Saturday, 21 April 2012

Camping for Three Days Two Nights

Assssssalamualaikum sayangs................
Wah2 lama tak menaip blog kan..Busy kau..Hah...Seriously sebelum pergi camping for the whole week tu ada common test..Common tahu?maknanya untuk seluruh Malaysia menggunakan soalan yang sama dari Shah Alam.Amboiii...Susah tahu? Shah Alam, kau ingat aku pandai sangat ke?Whuaaa... Okay takmau cerita pasal common test.Biaq pi laa. Huhu.

Aku baru balik camping ni.. Survival Camp..Wajib disertai setiap students part 4 Bacc Accountancy. Batch kitorang satu kelas je ala ala ala alahaiiiiii..Kesian tak? Batch sebelum sebelum ni ada 120 orang,batch sebelum kitorang ada 60 orang.and kitorang tinggal 29 orang je..lelaki kelas aku 3 orang je alahai...Si Fuzi,Emi dan Acai..

Sebelum bertolak...

cukup tak 29 or
cerianyaaa!!
sebahagian...hehe
So pagi khamis tu dalam pukul 10 mcam tu kitorang berkumpul di fac untuk bergerak ke Batu Kurau near Taiping..You know Taiping??My home home sweeet home kan kat Taiping??Derr...Memang rasa nak balik terus. Hhooho..Perjalanan satu bas kitorang diiringi abang abang senior yang meletopp iaitu abang Faisal,abang Zaiqal dan abang Emi..Dua orang lecturer perempuan, Puan Bahiyah dan Puah Hayati. Dua orang lecturer muda ini pernah mengajar aku waktu diploma..Puan Bahiyah ajar waktu part 6 ajar ETR...and Puan Hayati ajar waktu Part 4 ajar MAF..Lecturer yang sangat berdedikasi..Chaywahhhh..Lecturer lelaki diiringi oleh Cik Amer dan Cik Amran..Dua dua tak pernah ajar aku lagi..Cik Amer dan CIk Amran kedua duanya telah berumah tangga dan sudah mempunyai anak..(eh,ada kau tanya?) Manakala ketiga-tiga abang facilitator kita pula ditugaskan untuk menolong lecturer menghandle kitorang yang mungkin hyperactive dan yang mungkin terlampau eksaited...

dari kiri : fuzi,emi,abang emi,abang peyjal,acai,puan bahiyah,puan hayati,cik amer,abang zai,cik amran
Okay lah. Setibanya di satu tempat,bas menyuruh kami turun di tepi jalan raya(bas suruh??) Langsung tiada nampak walau sebatang hidung tapak camp..Maka semua orang tertanya-tanya di manakah tapak camping yang dimaksudkan.Maka dengan perasaaan berdebar-debar,datang lah sebuah lori kampung yang sederhana besar.maka apakah tujuan lori itu datang di waktu-waktu genting begini?(tudiaaa ayat) haha.. Maka pakcik owner turut datang menaiki kereta nya yang cantik tetapi menyuruh setiap pelajar naik ke atas lori..hohoh.

Sungguh kami bergelak ketawa dan teruja menunggu giliran menaiki lori tersebut..Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat survival kami..Haha.. Plastik tesco dibungkuskan di kepala supaya tidak demam.(gambar akan diuploadkan kemudian). Aku naik lori trip yang kedua..geng aku sangat teruja kerana dapat sekali naik dengan lecturer-lecturer perempuan.Bergerak je lori tu,maka terjerit-jeritlah seperti perasaan naik bot yang dihentam ombak rindu sewaktu trip di Pangkor dahulu..Jalan kampung kan tak rata.Lepastu lori tu kejap laju kejap idak. Pelepah pokok pun banyak yang tinggi-tinggi.So orang berdiri paling depan tunduk,yang lain semua tunduk..Lecturer pun tunduk.Kesian tau..Dah lah semua kena berdiri.Tapi itu lah pengalaman pertama yang TIDAK akan dapat dilupakan hingga akhir hayat..(Tudiaa ayat) haha

muka sememeh harus dikecilkan
Lecturers sempoiiii
eksaited
Setibanya di Kem Pelangi,memang pedalaman lah...Dari jalan tadi tu lebih kurang 1km jugak la kot.Penat terjerit-jerit.Okay kem pelangi ni ada 4 buah chalet.Nampak bumbung je besar. Dinding tak nampak sangat.(Faham tak korang?) Bumbung 3/4..Dinding 1/4 je. Lepastu ada hall yang terbuka.Macam kantin sekolah dulu.Terbuka. Segala aktiviti akan diadakan kat situ. Makan,minum pun kat situ juga. Aku, Anje, Baby, Acu, Myza, Inoi dan Mai chalet yang berwarna hijau..Masuk je bilik,wah wah...Cantik tau sebab baru lagi..Bilik air ada satu tapi memang cantik dan kemas dan teratur. Katil ada satu katil queen. Yang lain tilam single tidur kat bawah je..Kiri kanan dalam chalet tak boleh berdiri tegak nanti kena bumbung.bumbung kan rendah...;)

rumah oren..rumah hijau tak dapat lagi gambarnye..hehe
Petangtu divide group jadi tiga group. Satu group dapat seorang abang Faci..(amboii). Nama group aku Perfect Moo.. Kenapa perfect moo?? Moo tu asalnya dari group lembu..Dah kene buat bunyi lembu untuk cari ahli kumpulan yang lain.Maka terciptalah lembu sempurna.. Abang Faci kitorang mesti lah yang paling sweet iaitu abang Zaiqal..(Puji lebih-lebih nampak??)

PERFECT MOOOO

 Lepastu pelbagai aktiviti diadakan..tak larat lah nak cerita detailed sebabnya tangan aku ni pun tengah muscle cramp,pain semua ada.. Tapi tu lah. Sebab hari kedua tu lah yang aktiviti 10 halangan dan flying fox. Fuhhhh penat sangat. tak tahu nak terangkan macam mana..Kitorang kena buat most of activities according to our group. Satu halangan tu kena la panjat wall sorang-sorang. Tapi tiba-tiba waktu nak turun tu tangan kiri aku tersagat kat wall waktu nak turun..So berderet luka.Huhu..Wall tu halangan ketiga.Terus aku diam je lepastu..Haha.. Kesakitan mencengkam. Tapi diam itu lebih baik kan daripada pokpek2 mengadu sakit. Hoho..

Antara aktiviti 10 halangan (gambar dari group lain kerna group kami tiada camera.Sobss)...







Okay lepastu ada bergayut kat palang besi. Bawah dia ada air lumpur. Aku memang tak yakin boleh lepas. And aku pun mengelak la buat. Ala macam aktiviti PLKN tu. Anje boleh buat. Baby dengan mommy jatuh pelepukk dalam lumpur. Busukkk!! Haha. Aku memang tak buatla. Tak reti! Hehe..
yang ni la yang aku mengelak buat...hehehe
 Dah lepas semua, flying fox.. Ini lah pertama kali aku buat flying fox.. Best! Tak jerit pun sebab slow je turun tu..Cuma bunyi dia bisingla. Huhu.. Ada yang jenis laju tau..Anje naik yang laju..Memang tak sempat tengok keliling,dah sampai.. Memang tak lah kalau aku yang baru first time nak naik yang laju. Anje dah biasa dia dulu PLKN...Hehehe...


Bila dah lepas semua halangan,tengah hari kitorang yang busuk(tudia ayat),kitorang pun terjun sungai berdekatan..Lecturer-lecturer pun siap dah ada dalam sungai..Sejuk tau..Siap ada bola so kitorang main la bola tampar-tampar dalam sungai.. Lawan berenang,tangkap gambar..Splasshh splash air..Gedebussshhh...Best!




Lepastu kan malam yang terakhir tu.Lepas buat persembahan malam kebudayaan tu. Kan group aku menang..Buat watak animasi dan tema gembira. Mestilah menang kan.Heheehe... Lepas tu sesi lecturer and abang Facci tegur..Kitorang kena marah kot. Sebab tak punctual lah,,macam childish lah.. Memang down sangat.. Tiba-tiba lecturer kata dia akan panggil 5 orang yang ada kesalahan masing-masing. Okay sangat cuak. Lecturer tunjuk la awak,awak!.Kedepan.. Dah 4 orang panggil, lagi sorang. Tak pasal-pasal lecturer tunjuk "tu yang hujung tu!"

Aku kan duduk hujung. Sebelah aku Baby. Aku tanya kat Baby "Weh aku ke??". Baby angguk.

Aku rasa nak nangis dah. Aku taktau ape salah aku.(banyak sangat salah yang mana satu tak sure..haha) Lecturer suruh kitorang menghadap dinding depan termasuklah semua yang tak dipanggil pun kene menghadap dinding depan. Lecturer pun macam marah lah.

"Cuba awak fikirkan ape kesalahan awak!.."

Memang bergenang dah air mata ini.. Tiba-tiba...

"Happy birthday to you..........happy dayday to you..."

Haish terus aku menangis tak tahan. Hoho.. Saper suruh marah marah. Rupa-rupanya birthday untuk 5 orang yang lahir bulan 3, 4 dan 5...Erm.. Ingat ape lah.. Saje je. Huhu... Nasiblah haritu sambut befday aku 7 April haritu Cik Fafa,cik Anje, cik Baby, Ibu (Shida Arni) sambut sembur bedak je.Kalau diorang marah-marah macam ni memang aku menangis doe... Haha Thanks lagi untuk korang. Dapat hadiah lagi.Hu... Thankss..


Erm lepastu Pun Bahiyah kasi key chain giraffe comel untuk yang 5 orang tu.. Thanks puan! Lepastu slot lecturer suruh semua kenang ibu bapa.macam biasalah menangis lagi.. Dah lecturer suruh bayangkan kamu balik lepastu kamu tengok mak ayah kamu dibaluti kain kapan. Tak ke menangis??? Huhu.. lepastu salam semua..Mintak maaf semua kawan kawan.. Erm tu je kot.. Memang sedih lah malam tu...

Hari last,pagi tu tiba-tiba lak takder air..Adui..Aku and the geng pun turun ke sungai berus gigi and cuci muka.. Sejuk dan nyaman sekali..Aum aumm...Tu je lah.. (Adakah korang tahu berapa kali aku taip dan rehat dan taip dan rehat entri ini??) Itu saje kot..Aku sangat penat dan tidak dapat berfikir dengan kreatif untuk menulis blog. Sekian saja untuk hari ini. Yang baik dari Allah yang buruk dari aku..

Have a nicee day!!!

LOVE