Tuesday, 28 February 2012

Bachelor of Accountancy (Hons) Part 4

Assalamualaikum...Memandangkan aku pelajar penerapan,maksudnya aku diploma dulu,grad..Baru sambung degree.So transfer kredit bolehla naik semester 4 terus.Hehehehe ni subject aku...


SEMESTER 4

Financial Reporting 1
Management Accounting and Control
Public Sector Accounting
Quantitative Business Analysis
Reading for Academic Purpose
Tamadun Islam and Asia 2 (Religious Study)
Third Language

Doakan Azmira berjaya..Amin.
Thanks :)

Sunday, 26 February 2012

Ramadhan :)

Assalamualaikum.. Ye2 aku excited sangat ni.Masyaallah.Aku sebenarnya dilahirkan pada bulan Ramadhan.Bulan penuh keberkatan.. Ya aku memang tak pernah nak ambil tahu befday aku dalam kalendar Islam sebelum ni..Baru hari ini..So aku harap lepasni orang wish aku pada 11 Ramadhan!!!!Kalau dah masuk Maghrib tu,tandanya dah masuk hari befday tau :)

7/4/1990 AD (Sabtu) = 11/Ramadhan/1410 AH

Nak check,click on this link. Itu lah befday sebenar2nyaaaaaaa!!!!

http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar

Saturday, 25 February 2012

Diam.

Diam itu diibaratkan seperti sebilah pisau yang disimpan dan hanya digunakan bila perlu... Sekali guna,mampu mengerat-ngerat apa saja yang berada di depannya dengan mudah...

Tetapi....

Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda... Hingga satu ketika,ianya gagal untuk memotong apa-apa walau benang yang nipis...

Friday, 24 February 2012

Romantik vs Comel (apa punya tajuk)

Assalamualaikum semua..Harini terasa comel tak?..Ya2 aku terasa comel harini..Maklumlah aku berhenti kerja 15hb..Harini berapa haribulan?Kejap.(tgk hp) Harini dah 24hb yang oiiii!!! Berapa hari dah kau duduk rumah Azmira?

Alhamdulillah kelihatan Azmira semakin montel disukai ramai...Lepasni termengah mengah naik tangga atau jalan kaki, jgn salahkan ibu yang memasak yer..
Okay2 aku bukan nak cakap pasal ape pun.Sebenarnya banyak yg berlaku sepanjang kebisuan aku beberapa hari ni..Antaranya aku telah terbang ke Puncak Alam(berangan uolls naik flight). Aku ke rumah makcik tersayang..Beliau baru saja pindah beberapa bulan yang lalu..Korang baca kan entry Baby? Ya,Zakwan adalah anak kedua beliau..Jadi aku telah melepaskan rindu yang terpendam dan juga sempat berjumpa teman2 satu batch sewaktu diploma di Kolumpo.. Tapi tak semua yang turun sebab ada yang kerja,korja dan tiada transport..Maklum jelah Kolumpo kan bosar.Susah la kalau takder transport..;)
Makanya jangan dikhuatirin kerna aku ya terbisa duduk di rumah org makanya aku menjadi rajin sebegitu iya iya lah dong namanya pun Azmira makanya pagi-pagi lagu udah dikemasin rumahnya yang penuh permainan Zafri dan Zakwan makanya selalu saja dong di sana di sini dipenuhi permainan mereka iya iya lah dong namanya juga BOYS ya enggak???
Zafri sudah mendapat motornya..Aku jugak yang pertama mengilhamkan ibunya kerna memang ya anak-anak.Zafri(abg kepada Zakwan) sangat meminati apa jua kenderaan yang beroda empat..Sunggguh aku jemu dong..Di rumahnya saja penuh dengan kereta pelbagai size dan warna..Tidak kurang juga lori,ambulans,traktor.. Asal ke shopping complex je mesti Car. Car. Car.Lepastu kalau taknak car,mula lah nak babydoll.. Zafri,kamu itu lelaki..Makanya tidak ganteng jika bermain sama itu babydoll..Jiwanya halussss ya Zafri?Haha (awatnya loghat Indon ni)

Zafri

Aku bertuah wei..(ehh tetiba) heehehee...Bertuah kenapa?Sebab aku adalah seseorang ni.Ingat tak Qi(nama dirahsiakan)yang aku cerita dulu dalam entry amende tak ingat lah(sungguh kau pelupa ke Azmira?) So Qi aku sangat sweet.Eh apsal sweet? He’s so loving you know?Amboiii..Kembang la kalau dia baca.Hehe. Dia tengah practical sekarang.Ish malaslah cerita ape yang sweet.Benda kecik je.Tapi macam sweet.haha
Erm..Haritu kan.Memang pun dia ni pergi kerja(practical) naik motor..Satu hari macam mana entah tayar boleh pulak pancit kat highway..Dah la pulak highway tu memang tak ade ape kan.Ada jalan je..(amende Azmira oi). Waktu tu credit phone dia tinggal 4 sen rasanya..(Sabor je lah) .Aku ni pulak takder lah rapat sangat dengan phone sebab tahu dia kerja.Tapi haritu tergerak hati aku tgk phone..Waktu tu aku masih kerja tau sebagai salesgirl menawan..Ingat lagi tak entry menawan aku tu?Ceh...Huhu..Msg dia mcam ni la
“___ tolong topup 5 atau 10.Urgent.Tayar pancit ni atas highway..”
Aku dpt jer msg dari dia,haish terus la berlari.BERLARI okay?bukan berjalan-jalan itik.Aku pun topupkan dia.Risau lah aku.(sweet tak) BUWEKKKKKK...Hahahhahahahaah
Lepastu dia dapat topup,dia call kawan dia apa semua.Sambil tunggu kawan dia,dia pun msg lagi. Beeep beeep.(bunyi mesej masuk) hahaha siap bunyi bagaiii. ;p
“TQ awok. time susah pun kita masih bersama walaupun kita jauh.Terharu sangat2”
Itu yang buat aku pun terharu bila dapat tlg dia..(Azmira,tak tolong mana pun ;p ;p ;p..) Yela kan..Aku bukan sweet pun.Hohohoho..
Erm..Bukan senang nak berkenalan dengan seseorang yang selalu buat kita ketawa bila sedih.Bagi nasihat bila tengah down..Pernah waktu aku exam part 6..Semester akhir.Aku rasa memang down sangat nak jawab satu paper ni.Sampai menangis2..(paper apa dirahsiakan). Sunggguh aku dah putus asa..Lepastu dia ni bagi kata2 nasihat yang memang aku ikut sebab aku rasa dia lebih kurang macam advisor atau personal assisstant aku..Eceh..Dia suruh aku cool down.Suruh aku doa banyak2 suruh aku start balik..Baca ikut bab..Step by step.. Alhamdulillah aku berjaya lepas..Tapi aku tak dapat deanlist untuk semester akhir tu walaupun hati kecil ni berharap sangat dapat..Mungkin usaha aku kurang jadi Allah gimme what I deserve to get kan.Tapi aku bersyukur nak nangis lah sebab lepas paper tu.Bukan C tau.B... ;)
Kenapa aku tak call mak?Sebab aku hanya call mak,nenek,makcik pakcik suruh diorang doakan kejayaan aku.Tak pernah la aku call mereka nak bagitau aku rasa tak boleh nak jawab next paper blablabla.No no no..Huhu.. Bagi aku,benda2 macam tu aku laagi taknak diorang tau..Huhu..Ya2 aku tak patut cakap dia sempurna.Tapi dia lah asam dan garam yang selalu buat aku rasa terharu..
Haritu kitorang jumpa la kan.Kitorang memang jarang jumpa..Dia kat sana.Aku kat sini..kau kat sana..Haritu last sebelum dia balik,kitorang ada borak2 kat restoran ni..Lepastu dia ambik la hp aku.Entah dia buat ape dgn hp aku tu..Lepastu aku dah sampai rumah,beeeep beeeep... (Mesej masuk)
“Awok dah kat rumah ke?”
Sender:
_Aaron Aziz_
Hhahahaha perasannnn...Dia tahu aku minat AA..Haritu waktu Ombak Rindu ditayangkan,dia pergi tau tengok sorang2..(jiwang jugak kan) hehe lepastu sibuk suruh aku pakai selendang macam Maya Karin.Senyum macam Maya.Cun macam Maya..Cik abg oiii,di alam maya je la..Hehhehe
Okay lah.itu saja dari saya yang comel (pangggg!)
Ewahh

Sunday, 12 February 2012

Medical Check Up 2012

Daadadaaadudududu..lalalalalaululululolololo..(eh apeni)




Erm..Memandangkan tak lama lagi aku akan menyambungkan pengajian,maka terbusylah melengkapkan itu dan ini...Gambar pun tak cuci lagi..Rasa macam nak cuci je gambar yang dolu2 lepasan SPM..Comel sgt..(tlg jgn muntah) ..Tapi muka sekarang terpeleot sikit haritu ada serangga gigit pipi sebelah kiri. Seperti kesan gebabom di bulan..Makanya sekarang aku sedang cuba memulihkan pipi ku ni Insyaallah aku akan kembali kan keremajaan kulit ku sebelum naik pelamin (tersedakk) .Hehe gurau2.. jauh lagi tau.

Ni aku nak cerita pasal hari jumaat haritu aku ada buat medical check up..Sebenarnya dah pernah buat medical check up sebelum ni sebelum masuk diploma..So this is my second time..TerKALAM kabut sikit sebab aku dah lupa nak pergi mana next next next check point kan..So pagi2 lagi aku pergi klinik kesihatan berhampiran(hampir lah sangat) kat tengah bandar jugak lah.. Aku pergi ditemani dgn adik pompuan aku yg juga lepasan SPM...Sampai2 memang ramai orang seperti ada Siti Nurhaliza dan Awie di situ.

Ramai orang sakit sekarang ni.Aku yang jadi takut masuk2 tengok org ramai berbaris..Tak kira yang tua,muda,cantik,comel,comot,miskin dan kaya...Oh org kaya ramai pergi hospital swasta kerana duit begitu banyak..Jadilah org kaya supaya tidak perlu berbaris panjang ;) Amboiii hang Azmira.Dah pandai nak beza2..Tampo kang.Maap ya.

Okay so aku pun tunjukkan borang2 yang telah aku print tapi printer tak betul so dengan bantuan adik laki aku yang juga handal menjadi technician tak bergaji di rumah..Ya sesungguhnya kepakaran dan kehemseman lelaki itu terletak pada kemahiran teknikal mereka..(amboiii kembang lelaki2 di luar sana) Sungguh,kalau lelaki yang taktau apa2 aku tak minat laaa...Huhu..At least dia tau pasal lampu ke,pasal kereta ke,pasal basikal ke,ataupun dia tak payah tau ape2 cuma dia kena ada banyak duit..(amboi kau azmira).. Maka aku tunjuk kan la borang2 tersebut kepada kerani di kaunter..So dia cop2 and suruh bayar RM 20.

Selepas tu aku diharuskan pergi ke makmal untuk ujian air kencing..Eh? Air kencing la.Ish tak suka betul bab2 ni..Maka tidak perlu aku ceritakan disini..Sementara menunggu ujian air kencing sama ada aku positif atau negatif dadah,,aku lantas ke bahagian radiology untuk xray tulang gemalang ku. Maka tidak juga perlu diceritakan disini..Selepas aku xray,tidak sampai 10 minit aku dapat gamboo xray tu.Lepastu dgn happy pergi ke tempat ujian air kencing dan mengambil keputusan dan didapati negatif dadah..Dadah itu pembunuh! Jauhi diri anda dengan dadah (iklan )..

Lantas aku ke tempat kerani itu ingatkan dah habis la..Namun begitu kerani itu memaksa aku pergi mengukur ketinggian,kerabunan dan keberatan.(keberatan????) Weight..Tu pun taktau ke?Hadui. Maka aku pergi lah mengukur ketinggian yang tak seberapa tinggi dan berat yang tak seberapa berat..Aku rasa lagi aku kerja,lagi aku ringan..Lagi aku study,lagi aku tension maka lagi aku banyak makan..Itu lah hipotesis untuk harini.. Goood luck!
Maka disitu kerabunan ku terserlah kerana menjawab soalan yang salah kepada nurse sehingga nurse yang tunjuk lidi dia menggeleng2 kan kepala 3 hingga 7 kali..Sunggguh nombor kecik2 tak nampak la..Huhu.. Maka aku merasa menyesal kenapalah aku tak hafal nombor2 tu waktu duduk dekat sebelum aku duduk kat kerusi jauh tu.Maka nasi menjadi bubur dah..Bubur pun dah basi..Selepas itu aku dikehendaki berjumpa doktor..Doktor India lelaki..Maka beliau check tekanan darah dan jugak jantung sama ada masih berfungsi aatau tidak(habis siapa yang taip ni kalau jantung tak berfungsi dahh??)
Selepas itu aku berjumpa kerani cantik itu sekali lagi dan dia membenarkan aku pulang tanpa menberikan buah anggur atau strawberry atau air soya..Sungguh aku terkilan..

Maka begitulah medical check up pada hari Jumaat tersebut..Sekian,terima kasih.

Wednesday, 8 February 2012

api plus angin equal to love (eh2???)




Assalamualaikum! Waalaikumsalam Azmira...
Di sebuah pertemuan di petang yang indah lagi damai... : 
Satu hari kawan aku yang juga bakal ahli saintis merenung aku dengan tajamnya.. (biji mata bulatt sgt)

"Hang ni mesti air kan?"
Aku tercengang..(dengan terpinga pinga.) malah ternganga sedikit.

"Apsal hang kata aku macam tu??" tanyaku (tanda soal di situ)

"Adalah...." Amboiiii tau la dulu bercita2 nak jadi pakar psychology..

Lantas keesokan harinya aku meng'search' lah (Teruknya tatabahasa hang Azmira??)..Meh nak share..

Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti diri korang. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. So,apa kata korang nilai sendiri keputusan kali ini.


Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan (1 / 5 / 9)
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh (2 / 6 / 10)
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas (3 / 7 /11)
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas (4 / 8 / 12)


Tanah ( kakakku kuku kupunya cinta ;p )
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air (saya yang sentiasa menawan)
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api (adik perempuanku yg selalu perasan comel)...
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin (adik lelaki aku yang selalu perasan hemsem) hehe...
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
p/s : Artikel ni dicopy paste untuk tujuan sharing is caring malangnya kebenarannya xdapat aku pastikan.. Thanks baca !.

Friday, 3 February 2012

Pelajar Baru Azam Baru (amboiii)

Assalamualaikum anak2 mak semua...Sihat?? Bapak2 sihat?(Eh bapak sapa pulak ni??) Ceh macam setahun je tak update kan..hehe Eh korang tau something tak...Ayam makan sayur pernah tgk tak?? Percaya tak kewujudannya?? Ada weiii...Nanti next entry Insyaallah aku update pasal ayam... Okay hari ni nak share sesuatu yang susah ditafsirkan..Happy ke tak?Amboiiii sambung belajar tak happy ke Azmira???


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Nama :
AZMIRA YUSOF (panggilan manja Erra Fazira)
No Kad Pengenalan :
2 3 kucing berlari mana nak sama k/p
No Pelajar :
2 3 kucing berlari tersadung almari
Program :
AC220 - SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)
FAKULTI PERAKAUNAN
Kampus :
A - UiTM Kampus Seri Iskandar
Mod Pengajian :
Sepenuh Masa
Semester :
Semester 2 2011/2012


Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat di hati Seri Iskandar...(ceh excited sgt kan) okay lah aku bersyukur dapat sambung di tempat yang sama..Sungguh aku tak mau pergi tempat lain mungkin sebab takmau jauh ataupun takut tersesat kalau ke kampus lain..Kawan2 aku ramai ke Shah Alam..Ada Terengganu,Melaka,Pahang,Kedah... Erm2..Sedih rasanya bila fikir semua akan berpisah..Setiap pertemuan tu ada perpisahan kan...Erm2 sedih2...Huhu... Tapi apa pun aku berdoa semoga semuanya berjaya melangkah step by step hingga kemuncaknya (tudioo skema tak?)

Malangnya....


Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.
Tempat :
UITM KAMPUS SRI ISKANDAR
BANDAR SRI ISKANDAR, 32600 BOTA, PERAK
Tarikh :
5/3/2012
Masa :
8:30AM - 5:00PM ......lepastu kan...
Kemudahan Kolej :
TIDAK DISEDIAKAN. SILA URUSKAN SENDIRI

Fine fine...Itu lah setahu aku UITM ada sediakan kolej untuk pelajar sem 1 macam kitorang yang baru nak masuk ni..Sebelum2 ni aku rasa semua yang semester baru masuk semua dapat kolej.Tapi malangnya aku terpaksa mencari rumah sewa yang murah untuk aku menginap tetapi masih dalam proses mencari...Dulu hidup aku mudah. Dari part 1 sampai part 6 duduk kolej je 24 jam..(Ya,sunggguh aku selesa dan bertuah dapat menginap kolej dalam kampus..Dewan makan sebelah je..Dekat SELERA 2 makanan sedappppp..Air asam sungguh menjilat jari...Ikan keli masak merah..Fuhhh...Ayam goreng berlemak...terliur weii..Lepastu kan pasar malam sebelah blok aku je...Pantass je kalau ada pasar..Maka berborong sakan lah bersama teman2..Beli bakso makcik Indon jual..Fuh bebola ikan homemade. Selepas itu laksa Paktam yang sungguh pekat..Sedapnyaaaaa... Rangka ayam yang rangup(apsal ya KFC tak jual rangka ayam??) Lepastu suka lah beli jambu batu plus asam masin yang aum aum... Maaf jika terlebih taip tentang makanan..

Seriously macam mana aku nak hidup di rumah sewa?Segalanya perlu disediakan sendiri..Maka dengan itu aku harus lebih berjimat dan merajinkan diri untuk bersedia menjadi surirumah dan mempunyai skill mengemas rumah bersiram pokok dan bercucuk tanam..Harus juga memasak..Penting tu... So tadi bapak aku belanja roti canai kat Railway Station Taiping..Sembang punya sembang lantas aku suarakan perlukah aku membawa kereta beroda 4??? Maka bapa aku kata boleh.Tapi siapa je lah aku ni..Aku tak pandai apa2 tentang kereta sebab masih tak ada kereta sendiri...Adik2 aku dua orang tu pun menyampuk...

"Apa lah salahnya jika Kak Ira kayuh basikal..."

Dan aku berfikir "adakah adik aku memerli atau menyokong aku untuk berbasikal?? Ikhlas kah mereka berdua??"

Maka fikir punya fikir..

So aku nak bawak basikal lah..(tolong jgn perkecilkan impian aku berbasikal ke fakulti).. Adik aku offer bawak basikal fixie..Fixie lah sgt..So aku suruh abah aku repair basikal di bangsal untuk aku di kolej nanti..Comel kan bila aku kayuh basikal nanti..Maka haruslah aku mempunyai baju hujan?? Hahahha nak baju hujan yang warna kuning boleh? Aku tak memerlukan topi keledar dan polis atau pak guard tiada kuasa menyaman aku lagi...(aku pernah kena saman weiii dgn pak guard sbb drive masuk kaw kampus) Serikk..


Seksinya! bhahahah... 
Tak ape,susah2 lah dahulu Azmira uii...Aku bertekad nak belajar rajin2..(amboii dulu malas kan)... So aku rasa inilah permulaan baru aku...

So memang inilah permulaan..mulakan azam baru untuk menggenggam skrol ijazah sarjana muda untuk mak,abah,family..

Okaylah..semoga apa jua yang kita lakukan haruslah niat kerana Allah.Belajar kerana Allah...Thank you Allah..Thanks sgt bagi Ira sambung belajar(whuaa nak nangis) huhu Gudnite Assalamualaikum ;)