Friday, 3 February 2012

Pelajar Baru Azam Baru (amboiii)

Assalamualaikum anak2 mak semua...Sihat?? Bapak2 sihat?(Eh bapak sapa pulak ni??) Ceh macam setahun je tak update kan..hehe Eh korang tau something tak...Ayam makan sayur pernah tgk tak?? Percaya tak kewujudannya?? Ada weiii...Nanti next entry Insyaallah aku update pasal ayam... Okay hari ni nak share sesuatu yang susah ditafsirkan..Happy ke tak?Amboiiii sambung belajar tak happy ke Azmira???


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Nama :
AZMIRA YUSOF (panggilan manja Erra Fazira)
No Kad Pengenalan :
2 3 kucing berlari mana nak sama k/p
No Pelajar :
2 3 kucing berlari tersadung almari
Program :
AC220 - SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)
FAKULTI PERAKAUNAN
Kampus :
A - UiTM Kampus Seri Iskandar
Mod Pengajian :
Sepenuh Masa
Semester :
Semester 2 2011/2012


Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat di hati Seri Iskandar...(ceh excited sgt kan) okay lah aku bersyukur dapat sambung di tempat yang sama..Sungguh aku tak mau pergi tempat lain mungkin sebab takmau jauh ataupun takut tersesat kalau ke kampus lain..Kawan2 aku ramai ke Shah Alam..Ada Terengganu,Melaka,Pahang,Kedah... Erm2..Sedih rasanya bila fikir semua akan berpisah..Setiap pertemuan tu ada perpisahan kan...Erm2 sedih2...Huhu... Tapi apa pun aku berdoa semoga semuanya berjaya melangkah step by step hingga kemuncaknya (tudioo skema tak?)

Malangnya....


Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.
Tempat :
UITM KAMPUS SRI ISKANDAR
BANDAR SRI ISKANDAR, 32600 BOTA, PERAK
Tarikh :
5/3/2012
Masa :
8:30AM - 5:00PM ......lepastu kan...
Kemudahan Kolej :
TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI

Fine fine...Itu lah setahu aku UITM ada sediakan kolej untuk pelajar sem 1 macam kitorang yang baru nak masuk ni..Sebelum2 ni aku rasa semua yang semester baru masuk semua dapat kolej.Tapi malangnya aku terpaksa mencari rumah sewa yang murah untuk aku menginap tetapi masih dalam proses mencari...Dulu hidup aku mudah. Dari part 1 sampai part 6 duduk kolej je 24 jam..(Ya,sunggguh aku selesa dan bertuah dapat menginap kolej dalam kampus..Dewan makan sebelah je..Dekat SELERA 2 makanan sedappppp..Air asam sungguh menjilat jari...Ikan keli masak merah..Fuhhh...Ayam goreng berlemak...terliur weii..Lepastu kan pasar malam sebelah blok aku je...Pantass je kalau ada pasar..Maka berborong sakan lah bersama teman2..Beli bakso makcik Indon jual..Fuh bebola ikan homemade. Selepas itu laksa Paktam yang sungguh pekat..Sedapnyaaaaa... Rangka ayam yang rangup(apsal ya KFC tak jual rangka ayam??) Lepastu suka lah beli jambu batu plus asam masin yang aum aum... Maaf jika terlebih taip tentang makanan..

Seriously macam mana aku nak hidup di rumah sewa?Segalanya perlu disediakan sendiri..Maka dengan itu aku harus lebih berjimat dan merajinkan diri untuk bersedia menjadi surirumah dan mempunyai skill mengemas rumah bersiram pokok dan bercucuk tanam..Harus juga memasak..Penting tu... So tadi bapak aku belanja roti canai kat Railway Station Taiping..Sembang punya sembang lantas aku suarakan perlukah aku membawa kereta beroda 4??? Maka bapa aku kata boleh.Tapi siapa je lah aku ni..Aku tak pandai apa2 tentang kereta sebab masih tak ada kereta sendiri...Adik2 aku dua orang tu pun menyampuk...

"Apa lah salahnya jika Kak Ira kayuh basikal..."

Dan aku berfikir "adakah adik aku memerli atau menyokong aku untuk berbasikal?? Ikhlas kah mereka berdua??"

Maka fikir punya fikir..

So aku nak bawak basikal lah..(tolong jgn perkecilkan impian aku berbasikal ke fakulti).. Adik aku offer bawak basikal fixie..Fixie lah sgt..So aku suruh abah aku repair basikal di bangsal untuk aku di kolej nanti..Comel kan bila aku kayuh basikal nanti..Maka haruslah aku mempunyai baju hujan?? Hahahha nak baju hujan yang warna kuning boleh? Aku tak memerlukan topi keledar dan polis atau pak guard tiada kuasa menyaman aku lagi...(aku pernah kena saman weiii dgn pak guard sbb drive masuk kaw kampus) Serikk..


Seksinya! bhahahah... 
Tak ape,susah2 lah dahulu Azmira uii...Aku bertekad nak belajar rajin2..(amboii dulu malas kan)... So aku rasa inilah permulaan baru aku...

So memang inilah permulaan..mulakan azam baru untuk menggenggam skrol ijazah sarjana muda untuk mak,abah,family..

Okaylah..semoga apa jua yang kita lakukan haruslah niat kerana Allah.Belajar kerana Allah...Thank you Allah..Thanks sgt bagi Ira sambung belajar(whuaa nak nangis) huhu Gudnite Assalamualaikum ;)