Saturday, 31 December 2011

Last day on 2011..

       Assalamualakum...Kom ape kom bat..bat ape? Batman ler..man apa? Mentol..Tol apa? Tolonglaa berhenti Azmira..Korang ni mesti excited lebih sambut tahun baru kan?Adakah excited seperti mahu meraikan seperti perayaan??ataupun biasa2 je macam aku?(adakah aku tidak mempunyai perasaan?) Sesungguhnya aku takde apa2 perasaan sampaikan Kak Liza kat tempat kerja aku tu tanya "malam ni kat mana? "


        Terkebil2 aku.Tak paham..haha baru aku ingat oh its a new year...Memandangkan sejak semalam bapak aku dgn adik perempuan pompom girl aku tu diorang balik kampung,so tak celebrate dgn kek pun befday mak aku 1 january..hehehe Nanti lah aku fikirkan nak bagi apa.Kesian mak aku.Entry haritu aku nak bagi gaun je.(ko ingat ko designer?)Tapi tadi mak dgn adik lelaki aku tu ada la pergi makan bersama..Lepastu bungkuskan makanan kat aku sebab aku kerja.Sobs...Patutnya aku kerja sampai pukul 6.30 je.Tapi salah sorang staff tersakit jadi aku perlulah fullll....Huhu Tapi aku ikhlas.Ini hari dia.Nanti aku sakit sape nak ganti?(eh eh emo pulak)


       Tiba2 waktu aku kat tempat kerja ni adalah 3 orang hamba Allah dari mana tah datangnya.Haha rakan yang amat amatt lah aku rindui datang jugak jumpa aku.Ada jugak aku bagitau diorang kat fb tempat kerja aku kalau tak deme memang tak terserempak ngan aku le haha..Tapi aku tak sangka pulak deme dgn semangatnya datang dan kitorang berpeluk dan bercium sakan sehinggakan tidak mengira orang yang lalu lalang memerhatikan kitorang berempat..Thanks Norida,Farahin dan Emy (kawan smk Convent dan RK) sebab datang lepastu sempat bagi buah tangan (apam) ;) Ni yg nak jumpa lagi ni ;) Korang happykan aku ;)


        Harini aku menghabiskan 1 setengah novel..Pinjam dari seorang pekerja lelaki disitu(tudia tak malunya aku)..Dia yang offer okay sebab dia tgk aku suka sangat baca novel..(prihatinnya dia ni).Bukan novel dia pun,novel Paksu dia.Hahaha..Thank you...nama dia pun aku tak tau.Haha.. Okay sebenarnya aku nak bagitau semalam aku tak boleh tidur tau tak..(adakah aku berlatih jadi cik guard rumah?) Tidak2..Aku memang tak boleh melelapkan mata so aku pun pergi bilik mak aku dan pelukkk (mengada ke manja ke kurang kasih sayang ni?) haha. Baru tertidur...

     
        Kebiasaannya aku drive tapi tadi mak aku yang ambik kat tempat kerja tadi.jammed wei..New year lah sangat.Fuh fuh....aku sangat bertuah dapat Cik Ani ni sebagai mak.Dah lah rajin,pandai memasak,slim..(tudia mak hang makan jamu ratu dara ke?) Lepastu mak aku ni penyabar,walaupun dia kuat berleter tapi biasalah mak nak yg terbaik untuk anak2 dia kan...Bila lah aku nak pandai masak macam mak aku ni wei..Hah lepastu kan mak aku ni tak pernah missed sediakan breakfast. TAK PERNAH. Cik Ani akan pastikan anak2 dia makan dulu sebelum pergi mana2..Huhu..Trima kaceh mak..

 
       Skype dgn kakak aku tadi memanglah dia tu..Ketawa kemain lagi bila mak aku bagitau gigi depan mak aku patah..Kurang asam..ha lepastu dia story lah dia sambut torchlight procession. Ala setiap sorang pegang obor berapi yang dinyalakan dan beramai-ramai lepastu berarak sampai lah jalan mana entah lepastu barulah bunga api diletupkan gedebang bong....


          Okaylah.Have a great day!