Assalamualaikum..Weee semalam bangun pagi tetibe ada lagu kemerdekaan. EH??? lupa pulak dah nak merdeka. Kerja pulak sampai lupa harini hari ape. Mati2 ingat harini hari sabtu.. Aisehhh.. Mak kata : baru practical,belum kerja betul2 lagi..
Yer makk saya tahu cari duit memang susahhh huhuhu
Semalam LadyBoss kasik jagung setongkol seorang kat office. Harini mak kata nak buat bubur gandum bubuh jagung setongkol yang LadyBoss bagi tu dengan masak mee kari untuk jiran2 tetangga. Fuuhh mee kari pedas mak memangggg2 terrrrbaik.Huhuhu
Insyaallah kalau takde aral melintang mak nak buat open house dekat2 merdeka nanti tapi tak sure lah jadik ke tidakk.
Okay jum layan gambo raya kedua.
Kampung kita dulu satu masa dikelilingi sawah bendang.Cantik sangat siapp ada aliran kecik tu yang boleh nampak ikan lalu dan tangkap guna tangan dan main2 dalam aliran tu.Ingat lagi kutt.. Lepaastu dengan geng2 cousins kitorang suka tangkap pepatung guna lidi dengan gam. Lepastu letak dalam balang. Epekemende pekdahnye pun tak sure la. Alaa kekecik dulu..
Whuaa best sangat.Tapi sekarang area depan kampung dah takde semua tu.Yang tinggal hanyalah meriam buatan dari simen yang umurnya ngak tau berapa tahun ya yang selalu jugak diorang guna untuk letupkan dan kejutkan orang2 dalam rumah. Sampai dak kekecik nangiss kau. Dan dak bebesar melatah terperanjat jemah.
Arwah atuk dulu pun ada kolam ikan keli.Banyak ikan sweet sangat atuk suruh kitorang kasik makan ikan. Rindunya arwah atuk :( Kadang2 mintak makanan nak bagi ayam2.Amek punya lah banyak.Last2 atuk bebel..Heeehe Semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman,
"Atuk,tanpa atuk,takdelah Ira :("
Oklah ni gambar raya kedua...
Gambo combine2 cenggini cepatje loadingnye. compared to single picture.;)
Untuk maklumat,entry ini mengambil masa 6-7 jam kerana melakukan pelbagai kerja lain pada waktu yang sama.
LOVE