Wednesday, 31 July 2013

Day 8 : Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum!!! Dengan semangatnya harini aku kelebek permanent file,company secretarial file,register book dan sebagainya. Gigih aku completekan working paper tak complete2 entahla bila nak siap.. (nampak tak kelembapan di situ)

Bos panggil aku tadi masuk bilik. Hati berdebar2..
.
.
.
.


Haha bagi gaji la weyy..Alhamdulillah rezeki!!..Huhu tadi LadyBos ajak sembang sikit.. Sembang pasal siapakah yang memperkenalkan aku ngan audit firm ini.. Lantas aku pun mula bercerita sepatah2.. Pastu cam LadyBos puji English aku (ye sangat).. haha conclusionnya kita kena yakin k walaupun grammar berterabur..wkwkwkw

Aku baru je kerja start Isnin minggu lepas(22nd) dengan niat nak belajar audit company sikit2..Bukan niat kerja lagi la kann(amboi).. Tapi entah bagaimana LadyBos yang baik hati telah memberi gaji walaupun aku takdela kerja banyak mane..Huhuhu thankyou sangat! Semoga LadyBos panjang umur dan murah rezeki selalu dan business terus success.. Jangan kedekut k mendoakan yang baik2 pada orang lain :) :) Sebab Insyaallah oranglain akan melakukan yang sama pada kita.. :)

Entahla aku tak assume pun dapat banyak ni.Terkejut dibuatnye..Yelah ingatkan kerja,eh belajar sikit2 dalam masa seminggu 3 hari dapat la sikit sebab kerjanya pun dok sikit2..Rupanya dalam ketegasan ada kelembutan..Chaywahhh...

Esok baru real practical(tarikh yang sepatutnya)..LadyBos dah letak high expectation pada aku.Takutnye. Huhuhu takpe,Allah ada tolong kita..So esok kena kerja gigih lagi sebab sayang kat LadyBos lebih walaupun garang.Hehehe

Tadi malam Acu called aku.Punya dok gelak sakan plus bergosipp. Astaghfirullah.. Jadinya kalau kawan anda call,jangan lama2 sangat.Cakap hal penting2 je k.. 

Jom shopping raya?haha takdelaaa...Bye!
LOVE

Tuesday, 30 July 2013

Day 6 and Day 7

Assalamualaikum...!! Wahh ngantuknyer..gitu kan.

Kerja harini aku kena completekan references untuk working papers..Banyak benda nak kena buat. Sebelum aku serahkan untuk pengiraan tax expense kepada Amy. BS dah balance as Lai banyak gila tolong aku..Thank you Lai!!!

LadyBos aku rupa2nya umur 65 tahun..Tapi tak kahwin lagi..Sebabtu dia garang sikit tapi garang2 dia,dia baik hati..Huhu Dia tak suruh kitorang yang kerja kat firm sapu sampah,mop2 lantai,dia ada maid Indon.. So kakak tu yang akan datang bersihkan office bila LadyBos bawak dia datang. Cumanya kitorang memang ditugaskan untuk siram pokok2 bunga dia setiap hari ikut jadual waktu. Dan jugak kena take note metre number kat paip2 kat luar office tu..

Nak dekat raya ni takde lah persiapan meriah selain kakak aku yang sorang tu balik so jadi meriahla nanti gamaknye..Hehhe kakak aku balik sabtu malam Insyaallah.. Transit kat Dubai kut macam biasa. Dia balik for good. Alhamdulillah..Dah bape tahun tak balik,semua orang rindu si debabtu.. Kata nak kurus,hurmmmmmmmmmmmm taktau lah nengok gambo macam makin comel je??

Harini balik2 kerja aku dapat tau kawan aku yang sorang ni dak RK Convent dulu2 dah pun ada anak weyy..Mau tak eksaited aku stalk FB dia.Hahhaa dah ada anak baru nak add aku kan...

So berbuka tadi aku g pasar je dengan mak aku.Meriah uolsss sebab kak ekin (anak angkat mak) berbuka sama..dia bawak anak buah dia,cik Tina datang sekali.Mula2 malu sangat cik Tina ni.Lama2 aku peramah ngan dia,haaa amek. Banyak pulak cakapnye.Hehehhe

LOVE

Saturday, 27 July 2013

Day 5 : Saturday became a workholic..! (sangat)

Assalamualaikum holla holla..
Sabtu kerja weyyyy..
Semakin hari semakin jatuh cinta dengan audit ni.. Harini aku kerja sampai pukul 1.. Buat adjustment lagi tak balance2 whuaaaa.. Tak habis2 audit ledger.! Bila nak buat benda lain ni... Tapi kan satu yang best tempat kerja aku tu, LadyBos selalu panggil kitorang,then dia akan bagi kata2 semangat.. Ayat yang selalu keluar dari mulut dia "That's part of life"..

Aku rasa serba salah pulokk kalau tak kerja rajin2. Sebab dia bayar allowance tinggi berdasarkan comparison firm aku dan firm kawan2 dan jugak firm sekitar Taiping ni. So dengan kata2 semangat dan ketegasan serta kegarangan beliau aku jadi hari2 bukak kitab akaun

Alhamdulillah setakat ni aku takde masalah walaupun buat kerja terkedek2.. Hoho.. Wong, Poh, Maggie dengan Lai sangat2 membantu... Kalau korang nak seseorang ajar korang satu2 dekat sebelah sorry to say. There's no such thing here. You have to investigate them and solve your problems yourselves. Thats will make you become a fast learner. Indeed.

Aku balik2 kerja tadi tolong mak buat kuih raya tau. Dah 3 hari tolong buat biskut badam, biskut makmur aman damai dan biskut corn flakes. Bauu nye harum semerbak menggoda goda.. Tak sabar nak bagi kengkawan Chinese rasa. Weee :)

Baju raya berapa pasang?? Aku takde baju raya meriah2 tahun ni. Sepasang je tu pun mak belikan sebab set family. Kalau nak harap I yang tak berduit ni beli,tunggulah sampai akhir tahun ye. Hehehe duit mengalir begitu cepat semester ni sebab semua barang nak rosak. Semua benda nak makan. Semua fesyen krim nak beli. Jadinya end up "adek,.....pinjam duit" Hahahaha

Result will come out on this 3rd August kalau betullah berdasarkan jadual uitm terbaru. Haishh kalau cakap pasal result ni satu je benda aku harapkan setiap semester, MAINTAIN.

Ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang,
Kurniakanlah keputusan yang baik kepadaku dan kawan2 ku..
Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat ku meminta sesuatu.
Luluskanlah semua subject yang telah kami ambil dengan cemerlang Ya Allah..

AMIN.

 LOVE as always!

Thursday, 25 July 2013

Day 4 : Internship (Continuing the Adjustment)

Assalamualaikum!! Holllaaaaa
Harini LadyBos kasi aku sorang je cuti. Sebab harini cuti umum Nuzul Quran. Kiranya aku hupdate untuk semalam laa..hehe Erm. aku still buat adjustment. Maleh betul bila buat tak balance. So aku kena tengok balik source document dan check balik semua..

Esok aku kerja balik sebab sabtu memang kerja dari 8.30 pagi sampai pukul 1.Esok first time lah kiranya aku kerja hari sabtu.Whuaaa tak pelah..Harini aku tolong mak aku buat kuih raya..Kejap tolong kejap take five..Take five tu cam terlama plak..Alahai kesian mak aku..Huhu

Hemsem tak.Hehehe

Ni sedara datang nak bawak pi shopping jap. Bahang raya semakin terasa! Jaga diri yer..
LOVE

Wednesday, 24 July 2013

Day 3 Internship : Adjustment

Assalamualaikum! Harini buat adjustment je..Adjustment same company lagi.. Busy tul staff2 nya. Dengan mencari filenya..Fuh.. Habislah kalau korang letak file merata tak jumpa la gamoknye.. Hoho

Kat firm aku ada seorang "Harry Porter".. Nama sebenar dia Tan. He's an UM student. Diani kan asyik kelebek file je..Bukak tutup drawer lepastu take note.. Susah nampak dia duduk static kat kerusi. LadyBos panggil dia good boy. Maklumlah dak pandai.. Muka dengan spec sejibik Harry Porter. Hahaha tapi dia pendiam. Cakap bila perlu je.

Tadi Maggie dengan Lai tolong aku.Pelbagai silly questions yang aku tanya. Hoho baru belajar kan.. Tapi most of the time aku tanya Lai. Adjustment ni something yang korang kena tahu by yourself. Nak mintak orang lain tengokkan pun susah sebab working papers previous year dengan semua ledger kita yang go through so tak boleh la expect orang lain akan ajar one by one. No. Audit firm aku ni macam kene be more independent.

Teringin pulak lah buat company secretary. Maklumlah sukaa...Yang mengajarnya sem lepas Sir Azhan. Best kot. Tak boleh lupa apa yang dia ajar. Staffs dok sebut Section2, akuan sumpah, resolution, meeeting.. Aigooo nak buat comp.sect!! Takpe LadyBos kata semua orang kena tahu semua benda so maybe I will look for it nanti. Insyaallah..

Chinese staff kat firm aku very concern pada aku yang berpuasa. Diorang akan makan tempat lain dan cakap sorry kalau aku nampak diorang makan. Alahaiii makan je lah..tak rasa ape pun kalau niat tu memang puasa.Kan? Hehehe so sampai harini aku tak siap2 lagi audit satu dormant company ni. Harap otak menjadi cekap apabila proceed hari ke hari. Insyaallah..

Kerja dekat firm ni baru aku tahu penatnya macam mana. Most of the time we need to think deeply! As the view of auditor needs to be sharp and accurate. Balik2 kerja pukul 4 tadi sampai je rumah aku tertido dengan baju kerja. Nampak tak penat kat situ padahal aku jarang tidur lepas Asar.. Nanti after raya aku akan balik setiap hari pukul 5..!

Biasanya dari rumah ke tempat kerja aku ambik masa 8-10 minutes. Aku dah reti agak masa sebab 1st day haritu awal kot aku datang.Hehehe sampai tercongok2.. Sekarang pukul 8 baru aku keluar rumah..Hehehe

Malam pun dah mula tidur awal.....Nampak tak budak baru nak adopt dengan kerja. :(

Ada satu benda yang buat aku selalu bersemangat..


RUNNING MAN!!
LOVE and TAKE CARE <3

Tuesday, 23 July 2013

Day 2 : Siram Pokok Bunga

Assalamualaikum!
Harini lepas sahur pagi tadi fuhh ngantuk gi*#!.. Hoho.. Semalam takdela ngantuk sangat sebab semangat melebihi segalanya. Ni balik kerja pun ngantuk sangat dah ni..Maklumlaa...

Puasa ni ngantuk macam lebih2 pulak.Haishh taktau la pasaipa..Huhu okay kerja harini aku baru tahu setiap selasa aku kena siram pokok bunga yang besar gedabak. Ada 4 pasu bunga so aku kena siram 2 buah pasu. Another 2 will be doing by a Chinese guy. Bukan yang ajar aku buat audit. He's a tall Chinese guy. Tadi tanya nama dah lupa.. See how hard I'm trying to memorize all the names even there are only simple names. Sorrry..Huhu So tadi kalau aku nak tanya apa2 tadi aku tunjuk tangan je "Come here,come here i wanna ask you something." Hahaha

Itu kalau aku ada masalah. Tapi most of the time memang aku akan ada masalah TAKTAHU so aku akan bergerak ke kiri ke kanan,depan, belakang dan juga ke bahagian sebelah untuk mendapatkan confirmation. Ada 3 orang Chinese girls yang aku dah memorize nama mereka iaitu Wong, Maggie and Poh. Haa kan senang nama Maggie? Glamour baru aku ingat.Huhuhu tapi proses perkenalan still in the progress..You know why???

Environment sewaktu aku bekerja dengan mereka,sewaktu LadyBos ada di bilik,tiada istilah sembang2 kosong. All the staff will only communicate with their PC's or working papers. Its a very silent mode. Unless Amy(the most important person after LadyBos) voice out asking this and that then only the other staff will response. Kalau ada ape2 masalah,diorang akan refer kawan masing2. Not to the LadyBos.

Aku rasa dak2 akaun perlukan sedikit je gaya untuk berhadapan dengan client atau staff. Yang lain bercakaplah kau dengan nombor. Huhu.. Unless kalau nak jadi cikgu atau lecturer.. :)

Tadi aku continue buat audit the same company. Tak siap lagipun... Terkedek2 termengah2 tersengguk2.. Hehehe biar ar!
Okaylah..
Nahh gambar calon boyfriend I..hehehe Semangat..hhoho


Okay selamat berpuasa semua!! Berhati2 di jalan raya ingatlah saya yang sayang anda..Whehehe
LOVE

Monday, 22 July 2013

Day 1 Internship with LOVE :)

Assalamualaikum sumer! Lapar takk..Sabar2..Sebab sabar tu sebahgian dari iman :)
Rindu tulis blog.!!Finally ada sesuatu untuk dihupdate..

2nd last semester ni aku kena practical. So sepatutnya internship start 1st August tapi oleh kerana LadyBos saaaangatlah encourage aku datang awal then here we go.. Lagipun aku kena belajar banyak benda dari dak2 yang tengah prac sekarang ni  sebab one time dulu 1st time aku jumpa LadyBos ada kata "I have no time to teach you but I will correct you"...

Walaupun sebenarnya penakut tapi disebabkan hati begitu teruja..Teruja sangat..plus kat rumah tak buat apepun selain tengok movie finally aku decide jomlah intern awal..Berkat study sikit2 dan semangat keazaman yang kuat akhirnya aku berada di sebuah firm Chartered Accountant..Tudioo..Tak rugi belajar (^,^)..

Patutnya datang 8.30 AM tapi aku tercepat sampai maka pukul 8.00 AM dah tercongok kat situ. Then LadyBos sampai dan memperjemputkan aku masuk..Lepastu dia suruh aku tunggu semua orang sampai.

Then dia panggil semua orang datang bilik dia..Dia introduce kan aku dengan semua staff dia. Tapi nama seorang pun aku tak ingat sebab terlalu simple..Whuaaa.. Ada nama Tan, Lai, Wong, another Lai, Yim whuaaa aku angguk2 je. Sorry it takes some time. Huhu Then terus dia briefing sikit pasal kerja, bagitau cuti raya aku berkuatkuasa 7th until 12th..Alhamdulillah..(tak perlu takut2 nak tanya..huhu) Hehehe Lepastu sepanjang weekdays aku dibenarkan balik pukul 4petang..Then at the end of the year ada dinner dekat hotel..Jeng2..Thankyou LadyBos..

Staff lebih kurang 14 orang termasuk aku..All Chinese and I'm the only Malay but they are very nice... LadyBos sangat tegas..!!  Aku tak pasti aku department ape.Tapi dekat bahagian depan buat Comp Secretary. Aku buat Akaun dan Audit..:) Aku diajar oleh seorang Chinese guy. Sangat bersabar dengan pelbagai pertanyaan aku..Hoho.. Kerja harini aku kena audit working paper satu dormant company. Year ended 28th February 2013 okay..(Tak payah isi Logbook lah isi blog je..Hehe) Weyyy tak sangka setiap apa yang aku belajar semua apply. Alhamdulillah. Tapi ada lupa2 jugak..So this Chinese guy tolong tunjukkan. :) Aku tally kan figure dekat working paper dengan journal. Then aku key in data2 mana yang patut guna Microsoft Excel..

Hoahh..Kerja dapat dilakukan dengan selesa sebab aku dok kat meja berbentuk U rasa macam permanent staff pulak dikelilingi file2 bertimbun..Hoho Ohya dekat situ kita trainee tak ada permanent meja. So mana computer yang available then terus kita boleh guna..Everyone can use any computer. :)

Tengah2 buat kerja tadi LadyBos panggil semua orang..Dia suka bercerita.. Tadi dia cerita pasal frame2 kat dinding2, batu2 an ape tah aku mengelamun tadi..Haha sorry.. Waktu dia cerita semua berdiri..Ada respect kat situ..Chartered Accountant kan. :P

Lepastu dia bagi guava! 


Itu saja post untuk harini.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk hari2 seterusnya Insyaallah!!
LOVE