri apabila masuk TANDAS. 


--> Sunat dahulukan kaki kanan apabila keluar dari TANDAS. Dahulukanlah kaki kanan apabila keluar dari TANDAS atau beredar dari tempat qadha hajat.


--> Sunat sediakan air yang akan digunakan untuk bercebok lebih awal. Jika tiada kemudahan paip air untuk becebok, buatlah persediaan awal menyediakan air. 


--> Sunat baca doa sebelum masuk TANDAS.
Sepertimana riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika hendak masuk TANDAS, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan khaba’its (perempuan)” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


--> Sunat baca doa setelah keluar dari TANDAS.
Antaranya riwayat daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengucapkan:

Maksudnya: “Aku memohon keampunanMu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesusahan (berak dan kencing) daripadaku dan menjadikan aku sihat wal‘afiat” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

SUNAT dibaca sebanyak 3 kali. 


--> Sunat angkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk qadha hajat.  Begitu juga setelah selesai qadha hajat, SUNAT menurunkan atau melepaskan pakaian satu demi satu sebelum sempurna dia berdiri tegak. Jangan kalut sampai terlupa nak pakai pakaian semula.


--> Makruh lengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan) dalam TANDAS. Dok menyanyi lah,baca buku lah,yang bawak handphone pun ada..masuk lubang jamban baru tau..


--> Disunatkan untuk tidak makan dan minum.Tak perlu rasanya..Tak sanggup teman nak dengar kalau ada orang makan minum dalam tandas..(Buwek)haha 


--> Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat pada tempat yang tanpa ada pendinding.Khususnya pada tempat yang luas atau terbuka dan tanpa ada pendinding (yang boleh menutup aurat), kecuali kalau tempat tu berada dalam suatu bangunan atau binaan dan memang disediakan sebagai tempat qadha hajat seperti TANDAS yang dibina dalam rumah atau bangunan. Maka hukumnya adalah dibolehkan; tidak haram dan tidak makruh dan tidak menyalahi yang utama..


2. Ketika Qadha Hajat/ Ketika uhuk2(amende nya Azmira)

--> Disunatkan supaya berat anggota badan dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan.
Setelah dibebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan, kemudian merapatkan kedua-dua peha untuk memudahkan lagi qadha hajat. 


--> Makruh buang air kecil dalam keadaan berdiri kecuali ada keuzuran. Kalau uzur,hukumnya tidak makruh. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengatakan kepada kamu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya. (Sesungguhnya) Baginda tidak membuang air kecil kecuali dalam keadaan duduk” (Hadsi riwayat at-Tirmidzi) . 

--> Disunatkan supaya tidak melihat kemaluan, tidak memandang ke arah langit. Tidak memerhatikan apa yang keluar dari dua kemaluan kecuali kerana maslahat, tidak mengoyang-goyangkan atau memain-mainkan dengan tangan (tanpa faedah atau tujuan) dan tidak (banyak) menoleh ke kiri dan ke kanan.(ini semua aku copy paste) ya.....


--> Ketika sedang qadha hajat, makruh berkata-kata. Contohnya "Mak,air teh atas meja tu jgn minum!!" ataupun "Adek ko jangan perasan suara ko merdu!" sewaktu di dalam tandas...(adakah aku pernah menjerit seperti itu?) Tak boleh okay walau apapun bentuknya samada dzikir ataupun bukan; seperti perkataan biasa tak boleh kecuali darurat umpamanya memberi amaran kepada orang buta yang hampir jatuh ke dalam perigi dan seumpamanya.Bahkan kadang kadang dalam keadaan seperti ini dihukumkan wajib (untuk berkata-kata dan memberi amaran).Larangan ini difahami dari satu hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Janganlah dua orang lelaki pergi (untuk) memasuki satu TANDAS, (lalu) keduanya membuka aurat mereka (untuk qadha hajat sambil) berbual-bual. Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla benci dengan (perbuatan) demikian itu” (Hadis riwayat Abu Daud). 

--> Bila seseorang itu bersin, maka memadailah dia mengucapkan tahmid dalam hati sahaja tanpa melafazkannya. Namun jika dia menggerak-gerakkan lidahnya tetapi tanpa mengeluarkan suara, maka perbuatan seperti ini tidak dihukumkan MAKRUH. Sekiranya dia menyaringkan juga suaranya untuk mengucapkan tahmid dan didengar pula oleh orang lain, maka tidak dituntut bagi orang yang mendengar tadi untuk men"tasymit" (Mendoakan orang yang bersin, yang telah mengucapkan tahmid, dengan kebaikan dan keberkatan dengan mengucapkan .

Manakala hukum berdehem dan berbisik-bisik pula tidak makruh, seperti berdehem apabila pintu TANDAS diketuk untuk memberi makluman atau isyarat bahawa dia berada dalamnya.(jgn lupa kunci kalau masuk tandas)

Di samping itu dapat difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa menjawab salam juga tidak dituntut:

Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki telah berjalan melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Baginda (pada ketika itu) sedang buang air kecil, lalu dia pun memberi salam (kepada Baginda). Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjawab salamnya itu” (Hadis riwayat Muslim). 


--> Disunatkan tidak membersihkan gigi sambil qadha hajat.


--> Disunatkan tidak meludahi kencingnya.

--> Disunatkan tak duduk terlalu lama (tanpa keperluan). Kerana Luqman al-Hakim pernah mengatakan bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan penyakit limpa / hati dan menyebabkan buasir (penyakit yang disebabkan urat darah pada dubur membengkak). Maka pesannya, duduklah (untuk qadha hajat) dengan selesa kemudian (segeralah) keluar. Bahaya tau duduk lama2 



3. Beristinja’ (bercebok) dan hukumnya adalah WAJIB. Maka antara adabnya ialah:- 

--> Sunat beristinja’ dengan tangan kiri dan makruh menggunakan tangan kanan.

Daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu daripada bapanya bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu kencing, maka janganlah sekali-kali dia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan (begitu juga) janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

--> Sunat mulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinja‘ dengan air. 

--> Sunat guna jari tengah ketika beristinja’ pada dubur. 


--> Sunat basuh tangan yang digunakan untuk beristinja’ dengan tanah dan seumpamanya (seperti sabun) kemudian dengan air. Kemudian membaca doa selepas beristinja’,

Ertinya: “Ya Allah sucikanlah hatiku dari sifat-sifat nifaq dan peliharakanlah kemaluanku dari perkara-perkara keji”. 

Inilah antara adab-adab yang telah disepakati oleh para ulama dan dituntut untuk diamalkan ketika berada dalam TANDAS. Walaupun hukumnya hanyalah SUNAT untuk dikerjakan atau ditinggalkan, tapi rugilah kalau diabaikan kerana adab-adab tersebut sangat mudah dan praktikal. Manakala mereka yang mengamalkannya pula adalah orang yang beruntung kerana mendapat ganjaran pahala di samping mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui dan tidak disebutkan di sini.
So kalau emergency, ingat aku dah bagitau...

Jumpa lagi!!


Sunday, 29 January 2012

Mok,eden nak kawen la oieh... Pang!

Assalamualaikum..Tak jawab dosa! Jawab sayang..Hehe haaha okay tajuk entry di atas memang gatei..Yang part penampar tu belum dapat lagi..Kang kalau mak aku tension sangat sebab aku mintak nak kahwin, kena betul2 kang... hehehe ;p 
Okay di bawah gambar pilihan aku..Sweeetnya !


So ini satu lagi aku baca kat FB dan nak share pada korang.. Dan bila fikir2 balik,erm bagus2 boleh hindarkan maksiat kalau kawen awal.Erm okay2..Baca dulu tau kisah somebody ni..Lepastu apakah konklusi korang???


KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. 


Azmira : Tapi aku ada jugak yang kurang setuju sikit.Bagi aku kenduri tu PERLU walaupun sekadar kecil2 lan (amboiii imbuhan betul ke ni???) Erm sebab apa,sebab sewaktu aku belajar agama dulu,ustazah kata kenduri kena ada sebab untuk menghebahkan atau mengumumkan kepada jiran tetangga sanak saudara kerana itu lebih baik daripada berkahwin senyap2..Yang part bersanding tu aku setuju lah jugak...Itu macam ikut adat orang India kan?Kalau tak salah aku lah..lagipun haish kalau aku ni cantik,takpelaaa bersanding lamalama... wkwkwkwkw (tiru FL) erm.. Yang part kenduri kat dewan orang ramai tu aku setuju jugak...Tak perlu kemas2 rumah kan ;p

Okay itu saja.Aku nak poie kerja ni..Result degree 2hb ni! Have a great day!

Saturday, 28 January 2012

Aku pun baru nak hafal..Huhu ;(

Assalamualaikum semua ! Yang comel dan perasan comel...Yang cantik dan sememangnya cantik..Eh2 puji lebih2 pulak.Hari ni nak share something yang aku jumpa kat FB.. Walaupun aku ni tak alim tapi kalau kita cuba sedaya upaya kita, Insyaallah kan? Amboii Azmira cepatlah kau berubah ke arah yang lebih solehah...;)

Selama ni kadang2 makna al Fatihah pun korang taktau kan..Begitu juga aku..Jahil ke kita?Tak tak..Insyaallah jom kita hayati makna2 nya. Semalam kot ada sorang kawan aku cerita,kalau kita baca ayat kursi pun syaitan boleh ikut sebab kita tak faham makna..Aku macam Ya Allah betul ke! Bertuah betul siapa yang faham bahasa Arab dan yang menghayati Al Quran.. Huhu
Okaylah,


Makna Bacaan Dalam Solat
=================



Allah Maha Besar

✿Doa Iftitah✿
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



✿Al-Fatihah✿
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



✿Bacaan ketika rukuk✿
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



✿Bacaan ketika bangun dari rukuk✿
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



✿Bacaan ketika iktidal✿
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



✿Bacaan ketika sujud✿
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



✿Bacaan ketika duduk di antara dua sujud✿
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.



✿Bacaan ketika Tahiyat Awal✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



✿Bacaan ketika Tahiyat Akhir✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



✿Doa Qunut✿
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.



••► Sampaikan atau SHARE kepada orang lain, semoga semakin ramai yang faham makna bacaan dalam solatnya. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat ツツツ
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya


Tahukah korang?Tahukah tahukah...bahwasanya


Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit

Total masa 'dating' dengan Allah = 27 minit
Total masa Allah bagi nikmat oksigen dan sebagainya = setiap saat

Tapi kebanyakan remaja sekarang ramai yg cuba untuk escape solat padahal apa salahnya kita luangkan masa selama 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dengan Allah? Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..


Take Care !

Wednesday, 25 January 2012

Untuk girl friends and all woman in the world..(edited)

                          Assalamualaikum makwe2,girlfriends,dan wife orang,semuaa lah kaum Hawa...(harap2 pakwe2 takde yang baca).. hehehe okay seperti yang dijanjikan memandangkan aku ni partime salesgirl yang menawan dan baik hati (ceh) so aku nak share something yang boleh jadi penting untuk korang atau korang rasa tak penting. It's up to you... I don't care. (berlagaknya kau Azmira) hehe..

Tapi aku nak share jugakk walaupun aku tak dapat komisen (kalau ada orang nak kasi boleh jugak) .Aku juga tak bertujuan pun untuk mempromosi produk yang sedang aku jual (tak lama pun jadi salegirl) tapi aku nak share dengan tujuan sharing is caring. Loving is loving...(tudioo takder ayat lain ke Azmira?)

                        Erm..Tanpa malu2 aku assume yang baca entry aku semua perempuan lah ye.Hehehe.So korang sekarang ni guna pantyliner cap ape?pad cap apa? Cap ayam atau cap ibu dan anak? Aku serius ni..Korang jangan main beli jer..(Padahal dulu aku pun main beli je).Erm.. Jom aku nak share tentang BIO SANITARY PAD keluaran AVAIL BEAUTY Sdn. Bhd.

                       Let me tell you..Kalau korang nak tau,orang Cina,India,Kadazan dan Iban juga ramai menggunakannya..Ramai beli..Mungkin lah diorang juga dah sedar betapa pentingnya pad jenama ni.. So ia cepat meresap dan kering lebih kurang macam Mamy Poko tidur lena dengan senyuman...ianya juga berangin(herba kan) lepastu senang di cuci..Mempunyai wing yang membolehkan anda terbang ke mana jua..So ape lagi yang korang nak?biarpun mahal sikit,tapi berbalio..eh berbaloi...dgn keberkesanannnya.. Renung2kan dan selamat membeli ;) ;)






            Mesti korang tak mau benda di atas terjadi kan?Aku pun takmau.. Hindarkanlah..Huhuhu... Sekarang pun baru aku betul2 realise betapa pentingnya jenis pad kepada seorang wanita..Aku bukanlah bakal doctor atau nurse atau bakal pembantu penolong pegawai perubatan..Bukan2..Aku cuma nak share la weii tadikan dah bagitau..Esok2 lah aku share produk lain pulak tauuu...Pad ni penting.Lagipun,


                       Tadaaa...Ni lah bio sanitary pad yang aku jual...Eh2 aku bukanlah stokis bukan jua seorang bigbosss.. Aku cuma seorang insan biasa yang sungguh comel..muntah


Antara kebaikannya adalah : 





                                Yang warna hijau atas sekali ni pantyliner berharga RM10 (20 pieces..hehe eh macam apa je pieces of me ke).. Yang warna merah ialah pad untuk heavy so harganya RM12 (ada 10 pads) dan warna biru untuk normal punya RM11(ada 10 pads jugakk).. So dapatkan dengan segera! Hehe Sesuai je untuk yang berbadan besar atau kecil..Cerita lebih2 pun takmau jugak kan..Cuba dulu baru akan tau effective and effectiveness nya..tudiaa. Gambar2 di atas adalah ehsan google..Thanks googogogogoggggoogle ! okay itu saja have a niceeee day ! ;)